:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Saturday 22 August 2009

Cerita H1N1

Apa yang ingin saya kongsikan hari ini adalah cerita mengenai H1N1. Saya dapat cerita ini daripada salah seorang rakan saya yang bekerja di hospital. Seperti yang kita semua tahu, H1n1, sangat berbahaya dan hospital-hospital di seluruh negara memang sangat-sangat sibuk untuk menangani kes ini.

Baru-baru ini, para doktor dari seluruh negara, termasuk juga dari luar negara berkumpul, mengadakan persidangan mengenai H1N1 yang menyerang rakyat negara ini. Baru saya tahu, rupa-rupanya, H1N1 berbeza antara setiap negara. Kalau anda semua mahu tahu, virus di negara kita ini adalah yang agak teruk juga, berbanding negara-negara serantau yang lain.

Para doktor ni berkumpul untuk mencari cara bagaimana mahu menghapuskan virus nilah. Rakan saya ini telah diberi peluang untuk melihat sampel salah seorang pesakit yang dijangkiti virus ini. Menurut cerita beliau, memang sukar nak digambarkan bagaimana rupa virus itu. Yelah, dah namanya pun virus kan? Faham-faham sendiri sudahlah...

Ok, doktor-doktor ini semua mencuba pelbagai cara untuk mematikan @ menghapuskan virus ini. Menggunakan bahan-bahan dari seluruh dunia. Bahan-bahan perubatan la. Saya pun bukan faham sangat. Tapi yang sangat mengejutkan, tiada satu pun yang mampu untuk menghapuskan virus ini. Tiada satu pun! Mereka memang hampir berputus asalah.

Akhirnya mereka menemui satu cara yang kita semua pasti terkejut. Dalam agama Islam pun dah cakap, H1N1@BABI, kalau kita terpegang, kita kena samak dengan air tanah liat kan? Sebab apa? Hanya tanah liat yang mampu menhapuskan kuman-kuman yang terdapat di dalam tubuh babi. Dan sungguh menakjubkan, apabila sampel virus itu terhapus dengan TANAH LIAT!

Sebenarnya, apa sahaja yang kita lakukan, akhir sekali, pasti kita akan berbalik semula kepada Al-Quran & As-Sunnah. Sebab itu telah diberitahu, Al-Quran itu adalah kitab teragung. Semua jawapan pada persoalan di dunia ini, ada di dalamnya. Tinggal kita mengkaji, mendalami & yang penting sekali mengamalkannya. Mudah kan?

p/s: saya tak taulah kalau para doktor suruh pesakit H1N1 makan tanah liat. tapi kalau untuk kebaikan, & tidak membawa mudarat, boleh kan?





glitter-graphics.com

No comments: