:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Saturday, 25 December 2010

Perkembangan Bayi Dari Minggu Ketiga Puluh Enam Hingga Keempat Puluh

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adalah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. Bersabar dan saya berharap semuanya selamat.

Friday, 24 December 2010

Kurang Sebulan Je Lagi... Oh, oh...

Macam tak percaya je... Kurang sebulan je lagi dari tarikh EDD. Itupun kalau betul-betul ikut EDD. Ini pun dah mula rasa lain macam je. Sekarang ni dalam tempoh bersedia jelah... Orang kata menunggu hari.

Suhu badan pun selalu tak menentu. Kadang-kadang boleh naik mendadak macam orang demam. Tak lama lepas tu, turun balik. Yang best tu, Suami yang perasan suhu badan naik. Saya tak sedar pun. Bab makan, memang dah tak boleh lapar, walaupun sekejap. Kalau saya buat tak tau je, tak lama nanti, angin dah penuh dalam perut.

Tidur malam pun, dah agak susah sket. Tak tau posisi yang terbaik untuk saya tidur. Bb kat dalam ni pun dah kerap mengeras. Pinggang sakit, usah cakaplah. Kadang-kadang, tengah tidur, kalau kaki kejang tu, memang dah jadi perkara biasa. Badan rasa panas, tapi tidur berselimut jugak, sebab tak nak kejang kaki kan.

Walau apapun, saya anggap semua itu nikmat untuk menjadi seorang ibu. Bukan semua orang dapat rasa kan. Apapun saya bersyukur, punya Suami yang memahami. Kadang tak larat untuk bangun pagi sebab tak cukup tidur. Beliaulah yang gigih bangunkan isteri ni, gagah turun naik tangga rumah, siapkan breakfast. Oh, syukur!

Semoga saya diberi kesihatan yang baik, sepanjang menanti kelahiran si comel ini. Sungguh, kami suami isteri tak sabar mahu gomol si kecil ini...

Thursday, 23 December 2010

Lagi Info Untuk Bakal Ibu...

Ingat tak lagi entri saya pasal kontraksi? Boleh klik sini yer... Hari ni nak citer pulak pasal Braxton Hicks ataupun False Alarm. Jom sama-sama kita kongsi...

Kontraksi Braxton Hicks (BH)

* Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxtons Hick dan salah satu simptom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
* Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
* Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
* Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana rasanya kontraksi braxton hicks ini?

* Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segelintir yang berasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
* Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
* Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila

* Bayi bergerak dengan aktif
* Semasa senaman atau membawa barang berat
* Mengurut perut
* Semasa hubungan seks
* Dehidrasi

Apa yang membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan antara BH dan tanda sebenar kelahiran. Antara perbezaannya ialah:

* Kontraksi BH tidak menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya.
* BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
* Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma berasa tidak selesa tidak seperti sakit bersalin yang menyebabkan kesakitan yang kerap dan makin kuat.

Tips untuk kekal selesa semasa kontraksi BH

* Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang.
* Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan.
* Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebabkan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH.
* Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
* Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan.

Monday, 20 December 2010

Doa Buat Anak

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.

Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.

Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Ameen.


Melayan Kehendak Tekak

Disebabkan rasanya macam dah tak lama je lagi akan melahirkan, dan seterusnya menghadapi hari-hari berpantang, maka dengan senang hatinya melayan kehendak tekak yang tak pernahnya nak surut. Haha! Jadi hendak atau tidak, Suami memang kena paksarela la kan..

Hari Sabtu minggu lepas, pulang dari kerja kahwin di Sungai Buloh, ajak Suami ke Shah Alam. Mana lagi kalau tidak ke Seksyen 2, macam saya pernah cerita kat sini. Sampai lupa yang saya dah mula berpantang ais sebab dah start batuk-batuk masuk 2 minggu dah. Punyalah keinginan tu mengatasi segala-galanya. Nasiblah Suami sanggup nak layan.

Sekarang ni macam berkeinginan sesuatu. Tapi, Suami macam tak berapa nak bagi, sebab dah lama dah kami boikot restoran ni. Ni semua iklan kat tv la punya pasal. Saya masih cuba tahan daripada rasa keinginan itu. Harap-harap boleh digantikan dengan benda lain. Hehe...

