:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Sunday 10 January 2010

Siapa Juara?

~ Kredit kepada Gua ~

Terus terang, saya sudah lama tak mengikuti program Muzik-muzik secara mingguan. Tetapi, untuk Anugerah Juara Lagu, tak pernah lagi saya ketinggalan. Dulu, masa zaman remaja, dari program mingguan, separuh akhir, hinggalah ke peringkat akhir, tak pernah ketinggalan pun. Cuma sejak belajar di U, makin melupakan. Tapi, peringkat akhir memang tak boleh tinggallah...

Saya rasa, AJL pada tahun ini, agak sengit persaingannya, dan bagi saya bila kategori lagu dimansuhkan, ia membuka peluang kepada semua lagu-lagu yang bagus untuk menyertai peringkat akhir, dan seterusnya pastilah lagu yang terbaik di antara yang terbaik akan diangkat menjadi juara. Jadi, pemilihan lagu untuk diangkat menjadi juara pasti sangat sukar kan? Sedangkan kita sendiri pun, tak tahu nak meneka-neka yang mana akan jadi Juara Lagu.

Kalau anda perasan, pada tahun ini, lagu-lagu yang dipertandingkan semuanya lagu-lagu yang sememangnya popular, dan pastilah yang sedap dan bagus untuk didengar. Berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini, ada lagu yang kita tak pernah dengar pun, boleh masuk AJL. Biasanya lagu-lagu Irama Malaysia atau Etnik Kreatif la..

Senarai lagu untuk AJL malam ini :

  1. Aurora - Estranged
  2. Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah
  3. Cinta Adam & Hawa - Misha Omar
  4. Masih Jelas - Hafiz
  5. Situasi - Bunkface
  6. Pakai Buang - Stacy
  7. Pergi - Aizat
  8. Aku Skandal - Hujan
  9. Bencinta - Faizal Tahir
  10. Aku Rindu Sayang Kamu - Black
  11. Dan Sebenarnya - Yuna
  12. Bengang - Akim
  13. Kau Aku - Aizat
  14. Rindu Terhenti - Tomok

Apa pun, memang tak boleh lepaskan satu pun persembahan malam ni, sebab semuanya pasti bagus-bagus belaka! Tak sabar nak tunggu malam ni pukul 9 malam. Siapa pun juara, yang penting persembahan kena mantap! Nak tengok lebih tentang AJL, klik sini.

Nota Hati : Kalau dapat pegi stadium, best kan?


1 comment:

Siti Hajar said...

memang dah lama tglkan dunia muzik ni..hehe.. mlm ni x de apa nak wat tgk jela siaran ni..cuma mgkn boring sb tgk sorg2.......