:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Wednesday, 16 March 2011

Berjuang!

Mmm, tak mudah sebenarnya nak ubahkan fahaman orang. Lagi pula untuk sesuatu yang sudah diterap sejak berzaman. Nak fahamkan pun bukan mudah ye...

Saya masih lagi fully BF anak saya, walaupun sudah mula bekerja. Memang ada yang pandang sinis tentang keinginan saya untuk fully BF Sakinah, sekurang-kurangnya 6 bulan pertama ni. Kalau boleh mahu lebih dari setahun. Tapi untuk jangka pendek ni, saya target 6 bulan dulu.

Tak susah pun sebenarnya. Lagi bila dah mula kerja ni, senang pula nak dapat lebih dari 3oz setiap kali sesi. Alhamdulillah. Rezeki Sakinah. Memang pada awalnya, aga payah sikit. Lagi pula, Sakinah bila ada Bubu, sibuk nak mengempeng je. Tunggu dia tidur, barulah dapat nak pam. Itu pun, hasilnya kurang memberangsangkan. Saya ada cerita kat entri ni kan.

Sekarang, sejak dah bertukar kepada breast pump yang lebih baik. Hasilnya, Alhamdulillah... Tapi kalau breast pump canggih pun, tak guna cara yang betul, tak guna juga. Saya pun dah try macam-macam milk booster yang ibu-ibu lain cadangkan. Tak ada yang menjadi sangat pun. Mungkin belum jumpa lagi kot. Setiap orang punya milk booster yang berbeza-beza.

Sebenarnya saya lebih percayakan pada konsep 'demand & supply'. Kalau banyak permintaan untuk susu, pasti ia akan keluar banyak. Makin banyak Sakinah menyusu direct, di samping teruskan pam setiap 2 ke 3 jam, makin banyak susu tu. Yang itu memang betul-betul berhasil.

Tapi, biasa la, bukan semua boleh terima. Mak saudara saya sendiri, memperlekehkan usaha saya untuk menyusukan anak dengan susu badan sebenarnya. Masih ingat lagi kata-kata beliau. "Boleh ke?". Mama pun selalu suruh bagi Sakinah dengan susu tepung. Kebetulan pula, lepas bersalin hari tu, klinik bekalkan susu formula percuma. Susu badan pula keluar lepas hari ketiga. Memang mula-mula Sakinah minum FM. Jadi susu masih ada lebih di rumah Mama. Dan saya tak ambil pun bawa balik. Tu yang Mama bising-bising tu. Selalunya kalau saya malas nak jawab, saya diam je. Saya balik tunjukkan usaha saya untuk pam susu banyak-banyak untuk Sakinah. Biar Mama tengok sendiri.

Sejak join 'Kump. Ibu2 Menyusukan di FB, makin bertambah kuat semangat saya. Tambahan pula, ramai juga blogger-blogger yang seperti saya. Ibu bekerjaya, namun masih mampu untuk fully BF anak masing-masing.

Saya cuma berharap, rezeki Sakinah tak putus. Walaupun, stok EBM saya tak sebanyak orang lain, tapi saya tahu, insyaAllah pasti ada rezeki Sakinah. Ameen...

# Mood : Rindu Sakinah. Oh!

Tuesday, 15 March 2011

Sayang Anak, Tinggal-tinggalkan...

Semalam hari pertama bekerja setelah 2 bulan bercuti. Hari pertama juga tinggalkan Sakinah setelah bermanja sambil mengempeng habis-habisan. Sehari sebelum, saya dibelenggu kerisauan. Takut Sakinah menangis saja nanti. Ke saya yang menangis? Hehe...

Hari pertama, semuanya bagai percubaan. Trial & error. Lagi pula Sakinah fully BF. Tak tau nak bekalkan EBM berapa banyak. Apa yang nak dibekalkan untuk Sakinah sepanjang di sana. Yelah, saya kan baru menjadi ibu. Jadi, apa yang saya buat. Kena bertanya pada yang sudah berpengalaman la...

