Ciri-ciri Kontraksi
- Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.
- Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
- Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
- Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
- Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
- Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
- Semakin kuat sakitnya
- Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
- Berbaring tidak mengurangkannya.
- Servik menipis dan terbuka.
- Tempoh kontraksi boleh dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
- Catatkan kekerapan dalam berapa minit.
- Catatkan kekuatan sakitnya.
Sebelum kelahiran sebenar berlaku, anda mungkin mengalami kelahiran palsu, atau dikenali juga sebagai Kontraksi Braxton-Hicks.
Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. Anda boleh mengenalnya kerana ia sedikit berbeza dengan kotraksi kelahiran.
Walaupun anda mengubah posisi, berehat dan berjalan, kontraksi ini
- menyediakan diri anda untuk proses kelahiran.
- jarang-jarang berlaku sekitar setiap 30 minit dan tidak semakin kerap.
- tidak bertambah kuat sakitnya.
- tidak bertambah lama tempoh sakitnya.
- biasanya sakitnya di bahagian hadapan perut ke bawah.
- tidak begitu menyakitkan.
- boleh reda jika anda berbaring.
- biasanya tiada perubahan pada servik.
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
- keluar air ketuban.
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- keluar darah dari vagina.
- apa saja masalah yang dialami.
5 comments:
mazni, cepatnya dah rs contraction eh. seingat sy, sy br2 ni jer rs contraction. seminggu yg lepas kot br rs (ke, baru kenal rs contraction tu)
aaah..nanti nik mesti sangat panik (saya kan seorang yang mudah panik)..hihi
Mg Allah permudahkan semua. Selalu la baca: "Lailahailla anta subhanaka inni kuntumin azhalimin" semasa sepanjang process bersalin atau bila da mula sakit.. paling tak pun, "Allah!" InsyaALlah Dia pasti sentiasa bersama kita bila kita terus mengingatiNya.
WaAllahualam.
hi there...
ni 1st time i bc ur blog.
btw i br pas deliver on nov aritu.
so pas ni ur turn la ye..=)
i dulu smggu b4 deliver slalu keras2 prot.tp wat bodo je.igt kn baby kat dlm yg saje2 nk mengeras.mlm sblom deliver pon cmtu.rupe2 nye baby nk bg tau yg dia da nk kuar so mummy bleh ready
ngeee~
so u take care k.amalkan pernafasan yg btol.it helps..=)
salam mazni.very gud info..
mohon share ke blog sy ek..
My LuRve Iman
tq
Post a Comment