:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Wednesday, 29 April 2009

Maaf, Saya Terasa Sangat...

Sebenarnya sudah lama saya simpan cerita ini. Saya tahu akhirnya makin hati sendiri. Sebelum-sebelum ini saya ada keluarkan entri mengenai sahabat saya yang kecil hati dengan sikap saya. Kawan yang terlalu baik dengan saya. Sehinggakan dikatakan sebagai kembar.

Memang kami agak renggang akhir-akhir ini. Bukan akhir-akhir ini sahaja. Malahan dari awal tahun 2009. Di mana ketika itu saya sangat sibuk dengan siri pengauditan, yang maha sibuk dan maha penatnya. Bukan saya tidak mahu keluar bersama-sama beliau. Tapi, tika itu saya bekerja hampir setiap hari termasuk hari cuti. Dan saya bekerja hingga ke malam. Maaf, orang yang biasa dengan kerja-kerja pengauditan ini sahaja yang tahu bagaimana penatnya memenuhi tuntutan para auditor. Jika tidak dipenuhi, kita juga yang susah.

Memang saya akui, saya sangat sibuk sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial seperti selalu. Saya tidak keluar dengan beliau, bukan saya beronggeng dengan insan-insan lain, seperti yang beliau katakan pada saya. Saya bekerja, dan saya sangat penat untuk melayan permintaan remeh-temeh dan tuduhan melulu beliau. Maaf. Maaf sangat-sangat!

Kenapa perlu menantikan panggilan telefon saya? Dan apabila saya tidak melakukannya seperti selalu, beliau berasa pelik?? Kenapa tidak beliau yang menghubungi saya apabila saya sudah jadi seperti luar biasa peliknya? Susah kan? Sebab selama ini, saya yang banyak menghabiskan masa dan tenaga untuk mengeratkan hubungan kita semua. Ya! Kita semua. Harus sayakah lagi yang merancang semuanya? Dan bila saya tiada, yang lain tidak boleh melakukannya seperti saya lakukan? Masih menanti saya? Tapi bila saya tidak melakukan seperti biasa, beliau berkecil hati dengan saya. Oh, hati beliau sahaja yang menjadi kecil. Saya tidak punya hati. Jadi tidak perlu risau sama ada hati saya akan mengecil atau tidak.

Maaf, entri kali ini agak emo bunyinya. Saya hampir menangis di sini. Ya! Saya sangat terluka dengan sikap seseorang yang saya anggap sahabat dunia akhirat saya. Saya terluka bila beliau menuduh sesuatu yang tidak saya lakukan. Beliau berkecil hati kerana saya tidak keluar jalan-jalan seperti biasa dengan beliau, tetapi saya boleh pula pergi dating. Hahaha! Dating?? Jika saya tiada masa untuk keluar dengan beliau, tentulah saya tiada masa untuk dating. Saya selalu melebihkan beliau dalam segala hal, walaupun saya punya kekasih. Tapi, bila apa yang saya lakukan untuk dia, dibalas dengan tuduhan yang melukakan, saya akan lakukan seperti yang dikatakan.

Apa lagi harus saya lakukan? Perlu memenuhi hasrat hati beliau, dan mengetapikan perasaan saya sendiri? Perlu mengetepikan naluri hati untuk disayangi, semata-mata mahu menjaga hati sahabat saya? Begitukah?


2 comments:

Pu3 said...

akak Gnie,
Dun wori. Pu3 faham akak.hehe
Pu3 pn under accounting.
mmg bz. kdg2 nengok bos, sabtu pn kena dtg opis siapkan keje. mmg sgt bz. tp, kite cari rezki halal, so jz do it!

Dun wori la akak..
pas teman akak tu bc entri ni mesti OK punya.
Cheer up OK!
=D

_Gnie_ said...

Thanx Pu3...
Hope so...
Jangan dia bertambah marah, sudah la yer...