:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Monday 15 June 2009

Menghitung Hari : Nota 05

Nampaknya, wajah saya dah naik seri. Dan semua orang mula menegur saya. Saya pun tak pasti sebab apa. Ada 3 kemungkinan:
1) Sebab saya guna krim LumiGlow
2) Sebab saya buat full body treatment
3) Sebab saya nak bertunang

Kenapa yer... Mama cakap yang no 3. Tapi saya rasa mungkin gak sebab yang no 2. Hehehe... Apa-apa jelah. Yang penting, harinya makin tiba. Di sebelah bakal tunang saya yang sangat relax-relax membuat persiapan. Atau sebenarnya, saya yang terlalu poyo? Bukanlah, saya excited je... Salah ke? Tak kan? Hehehe...

Ok2... Cerita pasal persiapan, sebenarnya, dah lama x update kan. Sebab sudah saya beritahu, saya sangat-sangat sibuk sepanjang Jun ni. Tapi saya akan mula bercuti hari Khamis sehingga Isnin minggu depan. Walaupun bos cakap saya bercuti mengalahkan orang mau bernikah, suka hati sayalah. Cuti saya kan banyak... Hahaha!

Balik daripada cuti pun, keje berlambak-lambak. Dan mereka dengan selambanya menyuruh saya membawa balik kerja. Eh, eh, hello! Saya cuti ok! Tak kuasa nak bawak balik keje. Sorry...





glitter-graphics.com

1 comment:

anak laut said...

selamat bertunang.