:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Monday, 31 August 2009

Merdeka! Tahniah Malaysia...

Cuma nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga keamanan & kesejahteraan terus mengiringi kejayaan kita. Satu lagi, semoga kita tidak terus terbelenggu dengan masalah ekonomi terutamanya kenaikan harga barangan la...

Kerajaan, please alert! Tak rasa merdekalah kalau harga barang terus melambunt, terutama masa perayaan ni...

Apa-apa pun Tahniah Malaysia!






glitter-graphics.com

Sunday, 30 August 2009

Dah Tau Susah, Hargailah...

Saya pun tak tau macam mana nak mulakan tulisan mengenai tajuk di atas. Sudah dinamakan pun manusia, benda yang ada di depan mata tidak mahu dihargai sebaik-baiknya. Nanti bila dah tak ada, baru nak sesal tak sudah. Masa tu memanglah dah tak guna dah kan...

Dulu awal-awal cakap, susah nak dapat. Abis tu bila dah dapat? Tak reti-reti lagi? Hargailah... Susah ke nak menghargai? Bukan kena bayar pun kan... Bukan nak kena bagi hadiah pun. Buat sesuatu yang menampakkan memang benar-benar menghargai & mensyukuri nikmat yang diberikan-NYA. Itu saja...





glitter-graphics.com

Saturday, 29 August 2009

Lirik Lagu : Teruskanlah

~~~~~~~~~~

Pernahkah kau bicara
Tapi tak didengar
Tak dianggap sama sekali

Pernahkah kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak diberi kesempatan

Ku hidup dengan siapa
Ku tak tahu kau siapa
Kau kekasihku
Tapi orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskanlah... Teruskanlah...
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
Kebutuhanmu

~~~~~~~~~~





glitter-graphics.com

Friday, 28 August 2009

Transformasi Ramadhan


Epilog Silam - Haikal


Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

~~~~~~~~~~

Alhamdulillah, semalam saya berpeluang mendengar tazkirah @ ceramah motivasi yang disampaikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah, di sini. Ya! Itulah yang seronoknya apabila bekerja dengan top management yang ramai orang Islam. Sepanjang Ramadhan dipenuhi dengan majlis-majlis ilmu. Tinggal kami menggunakannya sebaik mungkinlah kan?

Semalam, beliau mengupas tajuk mengenai 'Transformasi Ramadhan'. Ramadhan datang, Ramadahn pergi, tapi kita masih di sini, di takuk ini, tiada apa yang berubah. Sebenarnya, sepatutnya kita menjadikan Ramadhan sebagai titik tolak untuk kita memulakan perubahan kepada yang lebih baik. Yelah, seperti yang kita tahu, bulan ini adalah bulan yang penuh berkat. Salah satu sebabnya ialah kerana musuh utama anak-anak Adam, tiada. Sudah diikat dan dicampakkan ke laut nun. Jadi, kalau jadi apa-apa yang tidak sepatutnya, janganlah kita nak dok salahkan makhluk lahanat tu. Sebenarnya apa-apa perkara yang kita lakukan, jika kita melakukannya lebih 40hari berturut-turut, ia akan jadi sesuatu yang biasa untuk kita lakukan. Tidak kiralah sama ada perkara yang baik atau yang buruk. Jika, kita melakukan dosa pada bulan yang penuh barakah ini, mungkin sebab ianya sudah menjadi kebiasaan kita kan...

Dan pagi tadi, terdengar pula lagu yang di atas ni. Rasa syahdu pula. Bait-bait liriknya benar-benar menyentuh tangkai hati saya. Betapa banyaknya dosa yang telah saya lakukan sepanjang 26tahun berada di atas muka bumi-NYA ini. Tapi rahmatnya, tak pernah putus buat saya. Saya harap ianya, memang rahmat dan bukan istidraj. Itu memang sangat menakutkan. Semoga maghfirahnya mengiringi perjalanan saya.

InsyaAllah, Ramadhan kali ini akan saya jadikan Ramadhan yang terbaik, kerana saya sendiri tidak pasti adakah akan saya bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan. Pada semua rakan-rakan, sama ada yang sudah lama saya kenali, baru dikenali atau akan mengenali, saya mohon ampun & maaf banyak-banyak. Memang raya lama lagi, tapi kita pun tak pasti adakah sempat kita menunggu Aidil Fitri nanti untuk memohon maaf. Saya juga memaafkan anda semua. Semoga kita semua diberkati oleh-NYA. Ameen...


## Azam saya mahu mengkhatamkan Al-Quran, InsyaALLAH...






glitter-graphics.com

Wednesday, 26 August 2009

Lirik Lagu : Destinasi Cinta


Destinasi Cinta - Mestica


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...