Saturday, 18 December 2010

Risau!

Saya risau! Tapi, berharap semuanya baik-baik sahaja... Takut! Tapi cuba untuk tidak terlalu memikirkannya...

Kalau keadaan masih sama dalam 2 minggu lagi, kemungkinan besar saya akan melahirkan pada usia kandungan 37 minggu. Oh, saya dah kena set mind ni... Harap-harap dalam masa 2 minggu ni, Bb baik-baik saja. I luv u Bb!

Doakan saya!

Thursday, 16 December 2010

Check Up Bulan Ke-8

Perasan tak, dah lama saya tak cerita pasal antenatal check up kan? Mula-mula kena pegi sebulan sekali je. Sekarang dah start kena pegi 2 minggu sekali.

Tadi ada check up untuk bulan ke-8 atau lebih spesifik lagi untuk minggu yang ke-35. Kalau ikutkan ini check up kali yang ke-11 dah. Macam biasa, check up di KD Batu Berendam la...

Memang target nak dapat no awal, dapatlah yang ke-3. Dalam pukul 9, dah selesai semua. Tak kena jumpa doktor, tu yang sekejap je pun. Alhamdulillah, semua ok. BP ok, HB pun ok berbanding 2 minggu lepas. Dan yang bestnya, berat cuma naik 0.1 kg je. Takut gak kalau naik banyak sangat. Sebab last check up sudah naik 1.8kg la. Mula-mula nurse macam nak marah juga. Tapi sebab tengok last 2 weeks naik lebih 0.8kg, maka dia kata ok.

Hari ni banyak tanya kat nurse tentang masalah yang berlaku kat saya sepanjang 2 minggu ni. Mula dari masa bb gerak sikit2 je sampai kul 2 petang, sampailah citer yang dia mengeras selama lebih kurang setengah jam tu. Oh, saya tak cerita dekat sini pasal bb kurang gerak satu hari tu kan...

Kalau tak salah saya, berlaku hari Jumaat 2 minggu lepas. Biasanya bb akan gerak cukup 10 kali dalam lebih kurang pukul 1 ke pukul 3 petang. Tapi hari tu, dah pukul 2 dia baru gerak dalam 2 kali je. Mana saya tak risau. Lagi pulak malam sebelum tu, punyalah dia aktif. Tak berhenti-henti bergerak. Jadi saya risaulah, ntah apalah jadi kat dia dalam ni. Malam sebelum bukan main aktif lagi.

Saya telefon Suami, terus beliau suruh saya balik, ajak pegi hospital. Sampai rumah, teruslah siap-siap. Takut kena tahan wad, saya ajak Suami pegi makan dulu. Nanti dah kat hospital, tak lalu nak makan pulak. Lagipun prepare takutlah kena bersalin awal kan. Biarlah bagi bertenaga sikit. Boleh kan? Sebenarnya takut, tapi nak cuba relax.

Elok je saya start makan, bb pun gerak. Tengah makan, lagilah dia aktif. Eh, bb ni main-mainkan ibu dia pulak. Bila saya borak-borak dengan dia, elok pulak. Saya cakap dengan Suami, tunggu sampai pukul 8 malam, kita tengok macam mana. Alhamdulillah, dia ok pulak lepas tu.

Bila saya citer dengan kawan saya, dia kata ada kemungkinan bb tidur kot. Pasal dia penat kot. Haha! Boleh terima ke alasan tu? Tak apalah, janji bb ok je...

Dah sambung pasal check up pulak. Tadi nurse bagitau tanda-tanda nak bersalin yang memerlukan saya pegi ke hospital dengan kadar segera. Bb pun dah berada di kedudukan yang betul, dan memang dia kat bawah je sekarang ni. Nak kata dah engaged ke belum, tak tahu lagi. InsyaAllah, nak scan ari Sabtu ni, tengok macam mana keadaannya.

Oklah, banyak lak cerita hari ni. Sambung lagi nanti ye...

