:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Thursday, 26 May 2011

Kenapa Kita Perlukan Vitamin?

Penghadaman makanan yang tidak sempurna
Ini boleh terjadi bila anda tidak mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dengan kadar yang agak cepat. Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda. Orang yang memakai gigi palsu harus lebih berhati-hati dengan situasi begini.

Pemakanan dan peminuman

Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi, teh, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda. Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.

Pengambilan alkohol

Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pankreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxin, asid folik, vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.

Merokok

Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok dikatakan bersamaan dengan 30mg vitamin C.

Pengambilan julap

Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat - waktu transit untuk penyerapan berkurangan. Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin A dan E.

Proses pemasakan

Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin-vitamin B kompleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radiasi yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.

Makanan yang diproses

Penyejukbekuan makanan yang mengandungi vitamin E mengurangkan kandungannya bila ia dikeluarkan dari freezer.

Pengambilan antibiotik

Antibiotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik di dalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.

Sakit

Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang patah memerlukan kalsium, vitamin D dan C yang lebih banyak.

Tekanan

Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).

PMT (Pre-Menstrual Syndrome)

Tanda-tanda seperti sakit kepala dan sebagainya semasa datang haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin B.

Mengandung

Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Anda perlukan lebih vitamin B (termasuk asid folik), A, D, E dan mineral-mineral kalsium, zat besi, magnesium, zink dam phosporus.

Kurang pendedahan pada cahaya matahari
Golongan ini kekurangan vitamin D yang penting dalam metabolisma kalsium.

Sumber : www.yoursupermom.com

Foremilk dan Hindmilk

Setiap production susu ibu mengandungi 2 peringakat iaitu foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir) yang mana kedua-duanya adalah penting dan diperlukan oleh setiap bayi.

1. Foremilk

Susu awal yang dihasilkan dan diterima bayi atau dalam kata lain susu yang mula mula keluar. Ia selalunya kelihatan kebiruan seperti air biasa dan agak cair. Foremilk mengandungi lebih banyak air, kurang lemak dan karbohidrat yang dapat menghilangkan dahaga bagi bayi.

2. Hindmilk

Selepas beberapa minit penyusuan, bayi akan mendapat susu akhir dimana ianya kelihatan agak pekat, lebih berkrim dan disukai ramai :P. Selain itu, hindmilk mengandungi kalori yang tinggi, kaya dengan lemak, dan ia amat penting untuk tumbesaran bayi. Hindmilk boleh diibaratkan seperti makanan yang lengkap dan sempurna untuk bayi dan membantu bayi menambah berat badan. Apa yang saya tahu, kebaikan untuk ibu pula, jika ibu mengalami puting luka (sore nipple), ianya dapat sembuh dengan cepat kerana susu ini lebih moisturized serta dapat melegakan kesakitan pada nipple.

Awalnya dulu, saya juga agak terpengaruh dengan pendapat orang-orang lama yang mengatakan susu di sebelah kanan ialah nasi (makanan), dan susu di sebelah kiri pula ialah air. Sebenarnya ini adalah pandangan yang salah kerana kedua-dua belah breast mengandungi komposisi susu ibu yang sama. Kedua-duanya mempunyai foremilk yang menghilangkan dahaga dan hindmilk yang mengenyang kan. Kerana zaman sekarang tak macam dulu, sekarang dah ada banyak teknologi dan kajian-kajian yang dibuat oleh pakar dimana ianya telah terbukti benar :)

Allah telah menjadikan setiap wanita yang menyusukan itu sangat istimewa kerana dapat menyusukan bayinya sendiri:) Komposisi susu ibu seimbang dan sesuai dengan keperluan setiap bayi. Biasanya pada musim sejuk, susu ibu akan lebih pekat untuk membolehkan bayi mendapat tenaga, khasiat yang banyak serta lebih kenyang di waktu sejuk. Bila musim panas atau kering, susu ibu akan menjadi lebih cair dan mengandungi lebih banyak air untuk menghilangkan dahaga dan mencegah dehidratan semasa cuaca panas. Macam kita jugak lah kan, time panas terbayang ABC, air sirap. Time sejuk, lapar memanjang...ekeke. Ciptaan Allah itu hebat :)

Jadi, untuk membolehkan bayi mendapat khasiat seimbang, ibu-ibu boleh menyusukan bayi sekurang-kurangnya 15 - 20 minit bagi sebelah breast sebelum menukarkan ke sebelah lagi breast. Sebaik-baiknya teruskan sehingga breast terasa kosong. Jika breast di sebelah (yang bayi tidak menyusu) teras berat dan penuh, ibu boleh mengepam sambil menyusu untuk membuat stok EBM.


