:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Saturday, 23 October 2010

Perkembangan Bayi Dari Minggu Kedua Puluh Tujuh Hingga Ketiga Puluh

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Sunday, 17 October 2010

Dah Agak Dah...

Kan betul tekaan kami berdua selama ni. Memang dah dapat rasa dari awal lagi. Siap main teka-teki pun, bb bagi jawapan yang sama juga.

Semalam seperti yang dijanjikan, kami ke Pusat Rawatan islam Az-Zahrah untuk check-up kali pertama, dan buat scan sekali. Alhamdulillah, bb bagi kerjasama, dan dah nampak pun. Dari malam sebelum tu lagi kami dah pesan, supaya bb tunjuk, boy ke girl, supaya senang nak buat preparation. Hehe...

Kalau sebelum ni bb duduk melintang dalam perut ibu ni, dah 6 bulan lebih ni, dia dah berada pada kedudukan yang betul. Dan yang paling best skali, nampak muka bb... Seronok, seronok!

InsyaAllah, kalau tiada apa-apa, sebulan lagi saya akan buat check-up kali kedua, dan terus booking untuk bersalin di sana. InsyaAllah. Doakan semuanya berjalan lancar ye...

Friday, 15 October 2010

Kurang 100 Hari Lagi

Kalau ikutkan ticker kat atas ni, tinggal 99 hari je lagi. Itupun kalau bb betul-betul nak keluar ikut due date tu. Kalau dia nak keluar awal? Lagi kuranglah kan...

Esok genap 26 minggu dah. Kejap je kan? InsyaAllah, esok akan buat check up kat Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. InsyaAllah, saya plan untuk melahirkan di sana, di Bandar Baru Bangi. Dan akan berpantang di rumah orang tua sayalah. Tapi, tak adalah sampai habis pantang. Sambung pulak ke rumah Mertua atau rumah sendiri. InsyaAllah...

Kalau ikutkan, saya rancang untuk mula membeli-belah barang-barang bb bulan ini. Ya! Satu pun saya tak beli lagi ye. Ingatkan nak tau jantina bb dulu, barulah semangat sikit konon-kononnya. Harap-harap, bb bagi kerjasama kat kami. Kalau ikutkan last scan hari tu, dah boleh nampak. Tapi, bb kan pemalu macam ibu dia ni. Hehe...

Ok, itu jelah. Saya tau saya dah lama tak menulis. Jadilah, buat tatapan anda yang merindui saya ya! Haha! Perasan je lebih...

Saturday, 2 October 2010

5 Bulan = 24 Minggu = 6 Bulan

Arini genap 24 minggu. Sekejap je rasanya. Masih terbayang-bayang lagi saat pertama kali mengetahui diri ini mengandung. Sekarang bb pun dah makin ligat dan lasak kat dalam ni. Syukur, Dia beri kami rezeki secepat ini. Alhamdulillah...

Semalam genap usia perkahwinan kami yang kelima bulan. Ini pun rasa macam sedar tak sedar je. Walaupun baru lima bulan, kadang-kadang terasa macam dah lama bersama. Biasalah, kehidupan rumahtangga, tak semua manis. Tapi, tak semua yang pahit itu, sesuatu yang tak baik. Masih lagi dalam tempoh menyesuaikan diri, dan mengenali hati budi masing-masing. Asal ada sistem barter, memberi dan menerima, insyaAllah, semuanya baik-baik sahaja.

Ujian, dugaan dan cabaran itu sebenarnya tanda kasih-sayang Dia buat kami. Sabar dan redha, menjadi pegangan. Moga kehadiran si kecil ini nanti, memberi rezeki dan kebahagiaan buat kami sekeluarga. Ameen...