Redha Allah = Redha Ibu Bapa

Baru-baru ini, seorang rakan saya menyatakan yang dia tidak perlukan redha manusia, hanya redha Allah yang utama. Memang benar, kita perlu mencari keredhaan Allah dalam kehidupan ini. Tanpa redha-Nya, sengsaralah kita. Tapi, jangan kita lupa bahawa sesungguhnya, tanpa redha kedua orang tua kita, tiadalah redha Allah. Orang tua kita itu, manusia juga kan?

Apa sahaja yang kita lakukan, perlulah mendapat restu dan redha kedua orang tua kita, selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum Allah, dan tidak memudaratkan kita. Dari hal pelajaran, pekerjaan, sehinggalah kepada hal jodoh sekalipun. Semuanya perlulah dengan redha mereka. InsyaAllah, semuanya akan selamat.

Banyak yang berlaku di depan mata saya, menjadi bukti betapa pentingnya redha kedua ibu bapa kita. Saya sendiri pernah mengalaminya beberapa kali. Saya pernah ceritakan di entri ini. Apa yang jadi pada orang sekeliling saya juga, memberi pengajaran kepada saya tentang kepentingan redha orang tua ini.

Artikel yang saya baca di iLuvislam.com ini, mungkin boleh jadi petunjuk buat kita semua...

"Pokwe, nak tanye sket...Apa pendapat ko kalau aku kahwin senyap-senyap??"

‘Hmm...sebelum tu, aku nak tanye ko dulu soalan ni. Apa pendapat ko misalkata ko ni seorang ayah, dan tau-tau je, anak ko dah kahwin tanpa pengetahuan ko??..Apa ko buat??'

Sunyi sepi....

"Ala, aku bukan apa, dah setahun dah aku pujuk mak ayah aku nak kahwin, diorang tak bagi, terutama mak aku."

'Hmm...ade ko tanya kenapa mak ko tak bagi?'

"Itulah, aku dah tanya, alasan dia, suruh habis belajar dulu. Lepas tu, baru boleh nak fikir pasal kahwin-kahwin ni.."

‘Aku tak rasa satu tu je sebab yang mak kau tak nak bagi..Ko kena fikir dalam-dalam pandangan seorang ibu ni macamana..'

"Aku tak fahamlah mak ayah zaman sekarang ni, diorang tak faham keadaan kita. Aku takut tak dapat kawal diri je ni, tu yang aku fikir nak teruskan niat aku"..

Serba sedikit dialog yang pernah terjadi suatu ketika dahulu. Konflik tentang perkahwinan, sentiasa membelenggu para pemuda zaman ini. Antara kemahuan diri dan restu keluarga, sentiasa membelenggu pemikiran anak-anak muda, lebih-lebih lagi yang sedang hanyut dibuai cinta.


Mengapa Dihalang?

Inilah antara persoalan utama yang menjadi titik punca. Pandangan seorang ayah, selalunya dalam hal perkahwinan anak-anak mereka sangat ringkas dan tidak banyak kerenah. Kalau ada pun, hanya berkaitan dengan soal calonnya, berkenan atau tidak , dan selalunya apa yang menjadi pilihan si anak, ayah akan bersetuju. Apa yang dirasakan oleh si ayah, adalah mungkin sudah sampai masanya si anak belajar untuk membina keluarga sendiri.

Berbanding si ibu. Ibu , mendengar namanya sudah sayu. Dialah yang membesarkan, dialah yang mengandungkan kita, dialah yang menyusukan kita, dan ada kala, ketika si ibu sedang makan, terdengar sahaja rengekan anak kecil, anak disegerakan jamahan makanan itu, tetapi selalunya akan ditinggalkan terus juadahnya hanya untuk anak tercinta. Seorang ibu, membesarkan anak-anaknya sepenuh kasih sayang yang ada padanya. Sedihnya anak, pilu baginya, gembira si anak, senyuman dibibirnya, bak kata, setiap perilaku si anak, semuanya berbekas di hati seorang ibu.