Semakin kerap breast diransang, semakin banyak susu diproducekan :)

Sumber :myangels-love.blogspot.com

Happy Breastfeeding!!!

Alhamdulillah, Dipertemukan Dengan Shaklee

Ini adalah rentetan kisah Pengalaman Menjadi Ibu Menyusukan Bhgn 1, Bhgn 2, Bhgn 3 dan Bhgn 4.

Setelah bermacam-macam milk booster saya cuba, akhirnya saya terbaca mengenai Set Breastfeeding Shaklee dari Kump. Ibu2 Menyusukan yang saya sertai di Facebook. Entah macam mana, sedang blogwalking, bertemu dengan blog ini, yang banyak juga cerita mengenai breastfeeding. Teruja bila baca pengalaman ibu-ibu yang telah mencuba Set Breastfeeding Shaklee. Kebetulan Rin pun merupakan Shaklee Distributor. Jadi tergerak hati untuk beli Set B untuk breastfeeding.

2 hari pertama saya consume set ni, walaupun kuantiti susu tak bertambah, namun kualiti susu bertambah baik. Macam masa mula-mula bersalin dulu. Pekat sangat! Apalagi, seronoklah kan... Bersyukur sangat-sangat!

Asalnya memang bertujuan untuk bf semata-mata. Tapi, tak sangka pula, yang dia memberi banyak kebaikan lain. Badan terasa semakin sihat dan cergas. Dan yang paling best, kulit yang dulu kerap berminyak, dah tiada lagi! Parut-parut jerawat pun dah semakin berkurangan. Siapa sangka kan?

Oleh kerana terlalu banyak kebaikan yang saya peroleh ini, rasanya tak salah kalau saya kongsikan bersama-sama anda rakan pembaca blog saya ini. Dan Alhamdulillah, Dia menggerakkan hati saya untuk menjadi Shaklee Independant Distributor. Lepas ini, saya akan cerita banyak lagi tentang produk Shaklee. Jadi, tunggu ya!



Pengubahsuaian


HARAP MAAF!

Blog ditutup sementara untuk kerja-kerja pengubahsuaian.

Wednesday, 25 May 2011

Pengalaman Menjadi Ibu Menyusukan - Bhgn 4



Salah satu cabaran, dalam menjayakan penyusuan susu ibu ialah apabila pengeluaran susu merudum secara tiba-tiba, dan seterusnya menyebabkan stok susu EBM turut habis. Akhirnya, bekalan untuk anak esok di rumah BS, disediakan hari ini. Maksudnya, pam hari ini bekalan untuk esok. Dan begitulah seterusnya...

Itulah yang saya alami, sejak awal bulan 4 yang lepas. Saya perasan, semuanya bermula bila kami sekeluarga sibuk berpindah ke kediaman baru. Jadi, jadual mengepam jadi tak tentu hala. Ditambah pula masa tu, beban kerja di pejabat bertambah-tambah. Jadi, semuanya mengakibatkan stress! Bila dah stress, susu pun malas nak keluar. Bila dah jadi macam tu, bertambah-tambahlah stressnya. Lagilah sikit susu yang keluar.

Walaupun susu makin sikit, dan kadang-kadang tu susu yang dipam hari ni, tak cukup untuk bekalan esok, saya tak mengalah untuk bagi Sakinah FM. Tetap keraskan hati, untuk bagi BM je. Jadi apa yang saya buat? Kalau bekalan tak cukup, terpaksalah saya cuti. Kadang-kadang cuti satu hari, kadang-kadang separuh hari. Tengok keadaan... Tak apalah, demi anak kan.

Lagi satu, saya perasan, makin lama susu saya makin cair. Cair secair-cairnya... Sebab itu juga, Sakinah macam tak puas menyusu. Asyik nak mengempeng je... Yelah, susu tu cair, jadi macam tak kenyang bila menyusu. Macam minum air sahaja.

~ yg kanan - hindmilk, yg kiri - foremilk ~

Macam-macam saya buat untuk kembalikan stok EBM, dan yang penting, saya nak susu saya jadi pekat supaya, Sakinah mudah kenyang. Semua petua milk booster yang saya jumpa, saya cuba buat. Ada yang kata minum horliks, minum soya, makan tempe, sampailah minum air longan kering. Semuanya tak memberangsangkan.

