:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Monday, 11 January 2010

Ulasan Saya Untuk AJL 24


Pertama sekali, tentulah ucapan tahniah untuk semua pemenang.

  • Juara - Pergi (Aizat / Pete Teo / Amran Omar)
  • Naib Juara - Dan Sebenarnya (Yuna / Yuna / Yuna)
  • Tempat Ketiga - Bencinta (Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir)
  • Persembahan Terbaik - Kau Aku (Aizat)
  • Vokal Terbaik - Aku Rindu Sayang Kamu (Black)

Saya nak buat ulasan untuk setiap persembahan, yang bagi saya memang hebat-hebat belaka! Ulasan ini adalah dari persepsi saya, bukan profesional dalam bidang muzik, tapi profesional untuk menjadi penonton. Ok?

Aurora (Estranged / Estranged / Estranged)
  • Suka bila sampai Rich sebut-sebut warna, lampu-lampu semua tukar ikut warna yang disebut (hijau, ungu & merah).
  • Pembukaa pertandingan yang mantap!

Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah / Ajai / Habsah Hassan)
  • Penari-penari latar tu memang cantik, masuk buat macam pokok bergoyang tu.
  • Tapi Alyah ampak sangat stress!

Cinta Adam dan Hawa (Misha Omar / Azmeer / Loloq)
  • Saya memang tertunggu-tunggu persembahan ni, tapi macam takde yang mengujakan.
  • Vokal Misha memang power!

Masih Jelas (Hafiz / Aidit Alfian / Ad Samad)
  • Oklah, untuk persembahan kali pertama.
  • Rambut Hafiz comel!

Situasi (Bunkface / Sam / Sam)
  • Best sebab ada bintang Idola Kecil, Aril & Nurul.
  • Nape muka Sam macam cacat?

Pakai Buang (Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  • Persembahan memang power, tapi tak dapat lawan tahun lepas untuk Aku Stacy.

Pergi (Aizat / Pete Teo / Amran Omar)
  • Intro best, gesekan biola cina pun best!
  • LED kat belakang cantik & sesuai dengan lagu.
  • Sangat terkesan!

Aku Skandal (Hujan / Noh / Noh)
  • Terkejut dengan kehadiran crowd yang begitu ramai kat depan tu, rasa macam buat semak je.
  • Mungkin dorang nak buat macam konsert GIG kot...

Rindu Terhenti (Tomok / Aubrey Suwito / Tinta)
  • Cerita kat LED tu, memang best! Kira macam drama la..
  • Macam tak mengujakan sangat sebab dah tengok persembahan ni kat OIAM kot...

Aku Rindu Sayang Kamu (Black / Yuzai / Yuzai)
  • Ini memang saya tunggu-tunggu, vokal Black memang power!
  • Suka jalan ceritanya, mula-mula tengah siap-siapkan black kat belakang, pastu keluar & duduk kat tangga, dan paling tak sabar tunggu part Black jerit...
  • Suka sebab dia letak penyanyi latarnya kat tengah-tengah audiens. Unexpected!

Dan Sebenarnya (Yuna / Yuna / Yuna)
  • Suara Yuna memang menusuk jiwa. Kalau lelaki yang dengar memang jatuh cinta la!
  • Yuna nampak begitu relax...

Bengang (Akim / Amir / Sheikh Qalam)
  • Muka Akim memang nampak bengang macam tajuk lagu.
  • Props memang bagus, cuma tak faham sebab tak pernah pun tengok video muzik lagu ni.

Kau Aku (Aizat / Aizat / Aizat)
  • Aizat nampak begitu enjoy, yang menyebabkan penonton rasa ejoy jugak!
  • Suka masa Aizat tiba-tiba lari turun ke pentas tengah-tengah penonton, pastu budak-budak sekolah tu semua ikut.
  • Nampak seronok sangat!

Bencinta (Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir)
  • Vokal Faizal memang meremangkan bulu roma.
  • Faizal memang bersemangat waja!

Ini semua pandangan saya je tau. Mana yang peminat-peminat artis yang saya cakap tak best tu, jangan marah tau! Adik saya yang bongsu begitu tak puas hati dengan keputusan. Sebab apa? Dia nak muzik indie yang menang. Saya cakap, Aizat menang pun, muzik indie jugak. Ada India kan dalam persembahan tu. Bengang Adik macam Akim bengang. Hahaha!

Apa-apa pun, dah namanya pun adat pertandingan, mesti ada yang menang, ada yang kalah. Yang penting, memang puas hati dengan keseluruha program, terutama persembahan dari grup-grup pelbagai zaman tu. Memang power la!


Nota Hati : Tengah tunggu MP3 AJL 24. Semua bagus-bagus kan?


1 comment:

fazemy said...

Yang AKim tu prop hebat2..tp mcm tak pakai pun. Faizal Tahir mcm biasa je persembahan dia. Yang penting persembahan dato siti ngn serach best..