"Mak kau tak bagi mungkin sebab sayang sangat kat kau kot, tu yang tak nak lepas tu"

Mungkin ada benar dan mungkin perlu diselidik apa yang menyebabkan terhalangnya kita meneruskan hasrat untuk berumah tangga. Seorang ibu, jarang menolak permintaan anaknya. Buruk-buruk anaknya, itulah buah hatinya. Sebut sahaja permintaan dari si anak, nak masak lemak la, nak nasi beriyani la, nak jajan ( makanan ringan ), apa sahaja kalau dihitung pasti kita akan mengakui seorang ibu jarang menolak permintaan anaknya. Tetapi, mengapakah pada permintaan yang satu ini sangat susah baginya untuk dia menyatakan persetujuannya?

Seorang ibu, apabila dia menyatakan ketidak setujuannya, pasti ada sesuatu yang tersimpul di sebalik itu. Seorang ibu, apabila menolak permintaan anaknya untuk mendirikan rumah tangga, dia tahu anaknya belum tiba masa lagi untuk diteruskan hajatnya. Ketika ini, apa yang bermain di fikirannya, apakah anakku ini boleh menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab? Mungkin soalan ini timbul kerana, dia akan membandingkan sikap suaminya (ayah kita) dengan sikap kita. Jika dia tidak bersetuju, pasti ada yang kurang pada diri kita yang menyebabkan kurangnya keyakinan dia untuk bersetuju dengan hasrat kita.

Bagaimana sikap Kita ?

Selepas subuh, tarik selimut kembali. Selepas makan , letak pinggan di dalam sinki sahaja, mengharapkan ada orang tolong basuhkan. Baju-baju kotor dibiarkan sahaja bersepah tanpa ada inisiatif untuk basuh. Jika inilah sikap kita di rumah, bagaimanakah seorang ibu mahu membenarkan anaknya untuk mendirikan rumah tangga jika dirinya tidak ada sifat bertanggungjawab sekurang-kurangnya pada diri sendiri, inikan pula bila sudah berumah tangga...

Sikap yang ada ini perlulah diubah dalam memberikan keyakinan si ibu bahawa anaknya sudah kenal erti tanggungjawab. Balik rumah , dalam seminggu dua, pujuklah hati si ibu dengan kerja-kerja rumah yang dilakukan. Unjurkan apa sahaja kerja-kerja rumah dari ibu, bahawa biar sahaja kita yang buat. Belikan sedikit cendera hati pada ibu, untuk menarik hatinya. Bila balik rumah, salam tangan ibu, cium tangan ibu. Kalau boleh buat lebih lagi, kucup pipi ibu, bisikkan pada telinganya ‘bang cik sayang mama'. Usahakan cara-cara yang boleh menarik hati ibu ataupun ayah. Keras mana hati ibu untuk melepaskan kita, pasti akan lembut jua akhirnya jika kita memujuk dengan kerja-kerja, kata-kata kita, dan yang terpenting bahawa kita takkan melupakan mereka walaupun sudah berkahwin nanti.

Mengapa Mahu Tergesa-gesa?

Leceh. Mungkin itulah antara yang terbit dari mulut kita bila diberikan penyelesaian untuk masalah yang timbul. Tetapi, perlu ditanya semula, mengapa mahu tergesa-gesa? Mungkin dengan kelecehan itulah, tersingkap suatu keberkatan. Perkahwinan bukan hanya kita berkahwin dengan pasangan kita, tetapi kita juga 'berkahwin' dengan keluarganya. Selain itu juga, kita membesarkan keluarga kita. Kalau sebelum ini, kita hanya ada 3 orang adik, selepas berkahwin, ada 10 orang adik, sebelum kahwin , hanya ada seorang ibu dan seorang ayah, tetapi selepas berkahwin, kita ada dua orang ayah dan dua orang ibu. Dengan kata lain, keluarga kita membesar. Dengan membesarnya keluarga ini, benda paling utama kena jaga adalah hati.

Jika dengan kahwin senyap-senyap itu boleh menyelesaikan ‘perasaan' itu, boleh mengelakkan zina, maka itu hanya satu segi. Tetapi mengapakah dalam bab ini, kita membelakangkan keluarga yang selama ini membesarkan kita? Kita sanggup bersama pasangan kita yang hanya dikenali tidak terlalu lama, dan membelakangkan kasih sayang yang selama ini dicurahkan kepada kita sejak kecil?

