:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Monday, 7 March 2011

Sakinah Yang Mentel. Asyik Nak Mengempeng Je...

Mentel tu maksudnya manja. Mengempeng tu pulak, asyik nak bergayut je kat Cik B ni. Itulah keadaan Sakinah sekarang. Risau juga kami suami isteri, sebab minggu depan saya dah mula bekerja. Maknanya, minggu depan dah kena hantar Sakinah ke BS.

Saya betul-betul perasan yang dia suka mengempeng, sejak kami duduk kembali di rumah sendiri. Yelah, tinggal berdua saja, dari pagi sampai ke petang. Kalau dia langsung tak tidur, memang satu kerja pun tak jadi. Kadang-kadang kalau dah lama sangat, saya tinggalkan je. Sementara nak jemur kain ke, nak masak ke. Hasilnya? Memang melalak-lalak la anak dara tu. Langsung tak mahu berenggang. Kadang-kadang tu, sampai tak sempat nak makan.

Mula-mula memang tak mahu ajar Sakinah berputing. Masa tu kira boleh sabar lagilah. Tapi bila difikir-fikirkan semula, kami bolehlah bersabar. Nanti hantar kat BS? Yang bukan jaga Sakinah seorang. Takkan nak berpegang je. Tak jadi keje la nanti...

Akhirnya, kami beli juga puting. Mula-mula nak beli yang harga RM20 ke RM30. Lepas tu tak jadi. Nanti kalau dia tak mahu, sia-sia je. Kami beli yang harga bawah RM10 je.

Mula-mula, memang dia layan je puting tu. Biasanya kami bagi masa dia dah nak tidur je. Kena pastikan dia dah betul-betul kenyang dulu la. Sebab Sakinah nak mengempeng sampai dia tertidur. Lagi satu, dia macam suka nak masukkan jari dalam mulut, terutamanya lepas mandi. Jadi, kami bagi puting. Daripada dia hisap jari, baik hisap puting. Kalau nak buang pun tak susah sangat kot.

~ puting yang lagi besar dari muka ~

Tapi, masalahnya sekarang, dia dah tak mahu hisap puting. Baru dia perasan yang puting tu kosong je. Ada yang suruh kami beli puting lain. Yang boleh melekap pada lidahnya. Tapi, entahlah... Kang beli lagi, dia tak mahu pula. Ingat tengok minggu depan macam mana. Kalau BS kata ok tanpa puting, tak payahlah belikan puting. Kalau tidak, kena fikirkan jalan seterusnya...

2 comments:

azian abdullah said...

sama lah kes mcm najla. asyik nak berkepit jer. tapi najla tak pandai pulak nak hisap puting. pernah cuba. tapi tak berjaya. dia keluarkan balik puting tu. hehe.

MaZNi PutERi said...

mungkin sebab dia hisap-hisap, xde pulak kuar susu. tu yang dia kuarkan balik tu. hehe...