:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Thursday, 30 July 2009

Jurnal 2 Hati : 003 - Jom Main Warna Lagi!

Ok, kita sambung yang hari tu k... Saya dah cakap, warna yang menjadi pilihan saya untuk majlis bersanding nanti, warna hijau. so, kita nak cari warna apa yang sesuai untuk digabungkan dengan warna hijau... Oh ya, hijau yang menjadi pilihan, kemungkinan besar hijau lumut. Tapi, tak taulah kalau nanti tiba-tiba kita tukar lagi kan... Hehehe...

Jom, kita cuba nak?


Saya pun dah confius dah ni...





glitter-graphics.com

Saturday, 25 July 2009

Hati Tak Tenang

Entah, xtau nape. Susah nak citer. Sebab melibatkan banyak sangat pihak. dan semuanya kena dijaga. Mula-mula macam ni, lepas tu, macam tu pulak. Banyak pulak dugaannya. Sabar, sabar...

Kadang-kadang rasa cam nak mengamuk je. Saya ni memang sukar untuk mengawal emosi, kadang-kadang... Tapi, kena banyak sabar. Janganlah nak mengamuk, hangin tak tentu pasal. Tolonglah...







glitter-graphics.com

Friday, 24 July 2009

Jurnal 2 Hati : 002 - Warna Tema

Tadi saya melihat-lihat ke blog 'The Perfect Palette', mahu lihat cantik atau tidak gabungan warna tema yang saya inginkan untuk majlis saya nanti...
Ok, untuk Majlis Nikah, warna yang sudah ditetapkan dan telahpun dipersetujui oleh En. Usul...



Saya gabungkan dua warna - krim (ivory) & gold. Cantik tak?

Kemudian untuk majlis bertandang di tempat saya, mama mahu sangat menggunakan warna hijau. Takpelah, sebagai anak yang baik, saya ikut sahaja. Walaupun sebenarnya, warna hijau tak pernah ada dalam kamus hidup saya. Tapi, kami masih lagi memilih-milih hijau yang bagaimana. Mama mahukan hijau lumut. Saya pula fikir, warna apa yang sesuai untuk digabungkan dengan warna hijau? Hijau pun ada banyak jenis kan... Boleh tengok kat bawah ni...




Kalau saya gabungkan dengan warna kegemaran saya, 'pink', cantik gak kan... mmm...







glitter-graphics.com

Wednesday, 22 July 2009

Pertunangan : Hubungi Mereka

Maaf ya kawan-kawan... Memang pada asalnya, topik ni dah habis dah sepatutnya. Tapi atas permintaan beberapa rakan saya, mereka meminta saya meletakkan detail yang boleh digunakan untuk menghubungi orang yang penting semasa majlis saya hari itu.

Seperti yang saya sudah beritahu, pada entri yang lepas, saya mengambil pakej pakaian+make up daripada LISSA GLAM STYLISTA. Boleh hubungi beliau;

Glam Stylista Collections
Lissa Norazizah Mohzan
* Event & Wedding Planner *
Contact: 012-6604444 or 012-9130001
Email: copcmohzan@yahoo.com
Address: No. 31 (2nd floor), Jalan Pusat Bandar 4, Sek. 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.







glitter-graphics.com

Tuesday, 21 July 2009

Bila Amarah Menguasai Diri

Kalau kita imbas kembali, kadang-kadang kita melakukan sesuatu tanpa memikirkan perasaan & hati orang lain. Ada juga yang mengatakan, kalau asyik hendak difikirkan mengenai orang lain, sampai bila-bila pun kita tidak akan maju. Kita hanya berada di takuk ini, dan langsung tidak mampu untuk ke hadapan.

Tapi kadang-kadang, tanpa memikirkan perasaan orang lain, kita sebenarnya telah melukai hati orang yang paling kita sayang. Pernah dengar tak, ayat ini; 'Kita seringkali menyakiti hati orang yang paling kita sayang, sedangkan bukan itu yang kita mahukan'. Kenapa ya, sering terjadi begini?

Sebenarnya kita amat mudah meluahkan perasaan kita yang sebenarnya pada orang yang paling kita sayang, kerana dialah yang paling dekat & paling memahami kita. Dan mungkin juga kerana kita fikir, dia juga menyayangi kita, dan tak mungkin dia melakukan sesuatu yang teruk, contohnya meminta perpisahan. Ya, perpisahan amat mudah diminta, amat mudah diberikan, tetapi amat pedih untuk ditelan. Bila pengucapan itu telah terkeluar, & persetujuan bersama telah diterima, sukar untuk berpatah kembali. Sekali, mungkin boleh lagi. Dua kali juga mungkin masih mampu. Tetapi kali ketiga? 'Kesalahan pertama itu, KESILAPAN. Kesalahan yang sama kali kedua itu, KECUAIAN. Mengulanginya buat kali ketiga, itu KEBODOHAN'.

Biasanya keputusan yang dibuat dalam keadaan amarah menguasai diri, akan menimbulkan penyesalan di kemudian hari. Betul kan? Tapi kadang-kadang, ego menguasai diri, lantas langsung tiada rasa kesal yang lahir. Bukankah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna?

Renung-renungkan dan selamat beramal... =-)





glitter-graphics.com

Lirik Lagu : Teman Jiwa - Amy Mastura

Lagu ini, saya tujukan buat Tunang saya, sempena genap sebulan tempoh pertunangan kami...


