:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday 8 March 2011

Baru 2 Bulan


Pagi tadi pegi ke KK Bangi untuk check up Sakinah 2 bulan. Plan hari tu, untuk check up 2 bulan nak buat di KD Batu Berendam. Tapi tulah, kita hanya merancang kan. Hujung minggu lepas, memang turn balik Bangi. Dah plan balik Melaka esok. Tapi Suami kena panggil untuk ke kursus di Maran, Pahang. Kalau balik Melaka, pastu gerak ke Pahang, macam lagi jauh. Pulak tu kena pegi sendiri. Kalau gerak dari Seremban, ada kawan-kawan. Jadi, tinggallah kami berdua di sini sehingga Jumaat.

Disebabkan langsung tak rancang untuk buat check up di sini, jadi buku Sakinah memang tak bawa ke sini. Pagi tadi memang redah je pegi klinik. Dah bersedia je kalau kena marah.Yelah, memang salah sendiri. Nak buat macam mana kan. Nasib baiklah tak kena marah. Cuma kena tegur, lain kali bawa je buku anak tu ke mana-mana. Macam bawa Buku Merah dulu. Kalau apa-apa jadi, senang. Boleh refer kat mana-mana klinik terdekat.

Macam biasa, kena timbang berat, ukur tinggi dan lilit kepala. Dan ini resultnya :

Berat : 2.87 kg (2.43 kg)

Tinggi : 51 cm (48.5 cm)
Kepala : 34 cm (32.5 cm)

Yang dalam () tu result masa check up sebulan. Tak banyak naik, terutamanya tang berat tu kan. Dah 2 bulan, berat naik tak sampai 1kg pun lagi. Risau juga. Nurse cakap, mungkin sebab dia memang lahir kecil je kan. Lambat sikit kot. Yang penting dia sihat dan aktif.
Nurse suruh teruskan BF, sebab khasiat dalam tu yang boleh bagi anak besar. Nurse share beberapa petua juga. So, harap-harap next check up, ada peningkatan. Ameen...

3 comments:

Adelia said...

hye there..
my baby pon ms lahir kecik je
2.08kg only!! very small kn

tp alhamdulillah ms 1 month berat dia da naik 3.1 kg and now 5.1 kg

yg penting u bg BF kerap sket ye.xyah tggu 2 hours.

about the pacifier tu lak..dulu i mmg xnk bg but then my baby cm sakinah asik nk melekat je.so i try google bout the advantages of using pacifier.the most important thing is it helps prevent our baby from SIDS.tu yg i bg my baby guna pacifier tu. u try cr yg sesuai ikot bulan sbb dia more similar tu our nipple.

Kak Erin said...

my baby pun gi check up pagi tadi. Berat masa deliver 2.45 kg.. After 2 mnth berat dia dah 5kg. Huhu Alhamdulillah. Doc pun tekejut sebab kita kata full breastfeding. No formula milk at all.

Takpe.. Teruskan BF. Walaupun berat tak betambah bnyk, tapi baby sihat =)

MaZNi PutERi said...

Mummy Iman : Anak perempuan, minum sikit dah tidur. Kena kejut nak bagi dia minum banyak sket. Mungkin sebab tu kot.
Ttg pacifier, nanti akan diusahakan. Cari yang lebih sesuai kan...

crystalmerah : anak awk kn tua beberapa jam dari anak saya. mesti dia kuat minum kan.
masih teruskan BF, dan moga2 ada peningkatan nanti.