:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday, 16 August 2011

Alhamdulillah, Dah Selesai

Hari Ahad lepas kami bawa Sakinah ke klinik untuk check up paru-paru dia sebab dah seminggu lebih dia selesema dan saya boleh dengar bunyi kahak. Saya risau takut banyak sangat lendir dalam paru-paru dia. Alhamdulillah, semua ok. Doktor bagi juga ubat, tapi saya jumpa doktor bukan nak ubat pun, cuma nak check je. Saya tau ubat terbaik untuk anak saya adalah susu ibu!

Lepas check tu, kami suami isteri tanya di klinik tu kalau-kalau ada doktor yang boleh khatankan Sakinah. Ya, Sakinah belum dikhatankan lagi. Memang niatnya nak tunggu dia 6 bulan, bila dah besar sikit tu kan. Jadi tak adalah risau sangat.

Sebenarnya tak niat pun nak khatankan Sakinah hari tu juga. Sebab ingat nak tanya dan booking je dulu. Sekali dia cakap ada doktor hari tu. Lagi bayarannya tidaklah mahal sangat. Kami pun proceed jelah terus. Boleh? Hahaha... Bukan apa, takut tangguh-tangguh lagi, terus lupa. Sementara teringat, ada masa dan doktor pun ada, jalan jelah kan...

Masa masuk bilik doktor, Sakinah yang peramah tu, memang sangat suka bertegur sapa dengan doktor. Bukan main bising lagi mulut. Kena baring, lepas dah kena tu, dah lama tu baru dia jerit nangis. Tapi nangis tak ada airmata pun. Elok keluar je bilik doktor, mulut membebel semula. Eleh, Bubu tau, bukan sakit pun. Kina tu yang ngada-ngada nak jerit kan? Hehehe...

Alhamdulillah, selesai dah perkara penting untuk anak dara saya ni. Lega rasanya... Ada lagi beberapa list untuk Sakinah yang belum selesai lagi. Harap-harap dapat selesaikan sebelum Sakinah umur setahun. Ameen...

Sunday, 14 August 2011

Panduan Membaca Label Pada Botol Vitamin

Sumber rujukan : Buku tulisan Dr Bruce Miller

credit to kak N

1. Multivitamin
- Perlu ada 12 vitamin dan 7 galian.

2. B complex
- Perlu ada 8 B untuk mendapat kesan paling baik
- Pastikan folic asid dan biotin dibekalkan sekali.

3. Vitamin C
- minima 500mg
-bersifat pelepasan masa - sustained released
- membekalkan spektrum bioflavonoid dalam amaun yang mencukupi.
- diuji secara klinikal.

4. Vitamin E
- Pilih yang bersifat semulajadi(d-alfa-tocoferol)ada di tulis pada botol bahagian label.Untuk sumber tiruan atau sumber kimia ("l" atau "dl" dan akan ditulis seperti ini; l-alfa-tocoferol atau dl-alfa-tocoferol).
- Pilihlah vitamin E yang dibekalkan dengan selenium. Ini kerana ia bersifat sinergistik iaitu diserap bersama , keberkesanan setiap vitamin itu saling dipertingkatkan satu sama lain.

5. Kalsium
- Pilihlah supplement kalsium yang ada mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan yang sempurna. Magnesium sangat berguna dalam mencegah kalsifikasi di buah pinggang, pundi kencing dan sendi.


Monday, 8 August 2011

Anak Saya Sudah 7bulan



Lama tak cerita pasal kesayangan saya ni kan? Dah 7bulan pun usianya. Macam sekejap je masa berlalu. Tau-tau dah 7 bulan...

Sakinah sekarang makin melasak dan makin banyak akal. Tapi, lagi kerap saya merinduinya, sebab pasti teringat-ingat karenah dia. Adoiii, sekarang pun dah terbayang-bayang je muka budak kecik tu...

Meh saya list kan apa yang dah pandai sangat budak ni buat :
  • Dah pandai meniarap since 4 bulan lagi. Tapi baru dalam 1-2 minggu ni nak ke depan itu pun sikit-sikit je...
  • Dah mula angkat bontot, dalam masa yang sama cubaan nak ke depan tu. Semalam dah boleh angkat bontot lama sket, tapi tak pandai nak ke depan. Ke belakang lagi pulak. Mengamuk la dia. Haha!
  • Walaupun dia belum pandai ke depan, tapi satu rumah dia dah tawaf, dengan cara bergolek-golek. Ini dia memang professional. Tak payah risau takut dia terhantuk ke apa, sebab dia pandai nak bajer. Hehe...
  • Saya mula ajar dia makan since 5bulan lagi. Tapi dia macam nak tak nak je. Masuk 6 bulan je, dia sungguh-sungguh makan. Satu hari saya bagi 2 kali. Pagi n petang. Petang kalau tak makan, nanti malam dia mengamuk sebab lapar.
  • Dia dah pandai minum air dalam cawan. Sejak saya ajar dia makan, dia mula pandai minum dalam cawan. Asalnya saya selalu dokong dia kalau saya nak minum. Dia tengok saya minum, macam nak je. Saya bagi jelah... Pandai pulak... Apa lagi, sekarang lepas makan, bagi minum guna cawan jelah.
  • Sangat suka dengan stering kereta. Pantang bagi peluang, habis dijilatnya. Hehe...
  • Kina dah pandai bagi respon. Lagi-lagi kalau nampak saya nak amik dia balik dari rumah BS. Menggeletek-geletek kesukaan dia. Macam manalah saya tak sabar-sabar nak balik. Hmmm...
  • Dah boleh duduk, tapi kami yang dudukkan la. Belum pandai duduk sendiri lagi...
  • Sangat suka kalau kita nak mandikan dia. Suka main air!
  • Mulut bising dan kuat membebel. Tapi cuma pandai sebut Baabah... Bubu tak de lagi... :(

Itu je yang saya ingat. Alhamdulillah, Sakinah sihat dan aktif. Cuma sejak minggu lepas dia kena batuk n selsema, berjangkit dari kawan-kawan kat rumah BS. Tapi melasak tetap melasak. Takde cuti...

Published with Blogger-droid v1.7.4

Perkembangan Bayi - 7 bulan

Perkembangan Tubuh Badan
Keupayaan untuk duduk menjadi lebih baik, mungkin akan cuba mengimbangi badannya.

Kemahiran Belajar
Mula pandai untuk memilih makanan. Amat berminat melihat dirinya di cermin.

Kemahiran Bertutur
Bertindakbalas dengan lebih baik ke arah bunyi, sama ada suara manusia atau bunyi muzik. Dapat menyebut 2 patah perkataan hujung kepada perkataan penuh contohnya Maama, Aabaah.

Kemahiran Sosial
Lebih aktif dan lebih bijak berinteraktif. Suka bermain "cak-cak".

Sumber : Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Monday, 1 August 2011

SALAM RAMADHAN

Selamat berpuasa buat semua pembaca blog MaZNi PutERi. Semoga anda semua sentiasa ceria dan bertenaga!

Buat ibu-ibu yang menyusukan, jangan risau dan tertekan ye... InsyaAllah, pasti ada rezeki buat anak-anak kita. Ameen...
Published with Blogger-droid v1.7.4