Kau membuat ku bisa tersenyum lagi

Setelah lama riangku terhenti

Kau membuat ku rasa damai di sini

Kau beri sayang untuk ku terbang kembali

Kau adalah teman jiwaku yang sejati

Menerima dan memberi

Kau penyeri dalam hidup berliku ini

Denganmu ku rasa serasi

Kaulah teman jiwaku

Tempat damai untuk mengadu

Temani kala suka hibaku

Tika siang menyuluh

Sepinya malam berlabuh

Kau sentiasa jadi temanku

Bicara kita nada yang serupa

Bahasa kita sehati sejiwa

Tiada pernah pun aku menduga

Kau datang membawakan bahagia







glitter-graphics.com

Friday, 17 July 2009

Jurnal 2 Hati : 001 - Survey Pakej

Sebenarnya saya tak tahu nak mula dari mana untuk buat persiapan majlis pernikahan & persandingan saya nanti. Sekarang ni, saya masih men'survey'2 segala keperluan untuk kedua-dua majlis itu nanti. Maaf, sebenarnya untuk ketiga-tiga majlis, termasuk majlis bertandang.

Apa yang pasti, saya mahukan majlis yang ringkas, tetapi meriah dengan kedatangan keluarga & sahabat handai kedua-dua belah pihak. Tentulah saya mahu majlis yang menjadi kenangan abadi buat kami berdua.

Antara yang sedang saya tengok2:
1) Photographer -> dah ada dalam kepala, tapi xdecide lagi
2) Videographer -> yang ni masih cari2 lagi
3) Pakej pakaian & andaman -> dah ada gak dalam kepala, tinggal nak pegi tengok
4) Pelamin -> tengah fikir, nak design camne ey?

Yang lain2, macam hantaran terutamanya, kami akan luangkan 1-2 hari (mungkin lebih la), untuk pergi membeli secara borong bersama-sama. Sekarang ni, tempoh mengumpul dana. Masa untuk membeli mungkin sebelum raya & masa sale hujung tahun. Ok x?

Oh ya, bulan depan, bakal adik ipar saya bakal melangsungkan perkahwinan. Dan saya diminta untuk datang membantu. Agak2, wajar x? Jap, sedang berfikir2 lagi...





glitter-graphics.com

Thursday, 16 July 2009

Coretan Untuk Bakal Isteri


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Assalamualaikum wrt. wbt.


Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu.


#Dipetik dari : http://www.iluvislam.com/






glitter-graphics.com

Monday, 13 July 2009

Udara Kuala Lumpur Sangat Tercemar!

Gambar kat atas ni saya ambil dari Tingkat 28, Menara UniKL pukul 12.30 tengahari tadi. Sangat berjerebu kan? Dan masa keluar pergi makan, udara sekeliling sungguh tidak menyedapkan hidung. Ada siapa-siapa tahu, kenapa ey? Ada hutan terbakar ke? Jap tengok berita...





glitter-graphics.com

Amal Islam

Hari ini saya di'tagged' oleh Cik Pu3... Makasih ya!


Tugasannya:
-Copy gambar amal islam di atas.
-Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka
lakukan perkara yang sama.
-Itu sahaja. Senang dan mudah.





glitter-graphics.com

Siapa Kita Untuk Menjatuhkan Hukuman

Kalau anda semua perasan, seringkali terjadi dalam kehidupan seharian kita, kita menilai sesuatu daripada apa yang kita nampak. Lantas hukuman terus dijatuhkan. Tanpa kita sedar, siapalah kita untuk menjatuhkan hukuman yang seseorang itu telah melakukan salah. Iya, memang kita menilainya daripada apa yang kita nampak & apa yang kita tahu. Tapi janganlah menjatuhkan hukuman hanya kerana kita merasakan yang ilmu yang kita ada itu 'lebih' dan kita tahu perkara tersebut salah atau tidak.

Maaf ya... Kadang-kadang orang yang merasakan dirinya sedikit berilmu, mudah untuk meletakkan hukuman atas sesuatu kejadian. Memang benar, apa yang terjadi itu ada kaitannya dengan apa yang telah kita lakukan suatu waktu dulu. Tapi janganlah kita terus meletakkan kesalahan itu di bahu mereka. Bukankah lebih baik, jika ianya dimulakan dengan nasih yang penuh berhemah? Bukannya dengan menyakitkan hati dan menambahkan bebanan kepada mereka.

Gunakan ilmu yang ada dengan cara yang betul. Jangan terlalu dibanggakan dengan ilmu yang sedikit itu. Sebenarnya, lagi banyak yang kita tahu, rupanya lagi banyak yang kita tak tahu. Bersyukur atas nikmat kurniaan-NYA. Alhamdulillah...





glitter-graphics.com

Lirik Lagu : Matahariku





Matahari Ku - Agnes Monica


Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Ohh... dengarlah aku... matahariku...

Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Oh...


PS : Lagu ini tiada kaitan dengan sesiapa. Cuma saya punya kenangan dengan lagu ini. Hehehe...






glitter-graphics.com

Sunday, 12 July 2009

Maaf, Saya Tiada Idea.

Saya tahu, saya sudah lama tidak menulis di sini. Rindu? Mestilah. Tapi, apakan daya. Idea, ilek...

Satunya mungkin saya sangat sibuk sekarang ni. Sangat-sangat sibuk dengan kerja. Memang ada banyak yang ingin dikongsikan. Tapi, idea untuk menulis itu, tiada.

Jadi, saya amat berharap, anda semua bersabar menanti entri best2 dari saya(ceh, perasan!). Jadi, tunggu.....






glitter-graphics.com

Tuesday, 7 July 2009

Perihal Jodoh

Jodoh ada tiga jenis jodoh.

Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.







glitter-graphics.com

Saturday, 4 July 2009

Pertunangan : Album Gambar

Album gambar ni saya buat sendiri ye... Sebab Ali cuma tolong mengambil gambar sajes... Yang lain saya buat sendiri. Dan inilah hasilnya...



Sket jelah ye... Nak tengok lebih-lebih, sila datang umah...





glitter-graphics.com