Menguruskan EBM pada BS Sakinah, tak susah mana. Sebab beliau dah biasa. Jadi, tak perlu saya terangkan banyak-banyak. Cuma ingatkan sikit-sikit mana yang perlu je. Hasil pertanyaan pada orang yang berpengalaman, saya bekalkan Sakinah dengan 5 botol EBM, dengan isian 2oz setiap satu. Rasa-rasanya cukup, sebab anak saya kecil lagi kan.

Pagi Suami yang hantar Sakinah ke rumah BS. Saya dah siap-siapkan EBM tu, dalam cooler bag, siap dengan nombor turutan sekali. Jadi, senangkan BS. Lagi pun, saya nak EBM yang dari freezer digunakan dulu.

Petang, saya yang jemput Sakinah. Sampai-sampai je, Sakinah ada dalam buai. Oh, Sakinah dah pandai berbuai ye... Tak apalah, kalau itu akan memudahkan kerja BS. Saya ingatkan Sakinah tidur. Rupanya tidak. Bulat je mata duduk dalam buai. Rupa-rupanya, susu yang dibekalkan tak cukup. Pukul 4 dah habis, dan anak saya masih lapar lagi. Oh, kesian dia...

Ambil Sakinah, terus susukan dulu. Takut masa dalam kereta dia melalak, saya lak yang gelabah. Tak sangka anak saya minum banyak. Yelah, dia nak membesarkan. Lagi pun, hari pertama kan hari percubaan. Jadi, saya dah tahu berapa yang diperlukan.

Hari ini, saya bekalkan 5 botol x 3oz. Harap-harap bekalan cukup, sampai pukul 6 saya jemput Sakinah nanti. Sakinah pun macam tahu je nak kena tinggal, pagi tadi menyusu, langsung tak nak lepaskan. Nak tarik, tak sampai hati. Lagi pula, nak tinggalkan dia lama nanti. Hasilnya... Saya lambat masuk ofis. Hehe...

Thursday, 10 March 2011

Kita Tak Tahu Masa Depan...

Kadang-kadang pelik dengan sesetengah orang. Kalau mengata orang, memang sedap je. Sampaikan lupa nak cermin diri sendiri. Buruk orang, semua nampak. Siap dikorek-korek lagi. Diri sendiri? Belum kena kat batang hidung sendiri, sedaplah mengata. Esok dah kena, baru tau langit tu tinggi ke rendah.

Sifat suka membanding-bandingkan orang, satu hal lagi. Terutamanya hal kerja la, hal gaji la... Dan kadang-kadang tu, hal pasangan hidup pun termasuk sekali. Depan kita syok je cerita orang tu gaji besar lagi dari kita. Padahal orang tu belajar sama-sama dengan kita. Nak beritahu, orang tu lagi bagus dari kita la. Itu kan rezeki masing-masing. Kalau pun gaji kita tu kecil, yang penting kita bahagia. Yang penting, KEBERKATAN kan...

Yang lagi best, nak kata pasangan hidup kita tu tak sesuai dengan kita. Sebab dipandang dari segi fizikal. Dan sekali lagi dibandingkan dengan orang lain, yang pasangan hidupnya itu, lebih kacak, putih, dan tentulah gajinya lagi besar dari kita. Kalau yang mengata tu, memang orang yang makan garam dulu dari kita, diam jelah jawabnya. Tapi yang dok mengata tu, adik-adik yang tak habis sekolah lagi. Apa nak jawab?

Pandainya nak cakap-cakap orang. Awak tu esok, tak tahu lagi nasibnya macam mana. Bila kena kat diri sendiri, pandai pula nak berahsia. Malu la kot. Jawapan saya untuk orang-orang macam ni, kita tunggu dan lihat je nanti. Kita tak tahu masa depan...

Wednesday, 9 March 2011

Budak Lasak

Semalam ingat nak sambung terus cerita perkembangan Sakinah, dah cukup umur 2 bulan ni. Tapi, almaklumlah kan, dah dengan anak ni. Kadang-kadang plan je dalam kepala. Belum tentu lagi dapat dilaksanakan. Kita hanya merancang kan...

