:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Friday 21 August 2009

Kadang-kadang...

Sebenarnya, dalam pergaulan seharian, adalah sangat penting, cara kita bercakap dengan orang. Walaupun perkara yang ingin disampaikan itu, sangat menyakitkan hati, tapi kalau ianya disampaikan dengan cara yang elok, kan manis begitu? Apatah lagi yang bercakap itu, seorang gadis. Kan manis jika kita selalu bersopan santun.

Oklah, nak senang cerita. Biar saya ceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Di ofis saya ini, saya kira sebagai kakak la, kerana usianya tua 5 tahun daripada saya. Beliau masih lagi single hingga kini. Yang menjadi isunya, bukan faktor usia atau status beliau ye. Pada awalnya, saya tak pernah pertikaikan pun semua itu. Tak pernah sama sekali. Tapi, setelah lama bersama-sama beliau, dan bekerja bersama-sama beliau, kadang-kadang menyebabkan saya terfikir kenapa beliau jadi begitu. Mungkin apa yang saya katakan ini, hanyalah salah satu faktor sahaja. Selain faktor, memang belum sampai jodoh. Saya pun pernah cerita mengenai jodoh kan?

Macam saya dah cakap tadi, bukan itu isunya. Beliau yang saya kenali ini, nampak macam ok pada awalnya. Tapi, cara beliau bercakap tak kena tempat. Terlalu kasar, dan kadang-kadang, menyinggung perasaan orang. Kalau beliau mahu marah, memang beliau akan mawah, sesukanya, sekuat-kuatnya, sehingga satu ofis dengar. Kadang-kadang sampai boleh menjatuhkan maruah orang. Bukan tak ada orang yang pernah menegur beliau. Tapi tulah, dah jadi darah daging agaknya kan.

Masa mula-mula beliau tahu saya mahu bertunang dulu, memanglah beliau terkejut, dan beliau marah-marah sebab saya tak beritahu langsung mengenai bakal tunang saya itu. Bukan saya tak nak beritahulah, cuma takkanlah semua benda nak kena beritahu beliau dulu kan. Selepas itu, sibuk pula mahu menengok gambar bakal tunang saya. Memang saya tak bagi, sehingga selesai pertunangan. Selepas beliau lihat, ada satu komen yang beliau keluarkan, sehingga menyebabkan saya terasa sangat2! Tapi memang saya tak cakap sebab beliau lebih tua daripada saya. Dan saya tahu beliau bagaimana orangnya. Kemudian mahu tahu bagaimana saya kenal tunang saya, dan mahu ikut cara saya mencari jodoh. Saya tak kisah, tapi buatlah dengan hati. Ikhlaskan diri. Saya cuma cakap berdoa banyak-banyak, selain berusaha. Serahkan urusan itu pada DIA.

Kadang-kadang bila saya lihat, beliau marah, bila orang buat padanya. Tapi, beliau tak sedar yang sebenarnya, beliau pun buat apa yang orang buat itu. Dan pastinya menyebabkan orang pula tidak suka kan.

Kak, jangan marah-marah. Nak cakap, elok-elok boleh kan? Cara berkomunikasi tu kak, buat orang sayang pada kita. Saya mendoakan yang baik-baik je buat akak ye...





glitter-graphics.com

No comments: