:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday, 29 June 2010

Saya Menanti Ogos...

Kalau boleh dicepatkan waktu, ingin saya menuju ke Ogos secepat-cepatnya. Kalau boleh... Tapi, saya tahu saya kena sabar. Sabar itu ubat. Ada hikmahnya...

Namun, kesyukuran saya panjatkan pada-Nya, atas segala kurnia-Nya buat saya. Dikurniakan dengan rezeki yang melimpah-ruah. Keluarga yang bahagia, dikurniakan pula dengan Suami yang soleh, dan diberi nikmat menyemai benih di dalam rahim ini. Syukur...

Walau dulu, kadang saya alpa dengan suruhan-Nya. Dia datangkan saya musibah untuk saya bermuhasabah kembali, dan akhirnya digantikan dengan nikmat yang tidak terhitung. Moga segala kurniaan-Nya ini, tidak menjadikan saya alpa dengan segala suruhan-Nya. Ameen...

Doakan segalanya dipermudahkan. Rezeki itu pasti ada. Semoga impian saya menjadi kenyataan. Tak lama pun lagi...

Friday, 25 June 2010

Check-up Bulan Ke-2

Minggu ni, cukup 10 minggu. Semalam ada monthly check-up. Alhamdulillah, semua ok-ok je... Tiada sebarang masalah...

Cuma berat badan saya bertambah mendadak. rasanya naik hampir 3kg dari bulan lepas. Banyak kan? Sampai saya confuse, anak yang membesar ke, saya yang membesar ni? Hehehe...

Inilah kesannya, mengandung tanpa alahan. Syukur sangat-sangat! Sampai sekarang pun, tiada sebarang sickness, baik morning or evening. Makan pun sangat-sangat berselera. Jadi sementara berselera ni, saya belasah jelah. Hehehe... Lagipun, tak boleh lambat makan sikit pun. Kalau dah lapar tu, cepat-cepatlah makan. Kalau tidak masuk angin, lagi susah ati.

Minggu lepas saya diserang sengal-sengal di bahagian kaki. Saya assume sebab saya tak minum susu. Minggu lepas memang saya langsung tak minum susu, sebab susu Anmum tu dah habis. Tak pegi beli lagi. Lepas tu, perut ni berangin je. Sampai tengah-tengah malam pun boleh terjaga sebab sakit sangat!

Minggu ni, saya dah mula minum susu balik, dah ok dah kaki. Tak ada masalah dah. Lepas tu, saya kurangkan minum teh yang menjadi punca angin tu. Saya bantai minum teh pagi petang, mana tak berangin kan? Pun dah ok sket dah...

Itu jelah kot. Semua perkembangan ibu saja. Perkembangan anak? Perut ibu makin membesar, maknanya anak makin membesar la tu. Hehe...

Wednesday, 23 June 2010

Kawan-kawan, Tolong Berhati-hati...

Hati-hati !!Mulai sekarang jangan pernah menuliskan kata2 yang 6 huruf yaitu I5Ra3L (tulisan biasa) di WALL, di Status, di Note atau saat mengupload apa saja, karena secara otomatis anda akan langsung masuk ke fans page ini TAPI JANGAN DI LIKE :

http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts

Coba lihat..!! Sudah banyak saudara kita yang masuk fans page itu... Padahal mereka tak bermaksud untuk gabung..Mungkin Anda juga termasuk dari mereka yang telah tergabung tanpa disengaja.. Waspada dan segera untuk keluar karena jumlah anggota mereka setiap jam bertambah,

jika kita menulis nama negara itu sesuai aslinya maka informasi itu akan di direct ke page 15r43L dan dimonitor sama mereka disana, semua postingan yg mengandung kata 15r43L ada disana juga

Sebarkan vm ini ke saudara2 kita yang lain.. Karena kita bukan pengikut the real terorist..

Saya melihat mungkin anggota grup ini yang wall/note//tautan yang masuk ke dalam fans page itu, hati-hati ya..
tolong disebarin.
syukron.

(sumbEr dri group bErjuanglah, rEmaja islam!!)

Tuesday, 22 June 2010

Raikan Cinta : Layan Jelah...

Sebenarnya dah sangat penat masa majlis kat Melaka. Dahlah panas yang mencucuk-cucuk, kena cover dengan senyuman yang paling manis lagi. Ingat tak penat. Tapi, memang jadi pengantin sangat penat kan?

Tapi, kami layankan juga Apai untuk sesi outdoor lagi. Sebenarnya outdoor sekali je untuk sekali pakej. Nasib baik tak perlu pergi jauh-jauh. Depan rumah Mertua saya tu je. Ada tanah lapang, yang kalau masa kenduri besar macam ni, dorang buat tempat letak kereta. Sebab cuaca sangat cantik, suasana jadi sangat cantik.