Kita mudah mendapat syurga, tetapi kita ikut jalan yang tidak membawa ke syurga. Syurga ada pada ibu, tetapi kita tidak cuba mendapat syurga itu. Redha Allah pada redha kedua ibu bapa, maka apakah dengan membelakangkan keluarga dalam hal membina keluarga ini kita akan mendapat redha Allah pada keluarga yang kita mahu bina itu? Perkahwinan bukanlah sehari dua, tetapi kalau boleh sehingga hujung nyawa dan sehingga ke syurga. Jika berkahwinnya dengan tergesa-gesa itu atas alasan kerana tidak mahu terjebak dengan zina atau dengan kata lain, kerana nafsu, maka renunglah kembali. Selama manakah nafsu itu akan bertahan. Apakah sampai mati? Apakah kesabaran dalam berpuasa itu tidak boleh mengatasi nafsu yang mengawal diri, aduh, sungguh lemah dirimu.

Jika perkahwinan itu dibina atas agama, maka agama tidak akan terlepas dari diri kita sehingga ke syurga kelak. Setiap hari seseorang itu perlukan agama. Agamalah yang membimbing manusia. Apakah kita mahu membimbing anak-anak dengan nafsu atau agama? Perkahwinan yang dibina di atas kecil hati keluarga, kejayaan rumah tangga yang dibina sangatlah tipis berjaya. Tidak ada bukti bahawa perkahwinan yang dibina di atas tergurisnya hati keluarga membina keturunan yang memberi manfaat pada masyarakat. Jika kita berkahwin di kala ini tanpa pengetahuan ibu dan ayah, maka bolehkah kita boleh menjamin anak-anak yang akan dilahirkan dari sulbi isteri kita tidak akan mengulangi apa yang kita lakukan pada ibu bapa kita? Mungkin ianya boleh jadi, lebih teruk dari apa yang kita lakukan pada kedua ibubapa kita?

Bagaimana Jika Sudah Terjadi

Perkahwinan yang telah berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa, eloklah dibawa berbincang kembali dengan kedua ibu bapa. Cubalah sedaya mungkin untuk mengambil hati mereka yang terguris. Mohonlah kemaafan dari mereka. Ceritakan kesilapan yang dilakukan bahawa memang betul-betul kesilapan kita. Pokok utama disini, adalah perbincangan dua mata antara kita dan kedua-dua belah keluarga. Mungkin kesilapan yang yang dirasakan kecil itu,boleh menyebabkan dua keluarga berperang. Berbincanglah dengan nada merendah diri, akui kesilapan yang dilakukan. Moga dengan kesilapan yang dilakukan itu, mematangkan lagi kita. Manusia bukan makhluk sempurna, tetapi ketika melakukan kesilapan itulah yang perlu difikir semula dimana silapnya selama ini.

Yang penting disini, sikap berlapang dada kita dalam menilai sesuatu masalah. Walau sebesar manapun masalah itu, ingatlah , bahawa masalah itu, pemiliknya Allah. Dia memberikan kita masalah agar kita untuk menilai kita sejauh mana keimanan kita, sejauh mana kebergantungan kita kepadanya. Semua benda yang berlaku di atas muka bumi ini, ada sebab musababnya. Jika kita yakin dengan keputusan Allah, kita yakin dengan janji Allah, maka di situ kita akan dapat lihat jalan keluar pada setiap masalah yang timbul. Apa yang penting, cekalkan hati, tingkatkan amal agar keteguhan hati bertambah dan lapangkan dada dalam menilai sesuatu, insyaallah, pasti kita akan nampak jalan keluar di dalam kekusutan yang dihadapi.

Tentang rakan saya tadi? Hidupnya tidak seperti yang diimpikan. Ada sahaja kesusahan yang datang bertimpa-timpa. Hubungan dengan kedua ibu bapanya juga, renggang. Tapi, kerana keegoan itu, dia masih tidak mahu mengakui kesilapannya.