~~~~~~~~~~

Ramai di kalangan sahabat-sahabat saya sangat terkejut dengan apa yang jadi dalam hidup saya sekarang. Apatah lagi, saya bertemu dengan apa yang saya mahu, seperti apa yang saya mahu, walau mungkin terlambat sedikit. Tapi ini yang saya mahu, ini yang saya pinta pada-NYA lewat doa-doa saya.


Dengan kata mudah, saya jatuh cinta dengan tulisan beliau, sehingga membawa kepada saya benar-benar menyayangi beliau. Pertemuan pertama meyakinkan saya, beliaulah jodoh saya, kerana apa? Kerana saya telah bertemu beliau di dalam mimpi-mimpi saya.

Macam cerita dongeng yang direka-reka kan? Tapi itulah kenyataanya... Yang penting, Alhamdulillah atas segala kurniaan-NYA.





glitter-graphics.com

Tuesday, 25 August 2009

Jurnal 2 Hati : 006 - Pakej Pakaian & Andaman

Rupa-rupanya, nak buat pilihan pun susah kan? Dah lama dah saya buat perbandingan antara satu butik dengan satu butik. Tapi saya masih blur nak pilih yang mana. Kalau ikutkan saya dah buat survey masa nak bertunang hari itu. Yelah, sekali jalan, senang kan? Sambil cari pakej untuk tunang, sambil survey-survey pakej perkahwinan.

Tapi, siwiyes la. Sampai sekarang blur, tak tau nak pilih yang mana. Kalau ikutkan dah shortlisted la, butik mana yang ok. Tapi rasa-rasanya nak kena pegi semula kot butik-butik tu, tengok baju-baju dorg...

Ok, saya nak tanya orang yang pernah jadi pengantin. Selalunya apa yang membuatkan korang pilih butik tu punya pakej. Sebab pakej dia menarik & berpatutan ke, sebab baju-baju dia cantik-cantik ke, atau mungkin jugak sebab layanan dia tiptop. Perkahwinan sekali seumur hidup. Kalau boleh, saya tak susah-susah hati atau sakit-sakit hati on my big day tu. So, tolong ye, kawan=kawan blogger sekalian... TQ...





glitter-graphics.com

Lirik Lagu : Jangan Pisahkan


Jangan Pisahkan - Deddy Dores & Mayangsari


Biar cinta
Terhalang gunung dan samudera
Aku tetap
Memegang janjiku padamu

Biar jurang
Yang terjauh ada di depanku
Takkan goyah
Sumpahku kepada diri

Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita

Jangan pisahkan, aku dan dia
Tuhan tolonglah, ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka





glitter-graphics.com

Monday, 24 August 2009

Puasa Tahun Ini

Kalau ikutkan, puasa kali ini, puasa terakhir sebelum bergelar isteri orang. Tapi, macam tak ada apa-apa beza pun. Ingatkan dah nak jadi isteri orang ni, nak start la belajar bangun awal-awal pagi untuk bersahur. Tapi, hampeh! Nak kena sampai Mama ketuk pintu bilik baru terhegeh-hegeh. Tau-tau semua dah terhidang. Haiii, senanglah hidup. Lagi best plak, dibuat xleh puasa, lagi la liat nak bangun. Terus je tayang bendera merah, tak bagi orang ganggu tidur yang lena diulit mimpi itu.

Maaf la En. Tunang, bakal isteri awak ini memang liat nak bangun pagi. Dibuatnya lepas kahwin kena tinggal dengan Mertua, hahaha gelak besar la saya. Karang Mertua cakap, ingatkan ni memang Menantu, tapi rupanya anak hantu. Kahkahkah! Camnelah ni..

