Kalau anda semua perasan la kn, aku memang kerap meng'publish'kan lirik-lirik lagu... Sebenarnya, kadang-kadang aku tak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan aku ketika itu... Daripada lirik lagu tu, anda semua sudah boleh tahu perasaan aku tika itu...
Baru-baru ini, aku ditegur oleh seorang sahabat aku, walaupun aku tak pernah menceritakan apa yang terjadi dalam hidup aku kepada dia, tapi dia akan tahu apa yang jadi dalam hidup aku, daripada entri-entri aku itu... Kadang-kadang, aku tidak berniat untuk mempamerkan perasaan kepada para pembaca blog aku ini... Tapi semuanya terjadi secara spontan... Tapi, ia tetap berlaku secara sedar...
Sebenarnya aku sedang cuba untuk menjadi 'blogger' yang berhemah... Maksudnya, kalau sebelum-sebelum ini aku lebih banyak menggunakan bahasa pasar, yang merupakan bahasa percakapan harian aku, aku cuba untuk mengubah itu, kerana usia pun semakin meningkat yang mana sapatutnya cara penulisan aku itu berubah menjadi lebih dewasa dan matang... Namun, jika ada yang perasan, aku ini orangnya sangat lurus... Maksudnya, aku tidak pandai untuk memusingkan sesuatu ayat untuk membuat orang berfikir dengan lebih mendalam... Cuma aku akui bahawa aku ini terkadang sangat sastera... Hahaha! Mungkin bukan puitis, bukan juga romantis...
Jarang sekali aku menyembunyikan perasaan aku, sama ada suka ada duka... Semuanya aku luahkan... Cuma kali ini aku cuba meluahkan dengan cara yang lebih berhemah... Supaya tiada pihak yang akan terasa hati dengan apa yang aku tulis... Aku sendiri tidak mahu membuat dosa percuma...
Aku ini sangat sedikit ilmunya... Masih lagi sedang menuntut ilmu, daripada pengalaman... Terkadang kesilapan berlaku tanpa disengajakan... Dan jika aku ada melukai hati sesiapa, maafkanlah aku... Kerana tiada yang sempurna, melainkan DIA...
1 comment:
sahabat mana yang tegur tu....hehe
Post a Comment