Kecewa? Memang sangat-sangat! Sedih sangat rasanya... Orang keliling, dah bising-bising. Lagilah stress. Keluarga sendiri pun tak bagi sokongan, lagi memperkecilkan hasrat saya lagi.

Kemudian, pada awal bulan 5 yang lepas, saya diserang demam yang teruk. Masa tu, memang tak larat nak mengepam. Nak susukan anak pun tak larat dah rasanya. Sampai lembik-lembik la. Orang ingat saya 'mabuk'. Oh, tidak! Anak saya baru 4 bulan masa tu.

Sehinggalah saya bertemu dengan rakan maya, yang membantu kembalikan susu saya menjadi lebih berkualiti seperti awal-awal dulu. Walaupun kuantiti susu tak bertambah, tapi kualitinya membuatkan saya tersenyum setiap kali selesai sesi mengepam. Dan yang tak disangka-sangka, badan yang selalu lesu setiap petang hingga malam, kembali segar. Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat-NYA... Saya akan kongsikan dengan anda semua, apakah produk tersebut, supaya dapat kita sama-sama memperoleh manfaatnya. InsyaAllah...

Tuesday, 24 May 2011

Pengalaman Menjadi Ibu Menyusukan - Bhgn 3

Ok, sambungan lagi.

Masa mula-mula bekerja tu, susah juga nak manage masa untuk keluar pegi mengepam. Pastu nak cari tempat lagi. Memang pening la mula-mula. Yelah, takkan nak pam kat workplace ni. Pejabat Admin ni dahlah sentiasa penuh dengan orang.

Saya kat keje kat universiti. Bukan tak boleh pam kat surau. Time pagi dan petang, boleh la. Time tengahari la masalah sket, sebab surau penuh dengan student. Kalau kena time cuti, legalah sket. Kebetulan kat ofis ni, ada satu bilik bos yang kosong. Apa lagi, gunalah bilik tu, sementara tak ada orang lagi. Sampai sekarang pun, masih lagi guna bilik tu. Dah jadi macam nursing room dah.

Ni cerita macam mana saya uruskan EBM pulak. Mula-mula dulu saya akan bekalkan 5 botol untuk Sakinah. Itupun saya make sure, sebelum hantar kena DF Sakinah. Setiap botol 2.5 oz. Botol-botol tu saya letakkan no 1 hingga 5. Botol 1 dan 5, adalah fresh milk, yang saya pam semalam. Botol 2 hingga 4 pulak adalah EBM. Jadi setiap hari saya simpan 2 botol 2.5 oz fresh milk kat bawah, yang balance tu letak kat atas jadikan EBM. Macam tulah saya buat setiap hari. Jadi, saya pastikan takkan ada stok expired la.

Mula-mula macam pening-pening juga. Tapi dah lama-lama dah ok dah. Makin seronok pulak bila setiap hari dapat bawak balik susu untuk anak. Rasa bahagia sangat!

Ok, bahagian seterusnya adalah cerita pasal cabaran dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Tunggu ya!

Friday, 20 May 2011

Kenapa Ada Orang Macam Ni?

Dah lama rasanya tak buat entri luahan hati kat sini. Sebab rasanya, sejak dah berumahtangga ni, emosi dah banyak boleh dikawal kot. Hehe... Lagipun, malas nak ambil port sangat perkara-perkara yang boleh menyebabkan emosi terganggu. Yelah, lagi pula kan sejurus berumahtangga, saya terus mengandung. Tak naklah keadaan emosi yang tak stabil mengganggu kandungan.

Sejak akhir-akhir ni, rasanya macam tak boleh nak bersabar dengan 'seseorang' yang terlalu bossy. Yang kadang-kadang kelakuan tu melebihi melebihi bos besar. Rasanya, saya boleh tak kisah lagi sebelum ni, sehinggalah dia mula mencari pasal dengan saya minggu lepas.

Bila saya buat salah je, dia mula mengungkit perkara bukan-bukan, yang tak ada kaitan pun. Masalahnya, tak puas hati dengan saya, pegi bising-bising dekat orang, tak pulak cakap dekat saya. Kalau saya salah, panggil saya, dan tegurlah saya. Bukan dengan terjerit-jerit tak tentu pasal.