Sebenarnya saya tetapkan dalam hati mahu menghayati puasa tahun ini bersama-sama keluarga. Bukanlah tahun depan tak boleh berpuasa bersama-sama keluarga. Tapi kan nak kena bahagi-bahagi. Lagi pula sudah punya keluarga sendiri.

Tengok tu, berfikir bukan main jauh lagi. Sepatutnya improvekan diri tahun ni, tapi masih belum menampakkan hasil. Takpe-takpe, baru nak masuk tiga hari. Ada 26 hari lagi. Banyak lagi masa. Yang penting, teruskan usaha! Chaiyok! Cahiyok!





glitter-graphics.com

Terimalah Seadanya

# Catatan di bawah saya terima daripada emel pagi tadi. Saja mahu berkongsi...

Seorang isteri mengadu begini kepada saya, " Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal be rsamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?


Lalu saya bertanya, Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.

Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.

Lalu saya perjelaskan, Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata "NO MAN IS PERFECT".






glitter-graphics.com

Saturday, 22 August 2009

Cerita H1N1

Apa yang ingin saya kongsikan hari ini adalah cerita mengenai H1N1. Saya dapat cerita ini daripada salah seorang rakan saya yang bekerja di hospital. Seperti yang kita semua tahu, H1n1, sangat berbahaya dan hospital-hospital di seluruh negara memang sangat-sangat sibuk untuk menangani kes ini.

Baru-baru ini, para doktor dari seluruh negara, termasuk juga dari luar negara berkumpul, mengadakan persidangan mengenai H1N1 yang menyerang rakyat negara ini. Baru saya tahu, rupa-rupanya, H1N1 berbeza antara setiap negara. Kalau anda semua mahu tahu, virus di negara kita ini adalah yang agak teruk juga, berbanding negara-negara serantau yang lain.

Para doktor ni berkumpul untuk mencari cara bagaimana mahu menghapuskan virus nilah. Rakan saya ini telah diberi peluang untuk melihat sampel salah seorang pesakit yang dijangkiti virus ini. Menurut cerita beliau, memang sukar nak digambarkan bagaimana rupa virus itu. Yelah, dah namanya pun virus kan? Faham-faham sendiri sudahlah...

Ok, doktor-doktor ini semua mencuba pelbagai cara untuk mematikan @ menghapuskan virus ini. Menggunakan bahan-bahan dari seluruh dunia. Bahan-bahan perubatan la. Saya pun bukan faham sangat. Tapi yang sangat mengejutkan, tiada satu pun yang mampu untuk menghapuskan virus ini. Tiada satu pun! Mereka memang hampir berputus asalah.

Akhirnya mereka menemui satu cara yang kita semua pasti terkejut. Dalam agama Islam pun dah cakap, H1N1@BABI, kalau kita terpegang, kita kena samak dengan air tanah liat kan? Sebab apa? Hanya tanah liat yang mampu menhapuskan kuman-kuman yang terdapat di dalam tubuh babi. Dan sungguh menakjubkan, apabila sampel virus itu terhapus dengan TANAH LIAT!

Sebenarnya, apa sahaja yang kita lakukan, akhir sekali, pasti kita akan berbalik semula kepada Al-Quran & As-Sunnah. Sebab itu telah diberitahu, Al-Quran itu adalah kitab teragung. Semua jawapan pada persoalan di dunia ini, ada di dalamnya. Tinggal kita mengkaji, mendalami & yang penting sekali mengamalkannya. Mudah kan?

p/s: saya tak taulah kalau para doktor suruh pesakit H1N1 makan tanah liat. tapi kalau untuk kebaikan, & tidak membawa mudarat, boleh kan?





glitter-graphics.com

Friday, 21 August 2009

Kadang-kadang...

Sebenarnya, dalam pergaulan seharian, adalah sangat penting, cara kita bercakap dengan orang. Walaupun perkara yang ingin disampaikan itu, sangat menyakitkan hati, tapi kalau ianya disampaikan dengan cara yang elok, kan manis begitu? Apatah lagi yang bercakap itu, seorang gadis. Kan manis jika kita selalu bersopan santun.