Jom tengok gambar ni...


Yang penting, dapat juga saya bergambar dengan 'awek' Suami saya tu. Hehehe...

Raikan Cinta : Menantu Bertandang

Selepas selesai majlis di Bangi, esoknya terus sahaja majlis di Melaka. Memang kami mahu buat sekali jalan. Senang... Lagipun, Bandar Baru Bangi - Bukit Katil, cuma sejam sahaja perjalanan.

Kami bergerak dari Bangi pada pukul 10.30 pagi. Sebab bergerak secara konvoi, sampai di tol Ayer Keroh hampir pukul 12 tengahari. Ramai juga yang ikut. Seingat saya adalah hampir 20 buah kereta. Tu termasuk sebuah van bas sekolah. Sampai di tol Ayer Keroh, ada lagi rombongan yang belum sampai. Dekat pukul 12.30 tengahari baru gerak ke rumah Mertua saya. Itupun saya dah bising sebab, saya belum siap apa-apa lagi. Mak Andam dah tunggu di rumah.


Sampai di rumah, laju je saya masuk bilik, tadah muka dekat Mak Andam. Mak Andam dah tunggu saya dari pukul 11 pagi ok! Sabar jelah... Nasib baik, beliau buat kerja sangat pantas. Mekap siap dalam masa 1 jam, bersiap-siap dalam setengah jam, dalam pukul 2 dah siap dah.
Memang cantik dan puas hati dengan mekap dan baju pun cantik terletak kat badan saya. Tak ada fitting ok. Dahlah pakej murah.

Saya dah siap-siap nak kuar berarak dah ni. Suami pun dah siap. Tak sabar, sebab sudah sangat lapar... Elok nak keluar bilik, saya tanya Mak Andam tu, mana kasut saya. Beliau cakap tak ada. Apa perasaan korang? Tak terkejut? Nak keluar sanding dah ni. Saya cuma berselipar sahaja dari Bangi tadi.
Saudara-mara saya yang perempuan, kaki semua saiz besar. Saya je yang bersaiz 5. Jumpa kasut sama saiz dengan saya, kasut sepupu Suami. Tapi warna PINK! Saya pakai baju warna biru ok. Last sekali saya pakai je sandal sepupu saya warna coklat, walaupun saiznya sangat besar. Kalau pakai kasut pengantin pun, memang besar sikit dari kaki saya.

Nanti tengoklah gambar saya berjalan cover kasut. Siap cakap dengan Apai, jangan ambil gambar banyak sangat kat bahagian bawah tu. Ketara sangat bezanya. Nanti saya sambung cerita pasal kasut tu. Sekarang, layan dulu gambar ni yer...

~ tak nampak kasut kan? ~

~ pelamin yang mereka buat sendiri ~

~ meriah tak meja makan pengantin? ~

~ coming soon. tunggu... ~

~ pengantin biru, kek pun biru... ~

Dah dulu ye...

Monday, 21 June 2010

Raikan Cinta : Posing Luar Pintu

Kami gerak untuk sesi ini pada pukul 4 petang. Nasib baik Kak Emy, nak tunggu untuk touch up kedua-dua pengantin ni. TQ ya kak! Lokasi yang dipilih, sekitar Putrajaya. TQ to Apai, sebab beliau yang bawa pengantin ni, bersama orang iringan, dengan kereta beliau sendiri.

~ dengan Kak Emi ~

Lokasi pertama, di celah-celah bangunan kerajaan di Putrajaya tu. Tapi saya tak ingatlah bangunan apa. Layankan dulu gambar ni yer...


Ok, lepas tu kami bergerak ke Masjid Besi. Masa ni, sekitar Putrajaya dah gelap sangat. Bukan sebab dah malam, tapi sebab hujan. Hujan rahmat yang turun selepas majlis. Alhamdulillah, syukur. Masa ni, saya dah penat sangat! Dah pukul 6 petang rasanya. Tapi, sebab nak bergambar, tahan jelah. Nasib baik, ada pengapit yang sporting!

Layan gambar kat Masjid Besi ni pula ya!


Cukup ye untuk hari ini. Nanti sambung cerita majlis bertandang pula. Tunggu...

Setahun Yang Lalu...


Setahun yang lalu, saya berada di rumah, menanti kekasih hati datang untuk mengikat janji.
Hari ini, janji telah dilaksana, dan Alhamdulillah, sekarang sedang menanti kehadiran si comel ini.
Syukur atas kurniaan-Nya...



Cerita detik pertunangan saya, klik
sini ya!

Friday, 18 June 2010

Raikan Cinta : Jom Main Tawen-tawen!

