:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Wednesday 11 April 2012

Tak Salah Rasanya...

Seperti yang diketahui, saya menyusukan anak saya dengan susu badan sepenuhnya sehingga berusia 6 bulan. Alhamdulillah, masih punya rezeki, sampai sekarang pun Sakinah masih menyusu badan, walaupun tidak lagi secara eksklusif. Selagi ada permintaan, selagi itu saya akan berikan yang terbaik untuknya.

Walaupun sekarang sudah genap usia kandungan 25 minggu, dia masih lagi mahu menyusu, dan sekarang sudah pandai minta pula. Tak sampai hati mahu menolak, lagi pula belum pun cukup usianya 2 tahun. Masa awal-awal mengandung dulu, dia macam sudah kurang mahu menyusu badan. Kadang-kadang satu hari tak minta langsung. Saya fikir dia sudah mahu 'wean-off'. Tapi sekarang, permintaan semakin tinggi pula.

Saya ingat lagi, masa mula-mula saya pergi buka 'buku merah' yang kedua ini, Sakinah baru berusia 11 bulan. Jururawat yang ambil details ibu tu, terkejut sebab saya masih menyusukan anak, setelah tahu mengandung. Siap suruh saya berhentikan cepat-cepat, sebab takut memudaratkan baby dalam kandungan katanya. Hampir terpengaruh dengan kata-katanya, walaupun saya dah banyak membaca di internet mengenai hal ini, waktu itu. Kemudian, bila jumpa jururawat di dalam yang membuat pemeriksaan menyeluruh, beritahu saya 'Jangan berhentikan penyusuan susu ibu kepada anak saya, sebab anak saya masih kecil'. Lega sangat dengar... Dia cuma berikan saya beberapa nasihat penting, bila saya PERLU memberhentikan penyusuan, dalam keadaan mendesak. Alhamdulillah, sehingga hari ini, tiada yang perlu dirisau, InsyaAllah...

Saya tahu, kalau ikutkan kata orang tua-tua, tak elok meneruskan penyusuan kononnya akan 'memudaratkan bayi di dalam kandungan'. Selagi, ia tidak memudaratkan saya, baby mahupun Sakinah, tak salah rasanya... Tiada fakta mengatakan yang si kakak akan mengambil khasiat yang sepatutnya untuk si adik di dalam kandungan. Saya rasa sekarang kalau waktu saya menyusukan Sakinah, adik kat dalam meloncat-loncat gembira je. Lagi-lagi bila saya dekatkan badan Sakinah ke perut saya. Makin rancak dia bermain. :)


Ini adalah saat yang sangat indah. Sakinah 8 bulan.

Apa yang perlu saya lakukan, hanyalah memastikan saya dan anak-anak (yang di dalam & luar kandungan) mendapat khasiat yang secukupnya untuk keperluan kami bertiga. Saya perlukan vitamin tambahan yang insyaAllah, membantu saya lebih cergas dan sihat. Nak tau apa yang saya amalkan? Boleh hubungi saya ya!

2 comments:

Atiqah Adnan said...

syukur mazni dah pregnt bby no.2 bestnyeee!! adik sakinah mesti boboyy.. aceee teka lak..

tulaa amel pun dah tak fully bf daa..weekend/ummi cuti je dapat fully.. tp malam dia mesti nk df syukur ade susu jugaa..

miszaugust said...

ye betul tu Mazni. masa ct pregnant 2nd baby, si abang baru je 10bulan. tp ct pun x stop BF. teruskan, tp kita sendiri pun kena makan lebih n makan makanan yg banyak nutrisi la. susu jangan lupa minum. itu untuk khasit ketiga-tiga org. tpi menjelang bulan ke 5/6 kandungan, susu akan menjadi sedikit dan rasa pun berubah. ini disebabkan hormon kita berubah dan bersedia untuk bayi pula. oleh kerana sakinah dah besar and dah start solid food, mungkin boleh banyakkan food intake dia so that dia agak lali and terlupa untuk menyusu. itu pandangan ct :)