Oklah, nak senang cerita. Biar saya ceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Di ofis saya ini, saya kira sebagai kakak la, kerana usianya tua 5 tahun daripada saya. Beliau masih lagi single hingga kini. Yang menjadi isunya, bukan faktor usia atau status beliau ye. Pada awalnya, saya tak pernah pertikaikan pun semua itu. Tak pernah sama sekali. Tapi, setelah lama bersama-sama beliau, dan bekerja bersama-sama beliau, kadang-kadang menyebabkan saya terfikir kenapa beliau jadi begitu. Mungkin apa yang saya katakan ini, hanyalah salah satu faktor sahaja. Selain faktor, memang belum sampai jodoh. Saya pun pernah cerita mengenai jodoh kan?

Macam saya dah cakap tadi, bukan itu isunya. Beliau yang saya kenali ini, nampak macam ok pada awalnya. Tapi, cara beliau bercakap tak kena tempat. Terlalu kasar, dan kadang-kadang, menyinggung perasaan orang. Kalau beliau mahu marah, memang beliau akan mawah, sesukanya, sekuat-kuatnya, sehingga satu ofis dengar. Kadang-kadang sampai boleh menjatuhkan maruah orang. Bukan tak ada orang yang pernah menegur beliau. Tapi tulah, dah jadi darah daging agaknya kan.

Masa mula-mula beliau tahu saya mahu bertunang dulu, memanglah beliau terkejut, dan beliau marah-marah sebab saya tak beritahu langsung mengenai bakal tunang saya itu. Bukan saya tak nak beritahulah, cuma takkanlah semua benda nak kena beritahu beliau dulu kan. Selepas itu, sibuk pula mahu menengok gambar bakal tunang saya. Memang saya tak bagi, sehingga selesai pertunangan. Selepas beliau lihat, ada satu komen yang beliau keluarkan, sehingga menyebabkan saya terasa sangat2! Tapi memang saya tak cakap sebab beliau lebih tua daripada saya. Dan saya tahu beliau bagaimana orangnya. Kemudian mahu tahu bagaimana saya kenal tunang saya, dan mahu ikut cara saya mencari jodoh. Saya tak kisah, tapi buatlah dengan hati. Ikhlaskan diri. Saya cuma cakap berdoa banyak-banyak, selain berusaha. Serahkan urusan itu pada DIA.

Kadang-kadang bila saya lihat, beliau marah, bila orang buat padanya. Tapi, beliau tak sedar yang sebenarnya, beliau pun buat apa yang orang buat itu. Dan pastinya menyebabkan orang pula tidak suka kan.

Kak, jangan marah-marah. Nak cakap, elok-elok boleh kan? Cara berkomunikasi tu kak, buat orang sayang pada kita. Saya mendoakan yang baik-baik je buat akak ye...





glitter-graphics.com

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Setahun sudah berlalu, Ramadhan datang lagi. Semoga Ramadhan kali ini, lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya...

~~~~~~~~~~~

Harapan Ramadhan
Album : Maafkan
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua






glitter-graphics.com

Thursday, 20 August 2009

Tercipta Untukku : Di Sana Sudah, Di Sini Pula...

Selesai majlis bakal S-I-L minggu lepas, rasa makin dekat pula turn kami berdua... Tinggal 8 bulan je lagi. Dan 8 bulan tu, bukanlah lama lagi sebenarnya. Dan rasanya tiada apa yang dilakukan, planning cuma. Dan saya masih relax-relax jer...

Minggu lepas meluangkan masa seketika bersama-sama keluarga besar beliau. Ya! Memang saya tidak sihat. Tapi, hati teringin sangat mahu melihat bakal adik ipar bersanding. Kenapa saya teringin sangat? Sebab, dia kan macam adik perempuan saya juga. Lagi pula, saya memang tiada lagi adik perempuan (bakal ada, bila adik-adik saya mula gatal nak kawin. hahaha!).

Seronok sangat, dan saya pun tak sangka, sampai juga saya ke sana dalam keadaan badan tidak berapa sihat. Saya tahu, En. Tunang mahu sangat saya datang. Tapi beliau tidak memaksa, kerana tahu keadaan diri saya waktu itu. Gembira, kerana saya dipertemukan dengan mereka yang begitu menyayangi En. Tunang. Saya tau, beliau disayangi ramai, dan kedatangan saya sememangnya dinantikan...

Walaupun seketika, cukup meninggalkan kesan. Saya pun tak berapa nak banyak bercakap, sedangkan saya kan seorang yang peramah. Tapi keadaan badan yang tidak begitu mengizinkan saya menjadi begitu menonjol. Hahaha! Ada hati tu nak menonjolkan diri.

Maaf, gambar memang tiada. Walaupun hanset kamera memang ada. Saya tiada mood mahu bergambar @ mengambil gambar. Cukuplah saya dapat melihat kegembiraan mereka. Tahniah buat Eka! Selamat menjadi isteri solehah...





glitter-graphics.com

Wednesday, 19 August 2009

Tercipta Untukku : Saya Rindu Sama Kamu!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PERMATA YANG DICARI

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu





glitter-graphics.com

Untuk Mama

gambar masa hari pertunangan saya 2 bulan lepas

Ok, ini entri khas buat ibu tercinta sempena ulangtahun yg ke-52 hari ini. Ha, hampir terlupa. Nasib baik hanset dah setkan reminder. Dalam kepala ni masih lagi tengah pikir nak buat apa petang ni. Hadiah memang xbeli lagi la, sebab baru nak recover dari demam kan. Tapi biasanya kami buat makan-makan je pun. Cuma harini Fuad xde, sebab kat Ipoh. So, cam xbaper nak best la pulak...

Walaupun saya dan Mama selalu berbalah pendapat, tapi saya tetap sayang beliau. Memang saya ni degil+keras kepala. Lagi-lagi kalau dengan Mama. Ada je perkara yang buat kami berbalah. Kadang-kadang tu rasa kelakar pun ada. Saya cuba untuk mengurangkan situasi-situasi yang bakal membawa kepada perbalahan antara kami berdua. Yelah lagi pula, tak lama je lagi, saya bakal menjadi isteri orang. Saya akan tinggal bersama suami kan... Memanglah rasa cam berat. Yelah, dah hidup bersama lebih 26tahun. Saya pun tak tau camne la kehidupan saya nanti...

Ala, tersedih plak... Dahlah... Kang ada lak yang banjir kat sini....






glitter-graphics.com

Tiba-tiba Rasa Nak Berhenti

Kembali semula menjalankan tugas setelah hampir seminggu bercuti disebabkan demam+batuk yang kadang-kadang cam melampaui batas pun ada. Baru seminggu je tinggal, kerja yang dibebankan, banyak sekali! Aduh, pagi-pagi 'Big Boss' sudah panggil. Macam-macam amanat. Abis, tugas kan? Nak ke, tak nak ke, kena buat juga.

Rasa cam nak brenti pun ada... Tension-tension...





glitter-graphics.com

Monday, 17 August 2009

Jurnal 2 Hati : 005 - Gubahan Hantaran

Akhir-akhir ini saya kerap memikirkan mengenai perkara ini. Gubahan hantaran. Mengikut perancangan asal, saya mahu menggubah sendiri seperti sewaktu bertunang tempoh hari. Tapi bila difikir-fikirkan semula, saya rasa macam tak sempat je...

Sebab pertama, menjelang 'Hari Besar' saya nanti, saya sangat sibuk dengan kerja-kerja pejabat untuk siri pengauditan. Ianya akan mula sibuk selepas raya nanti. Saat keadaan itu, saya sangat pasti, tiada cuti dalam diari harian saya.

Sebab kedua, selain daripada saya, selalunya hanya Mama yang akan membantu. Adik-adik? Semua lelaki... Jadi? Tengok jelah mereka tahu. Saya tidak mahu membebankan mama dengan kerja-kerja remeh+memenatkan ini. Banyak lagi perkara-perkara besar yang perlu diselesaikan.

Sebab ketiga, apabila dikira-kira, bajet membuat sendiri, dengan mengupah orang membuatnya, lebih kurang sama saja. Mengupah orang mungkin lebih sedikit, tapi kuranglah pening+penat kan? Saya telah jumpa di mana tempat yang murah+cantik.

Memang pada awalnya saya mahu membuat sendiri, kerana ini adalah salah satu cabang seni yang saya gemari. Tapi, kalau saya punya masa yang banyak @ pembantu yang ramai, pasti ia lebih memudahkan kerja-kerja saya.

Masa masih banyak untuk difikirkan lagi & dibuat keputusan...





glitter-graphics.com