Sakinah sekarang dah mula susah nak tidur siang. Tidur malam dah mula ok dah. Rasanya sebulan je dia buat hal bangun malam. Sekarang dah tak lagi dah. Kalau dia tidur awal, dalam pukul 9 camtu, dia akan bangun pukul 11 atau 12 untuk menyusu. Lepas tu, terus tidur sampai pukul 5 dia bangun untuk menyusu sekaligus kejutkan Bubu dengan Babah dia bangun Subuh. Kalau nasib baik, dia akan sambung balik tidur, dan bangun semula pukul 7. Kalau tak, dia akan berjagalah sampai pukul 7.

~ kalau tidur, pandai je nak mengiring sendiri ~

Bila dia berjaga siang pulak, masalahnya dia nak kita ada dengan dia. Lagi-lagi pula sejak dah pandai nak berborak ni. Nak kita layan dia. Kena tinggal, keluarlah ehek-ehek dia. Kalau nangis ngada-ngada tu, memang saya tak layan. Saya terus je buat kerja-kerja rumah. Kalau dia dah mula nangis sungguh-sungguh tu, memang kena berhenti buat keje, untuk layan dia. Kalau nasib baik, dia akan tidurlah. Kalau dapat dia tidur lama tu, macam-macam keje dapat saya buat. Yang paling penting, MAKAN! Menyusukan anak ni kan, perut cepat lapar. Kalau dia berjaga je, manalah sempat saya nak masak dan makan. Tu kalau dia tidur, memang cepat-cepat masak dan makan terus.

~ dia melalak, saya ambil gambar ~

Sekarang ni, kalau dapat dia tidur tak berbedung, memang lasak sangat. Kalau tidur sebelah saya tu, baru kejap saya membelakangkan dia, tau-tau dah ada kat belakang. Kalau saya baring terus, tertindih anak sendiri. Nasib baik memang selalu perasan dia dah kat belakang. Dia punya lasak, kalau bangun pagi bantal dah kat atas. Dia dah kat bawah. Memang nak kena ajar dia tidur baby cot lepas ni. Kang tiga-tiga tidur mati, takut lain lak jadinya.

~ budak tidur lasak ~

Kaki pun punyalah kuat menendang. Kalau mandikan tu, memang nak berdiri tegak je. Kalau orang pegang dia, memang dia tendang-tendang je. Suka sangat kalau orang pegang dia tu.

Sakinah sekarang dah pandai berborak tau! Yang rajin layan dia, Opah la. Punyalah banyak dia berborak dengan Opah. Kalau kami suami isteri ajak borak, taklah serancak tu dia nak borak. Agaknya memang sejak dia lahir, Opah dok bercakap je dengan dia, tu yang dia suka borak dengan Opah tu. Hehe...

Oh, anak saya sekarang asyik nak berpegang je. Aduh, pening dibuatnya. Minggu depan dah mula kerja dah...

~ dalam baby cot pun, leh jatuh dari bantal ~

Tuesday, 8 March 2011

Baru 2 Bulan


Pagi tadi pegi ke KK Bangi untuk check up Sakinah 2 bulan. Plan hari tu, untuk check up 2 bulan nak buat di KD Batu Berendam. Tapi tulah, kita hanya merancang kan. Hujung minggu lepas, memang turn balik Bangi. Dah plan balik Melaka esok. Tapi Suami kena panggil untuk ke kursus di Maran, Pahang. Kalau balik Melaka, pastu gerak ke Pahang, macam lagi jauh. Pulak tu kena pegi sendiri. Kalau gerak dari Seremban, ada kawan-kawan. Jadi, tinggallah kami berdua di sini sehingga Jumaat.

Disebabkan langsung tak rancang untuk buat check up di sini, jadi buku Sakinah memang tak bawa ke sini. Pagi tadi memang redah je pegi klinik. Dah bersedia je kalau kena marah.Yelah, memang salah sendiri. Nak buat macam mana kan. Nasib baiklah tak kena marah. Cuma kena tegur, lain kali bawa je buku anak tu ke mana-mana. Macam bawa Buku Merah dulu. Kalau apa-apa jadi, senang. Boleh refer kat mana-mana klinik terdekat.

