Ingat lagi entri ini? Pada mulanya saya ingat nak tempah stiker. Tapi, baru-baru ini saya fikir semula, kalau saya boleh buat sendiri, kenapa tak cuba kan? Lagi pun ini kan majlis saya. Kalau semua hantar kat orang buat, tak rasa macam nak ada majlis besar pula kan? Jadi saya degan secara terrajinnya, aka membuat sendiri tag terima kasih ini.
Saya dah print out pun, cuma sekarang sedang sibuk potong-potong. Saya akan potong-potong di ofis, menggunakan papan pemotong kertas. Senang sikit kan? Lepas tu, saya akan tampal-tampal pula. Kerja-kerja ini semua akan saya buat selepas selesai operasi menjahit manik saya itu.
Maklumlah, masa yang ada cuma hujung minggu, jadi macam lambat sikit proses. Nanti habis Audit 2009, saya akan punya banyak masa untuk buat persiapan majlis. Harap-haraplah...
1 comment:
saya pun buat sendiri...hehehe...nak cut costmmhahhaha
Post a Comment