Mula-mula saya pelik juga kenapalah dia cari pasal dengan saya. Sekarang saya dah tahu dah kenapa. Puncanya hanyalah perasaan tak puas hati. Tak puas hati pasal apa? Mmm, biarlah saya yang simpan. Saya cuma berharap, saya terus diberikan kesabaran menghadapi manusia seperti dia. Saya tak nak ikut cara dia, sebab nanti, sama je saya dengan dia. Tiada bezanya. Biarlah dia yang meroyan seorang-seorang.

Entri ni cuma nak legakan hati sendiri je. Bagi saya, kami semua sama je di ofis ni. Sama-sama makan gaji. Kalau nak orang hormat kita, hormatilah orang dulu. Semua orang pun ada perasaan. Walaupun dia orang bawah, janganlah kau pijak-pijak dia macam tak ada maruah pulak kan. Kita semua manusia biasa, tiada yang sempurna...

Pengalaman Menjadi Ibu Menyusukan - Bhgn 2

Lama kan nak sambung citer ni kan. Dekat sebulan dah. Ok saya cuba sehabis baik, untuk habiskan citer pasal pengalaman saya ni. Nak habis betul-betul tu, susahlah kot sebab hari-hari pun ada pengalaman baru kan...Pautan
Saya mula buat stok EBM untuk masa kerja, 3 minggu sebelum mula kerja. Kenapa lambat? Sebab dah balik rumah sendiri baru mula buat. Sebelum tu ada juga pam, tapi tak simpan, terus je bagi Sakinah minum. Sebab nak ajar dia menyusu guna botol.

Mula-mula pam, hasil memang kureng sangat. Yelah, baby dengan kita kan... Jadi susah nak buat stok banyak-banyak. Mula-mula saya guna pam biasa je, macam saya cerita kat bhgn 1. Lepas tu, masa awal bulan Mac, saya beli Spectra 3 secara online dari Lunatots, sebab masa tu ada promosi, lagipun saya memang cari pam yang boleh buat double pumping. Nanti bila mula kerja, tak perlulah ambil masa yang lama untuk pergi 'buat projek'.

Alhamdulillah, sejak tu saya bolehlah kumpul stok banyak sket. Seingat saya, sebelum mula kerja, saya dapat buat EBM hampir 40 oz jugalah. Legalah juga... Walaupun sebenarnya saya target untuk dapatkan 60 oz.

Saya paling suka pam time pagi-pagi buta, dalam pukul 1 atau 2 pagi. Sebab masa tu, hasil memang memberangsangkan. Itupun, macam-maca petua saya buat untuk pastikan hasil susu saya tak berkurangan. Antaranya minum air longan kering. Petua tu saya dapat dari kakak sepupu saya. Gigihlah pegi Kedai Ubat Cina, untuk cari bendalah tu...

Ok, lepas ni saya cerita bila saya mula kerja, macam mana saya uruskan EBM, dan simpan stok...

Wednesday, 18 May 2011

Sekejap Ada, Sekejap Lagi Dah Hilang...

Lama betul tak menulis kan. Kalau ada entri pun, entri yang auto publish, yang dah lama saya simpan dalam ni. Kenapa ye? Mood untuk menulis tu, macam kejap ada, kejap lagi kang hilang. Aduh, memang masalah ni...

Saya akan cuba untuk konsisten menulis. Doakan saya ye... Mmm, lagi pun ada sesuatu yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Sesuatu yang telah saya alami, saya mahu anda pun sama-sama mengalaminya. Semoga kita akan sama-sama memperoleh manfaatnya. InsyaAllah...

Yang penting, kena tunggu dulu ok! Jaga diri ya kawan-kawan...

Sunday, 8 May 2011

Perkembangan Bayi - 4 bulan

Perkembangan Tubuh Badan
Dapat berpusing dari posisi menelentang kemudian meniarap, menyokong berat badan dengan lengannya.

Kemahiran Belajar
Akan ketawa kecil apabila anda bermain dengannya. Akan menoleh ke arah sebarang bunyi dan suka jika diletakkan dalam keadaan duduk.

Kemahiran Bertutur
Suka membuat bunyi-bunyi bising dan menyebut beberapa perkataan seperti bunyi Bah, Mah, Paa, Moo, Dah.

Kemahiran Sosial

Suka diberi perhatian.


Sumber : Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Sunday, 1 May 2011

Ulangtahun Yang Pertama ~~ Alhamdulillah...


Setahun yang lalu, saya masih lagi berdebar-debar menanti saat bertukar status, menjadi isteri kepada kekasih hati... Hari ini, kami ditemani orang ketiga yang pastinya mengukuhkan lagi ikatan cinta ini...