Tak apalah, saya sudah jalankan tanggungjawab saya dengan menasihatinya. Selebihnya, biarlah dia sendiri yang fikir dan nilai. Semoga dia bahagia dengan kehidupannya itu...

Tuesday, 14 December 2010

Kontraksi... Betul-betul ke, Acah-acah je ni...

Ini yang saya dapat tentang kontraksi. Juga dari Encik Google ye. Kiranya sebagai persediaan untuk saya, dan ibu-ibu yang bakal melahirkanlah ye...

Ciri-ciri Kontraksi
  • Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.
  • Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
  • Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
  • Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
  • Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
  • Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
  • Semakin kuat sakitnya
  • Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
  • Berbaring tidak mengurangkannya.
  • Servik menipis dan terbuka.
Mengira Kontraksi
  • Tempoh kontraksi boleh dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
  • Catatkan kekerapan dalam berapa minit.
  • Catatkan kekuatan sakitnya.
Kelahiran Palsu

Sebelum kelahiran sebenar berlaku, anda mungkin mengalami kelahiran palsu, atau dikenali juga sebagai Kontraksi Braxton-Hicks.
Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. Anda boleh mengenalnya kerana ia sedikit berbeza dengan kotraksi kelahiran.
Walaupun anda mengubah posisi, berehat dan berjalan, kontraksi ini
  • menyediakan diri anda untuk proses kelahiran.
  • jarang-jarang berlaku sekitar setiap 30 minit dan tidak semakin kerap.
  • tidak bertambah kuat sakitnya.
  • tidak bertambah lama tempoh sakitnya.
  • biasanya sakitnya di bahagian hadapan perut ke bawah.
  • tidak begitu menyakitkan.
  • boleh reda jika anda berbaring.
  • biasanya tiada perubahan pada servik.
Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Menghilang... Belum Lagi La...

2 minggu lebih menghilang, sejak entri yang terakhir. Sekarang dah masuk 34 minggu dah pun. Menghilang, bukan sebab dah kelek anak. Menghilang sebab tak ada idea untuk menulis. Lagipun rasanya, macam-macam berlaku, dan dah tak tertulis dah kat blog ni.

Cuma apa yang boleh saya katakan, rasanya macam dah tak lama je lagi. Tapi kalau boleh, biarlah lepas 36 minggu, supaya anak saya tak jadi bayi tak cukup bulan. Dan kalau ikut sejarah Mama, memang tak lama je lagi ni. Tanda-tanda? 2 malam lepas, dah stat mula rasa kontraksi, yang saya memang tak boleh tahan sakitnya. Hampir-hampir ke hospital. Tapi mula hilang setengah jam kemudian.

Ini info yang saya dapat, hasil carian Google...

Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar 2 minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan - kadang2 ada rasa
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing - memang selalu, lagi-lagi kalau banyak minum
  • sakit perut, memulas - kadang2 terasa gak
  • kerap buang air besar - yang ini pun dah mula terasa, sebab selalu sehari sekali je
  • kerap terkentut - macam dari dulu lagi dah ada. hehe

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis - macam dah ada dah ni
  • lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin - yang ni belum lagi

Sakit belakang
  • bayi beralih dan menekan tulang belakang anda - dah kerap terasa dah ni
  • untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!) dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda - ada buat, kuranglah sikit sakit tu
  • anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan, dan ini juga akan mempercepatkan kelahiran - kalau larat la, tapi banyak berhenti dari berjalan. hehe
  • jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut bahagian belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring - memang keje Suami la sekarang ni

Pecah air ketuban
  • air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina, berwarna jernih tanpa bau - belum lagi

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
  • doktor akan melakukan pemeriksaan vagina, pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10 - pun belum juga

Kontraksi yang tetap dan berterusan
  • kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda - dah mula dah ni. kadang2 sangat sakit, kadang2 lite2 je

Rasanya macam dah banyak je tanda-tanda kan? Yang bestnya, malam yang saya kesakitan perut yang teramat-amat tu, bila tidur je, mimpi turun darah. Tu yang bila bangun tidur check tilam, kot-kot ada darah. Cuak! Hehe...

Apa-apa pun, doakan saya ya!