Sahabat…
Mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat…
Ingatlah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi
Sahabat…
Aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang tanpa diri mu
Ku tak bisa dan kembalilah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sama ada kawan, teman atau sahabat, ketiga-tiganya pun sama jer. Terpulanglah pada tafsiran masing-masing. Bagi saya, antara ketiga-tiga perkataan ini, saya lebih gemar menggunakan 'sahabat', kerana bagi saya, sahabat akan sentiasa dekat di hati, walau mungkin jauh di mata. Jauh bukan melupakan yer...
Selalu kita dengar, 'kawan gelak senang dicari, kawan menangis, sukar sekali'. Tapi pengalaman saya pula berbeza. Bagi saya, kawan bersuka ke, kawan berduka ke, sentiasa ada di sisi saya. Saya memang agak sukar mempercayai orang lain, kesan daripada kisah-kisah silam saya. Saya pernah beberapa kali, ditikam dari belakang oleh kawan baik saya sendiri. Sekarang saya sangat berhati-hati untuk berkawan rapat dengan seseorang, sehingga boleh saya iktirafkannya sebagai rakan baik.
Sepanjang perjalanan hidup kita ini, kita akan menemui berbagai-bagai jenis manusia, dengan pelbagai ragam. Dari kita kecil, hinggalah dewasa, ramai yang akan kita iktirafkan menjadi rakan baik kita. Dan yang pasti, orang yang akan menjadi rakan baik kita sehingga ke akhir hayat adalah pasangan hidup kita.
Apabila kita terlalu rapat dengan seseorang, kadang-kadang perkara yang kecil dan remeh pun boleh menjadi isu yang sangat besar. Saya memang malas hendak melayan perkara-perkara begini sehingga akhirnya saya membuat keputusan untuk merenggangkan sedikit hubungan itu agar, masing-masing dapat melihat kehidupan dari sisi yang lain pula. Bagi saya, kadang-kadang kita perlu punya ruang untuk diri sendiri bermuhasabah.
Bukan semua perkara yang dilalui perlu diceritakan, sebab bukan semua orang faham kenapa sesuatu itu dijadikan buat kita. Bukan saya tidak mahu berkongsi, tapi kalau dikongsi hanya untuk menambahkan cemburu, bukankah diam itu lebih baik. Apabila hasil yang baik telah diperoleh, mahu dikongsi berita gembira itu, sukarkah untuk diterima dan sama-sama meraikannya?
Perkara ini sangat sensitif untuk diceritakan. Lagi pula ia telah lama berlalu. Nanti bila saya punya kesempatan & kekuatan, akan saya ceritakan semuanya ya!
Nota Hati : Saya doakan terbaik buat semua sahabat-sahabat saya...
No comments:
Post a Comment