Majlis Akad Nikah selesai pukul 11.30 pagi. Ada pelbagai sesi bergambar, dan majlis betul-betul selesai jam 12 tengahari. Sempatlah saya berehat selama setengah jam, sebelum disolek semula pada pukul 12.30 tengahari, untuk bersanding pula.

Kalau ikutkan, saya akan bersanding selepas Zohor, lebih kurang pukul 1.30 la. Memang saya dah siap-siap dah ni. Tinggal tunggu pengantin lelaki je sampai. Masa ni, memang betul-betul buat hati saya panas. Sebab masa saya call Suami saya pukul 1.30 tu, dia cakap baru sudah mandi. Boleh? Padahal Zohor dah masuk pukul 1.15, saya ingatkan baru siap solat, pastu teruslah bersiap-siap untuk bersanding. Semua orang dah bising-bising, tanya mana pengantin lelaki. Yang pengantin lelaki tak siap-siap. Memang saya marah, dan rasa nak mengamuk je.. Tapi sebab fikir ini majlis saya, saya senyum jelah. Dalam hati, Allah jelah yang tahu.

Dalam pukul 2 lebih baru rombongan lelaki sampai. Manalah tak angin. Yelah, saudara-mara yang jauh-jauh semua dah balik, lama sangat tunggu pengantin tak sampai-sampai. Inilah yang buat saya bengang! Suami cakap, memang jadi ceritalah lepas ni, pasal pengantin lelaki lambat. Tau takpe... Nasib baik dah kahwin. Hahaha!

Oklah, layankan gambar ni yer...

~ inilah pengantin yang lambat tu. nasib baik dia pengantin ~

~ walaupun bengang, maintain senyum ~

~ oklah. i maafkan u ~

~ sebab nak cantik, senyum jelah ~

~ panas... tu yang berkerut dahi tu ~

~ di atas pelamin, bersama pengapit ~

Sebenarnya, tak ada sesi merenjis ke, tepung tawar ke. Naik atas pelamin cuma untuk bergambar. Dan yang mahu bergambar masa ni, punyalah ramai. Serius, sampai dah lapar sangat-sangat dah rasanya. Last sekali saya ajak Suami gerak terus ke meja beradap. Kalau tidak, mahu sampai petang dok kat situ je.

Layan gambar kat meja beradap ye. Saya sangat suka deko meja ni yang termasuk dalam pakej katering Ube Catering Services. Memang bagus la!

~ mulut kelihatan penuh kan? lapar wei... ~

~ tengok, pengapit pun sangat lapar ok ~

~ gambar ni je paling cantik, yang betul-betul nampak rupa paras meja beradap tu. dengan siapa tu? biarlah rahsia ya ~

Lepas makan, laju je dorang ajak saya ke pelamin semula. Adoiyai, sabar jelah... Pengantin tak boleh marah-marah, kena senyum je. Kan saya orang paling cantik hari tu. Ceh, statement tak boleh blah kan? Hehehe...

Punyalah bergambar, sampai saya lupa ada sesi potong kek. Bila adik saya beria-ia bawa keluar kek ke meja kek, baru saya teringat. Layan pulak gambar ni yer...



Ok, dah dulu. Nanti saya masukkan gambar pelbagai aksi pula. Jangan muntah dulu ok...

Thursday, 17 June 2010

Raikan Cinta : Yang Penting

Ok, sebelum saya mula dengan gambar-gambar masa sanding, saya bagi anda tengok gambar-gambar ni dulu. Benda yang penting untuk sesi Akad Nikah.


~ gambar ni cantik kan? saya suka sangat! ~

~ dari saya buat Suami ~

~ dari Suami buat saya pula ~

Untuk Budak Ini...

Sebelum saya terlupa, hari ni harijadi budak kat bawah ni...

Yang tengah angkat periuk tu. Yang konon-konon rajin tu. Hehehe...

Adik saya yang kedua, anak ketiga la maknanya. Ulangtahun yang ke-21. Minggu depan dia akan berangkat ke Ipoh, sambung belajar lagi setahun.

Ok, selamat la ye... Malam ni sapa nak belanja makan besar ni? Hmmm...

Raikan Cinta : Sedikit Lagi Gambar Akad Nikah

Hari tu saya dah buat dah entri pasal akad nikah kan? Cuma gambar yang ada tu, dari kamera adik saya. Hari ini saya bagi gambar dari En. OP. Layankan dulu ye, sementara saya cari masa untuk entri seterusnya...

~ muka ketat kami berdua, sebelum akad nikah ~

~ akad nikah ~

~ syukur! dengan sekali lafaz, saya sudah jadi isteri orang ~

~ solat ye, lepas nikah ~

~ penyerahan wang mas kahwin ~

~ cincin tanda ~

Ok, cukup ek?