:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Monday 8 March 2010

Cuti Sekolah!!

Walaupun cuti cuma 9 hari, tapi ramainya ambil kesempatan untuk menamatkan zaman bujang. Kad jemputan kahwin bersepah-sepah di rumah. Baik saudara-mara, jiran tetangga mahupun rakan taulan, semua pun ada. Sehinggakan saya rasa, tak tahu mana yang mahu dituju. Kalau dekat-dekat tu, bolehlah juga dibahagi ikut jadual. Kalau jauh? Alamatnya, memang ada yang kena mengalahlah kan?

Asalnya saya memang sudah rancang mahu turun ke Melaka hari Sabtu ini. Lagi pula memang ada urusan mahu diselesaikan bersama-sama En. Tunang. Dan kebetulan ada Kerja Kahwin salah seorang blogger yang memang saya ikuti. Dekat pula dengan rumah En. Tunang. Jadi, saya fikir, apa salahnya saya join kan...

Pada hari yang sama, ada dua orang sepupu saya juga berkenduri-kendara pada hari yang sama. Seorang sebelah Mama, seorang sebelah Ayah. Sebelah Mama, memang awal-awal surrender la, sebab jauh ke seberang laut sana. Di Labuan nun. Yang sebelah Ayah ini pula, baru je dapat tahu. Kenduri diadakan di Lumut. Entah, pening tak tahu mana pergi yang mana.

Tunggu jelah, pada hari kejadian. Baru boleh buat decision mana yang nak pergi. Apa-apa pun, saya ucapkan 'Selamat Pengantin Baru', buat yang bakal menamatkan zaman solo, pada musim cuti sekolah nanti. Semoga berbahagia ya!

Nota Hati : Lagi tak sabar nak cuti sebab, jalanraya pasti clear tanpa traffic jammed...

1 comment:

^nanie^ said...

kak,sabtu ni jd x?hehe