Macam biasa, kena timbang berat, ukur tinggi dan lilit kepala. Dan ini resultnya :

Berat : 2.87 kg (2.43 kg)

Tinggi : 51 cm (48.5 cm)
Kepala : 34 cm (32.5 cm)

Yang dalam () tu result masa check up sebulan. Tak banyak naik, terutamanya tang berat tu kan. Dah 2 bulan, berat naik tak sampai 1kg pun lagi. Risau juga. Nurse cakap, mungkin sebab dia memang lahir kecil je kan. Lambat sikit kot. Yang penting dia sihat dan aktif.
Nurse suruh teruskan BF, sebab khasiat dalam tu yang boleh bagi anak besar. Nurse share beberapa petua juga. So, harap-harap next check up, ada peningkatan. Ameen...

Perkembangan Bayi - 2 bulan

Perkembangan Tubuh Badan
Pandai menggeliat. Boleh mengangkat kepala 45 darjah selama beberapa minit.

Kemahiran Belajar
Matanya akan mengekori objek bergerak.

Kemahiran Bertutur

Mula membalas senyuman anda dan pandai mengagah. Walaupun bayi masih tidak tahu untuk bercakap, ini merupakan salah satu isyarat yang bayi sedang belajar untuk berkomunikasi dengan anda.

Kemahiran Sosial
Mengenali wajah ibunya dan orang-orang yang biasa berada di sekelilingnya. Kelihatan takut jika ternampak orang asing dengan memalingkan mukanya ataupun mungkin akan menangis.

Sumber Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Monday, 7 March 2011

Sakinah Yang Mentel. Asyik Nak Mengempeng Je...

Mentel tu maksudnya manja. Mengempeng tu pulak, asyik nak bergayut je kat Cik B ni. Itulah keadaan Sakinah sekarang. Risau juga kami suami isteri, sebab minggu depan saya dah mula bekerja. Maknanya, minggu depan dah kena hantar Sakinah ke BS.

Saya betul-betul perasan yang dia suka mengempeng, sejak kami duduk kembali di rumah sendiri. Yelah, tinggal berdua saja, dari pagi sampai ke petang. Kalau dia langsung tak tidur, memang satu kerja pun tak jadi. Kadang-kadang kalau dah lama sangat, saya tinggalkan je. Sementara nak jemur kain ke, nak masak ke. Hasilnya? Memang melalak-lalak la anak dara tu. Langsung tak mahu berenggang. Kadang-kadang tu, sampai tak sempat nak makan.

Mula-mula memang tak mahu ajar Sakinah berputing. Masa tu kira boleh sabar lagilah. Tapi bila difikir-fikirkan semula, kami bolehlah bersabar. Nanti hantar kat BS? Yang bukan jaga Sakinah seorang. Takkan nak berpegang je. Tak jadi keje la nanti...

Akhirnya, kami beli juga puting. Mula-mula nak beli yang harga RM20 ke RM30. Lepas tu tak jadi. Nanti kalau dia tak mahu, sia-sia je. Kami beli yang harga bawah RM10 je.

Mula-mula, memang dia layan je puting tu. Biasanya kami bagi masa dia dah nak tidur je. Kena pastikan dia dah betul-betul kenyang dulu la. Sebab Sakinah nak mengempeng sampai dia tertidur. Lagi satu, dia macam suka nak masukkan jari dalam mulut, terutamanya lepas mandi. Jadi, kami bagi puting. Daripada dia hisap jari, baik hisap puting. Kalau nak buang pun tak susah sangat kot.

~ puting yang lagi besar dari muka ~

Tapi, masalahnya sekarang, dia dah tak mahu hisap puting. Baru dia perasan yang puting tu kosong je. Ada yang suruh kami beli puting lain. Yang boleh melekap pada lidahnya. Tapi, entahlah... Kang beli lagi, dia tak mahu pula. Ingat tengok minggu depan macam mana. Kalau BS kata ok tanpa puting, tak payahlah belikan puting. Kalau tidak, kena fikirkan jalan seterusnya...