:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Wednesday, 25 March 2009

Bertemu & Berpisah Itu, Lumrah...

Jika ada pertemuan, bersedialah untuk perpisahan. Bukan berfikiran negatif. Tetapi itu semua adalah lumrah. Cuma keadaan perpisahan itu sahaja yang kita tak tahu bagaimana bentuk & coraknya. Semoga segala perpisahan berlaku dalam keadaan baik, walau mungkin ianya memang menyedihkan.

Hari ini berlaku lagi episod perpisahan dalam hidup aku. Sedih memanglah sedih. Tapi jika ianya adalah untuk kebaikan bersama, salahkah untuk diredhai? Apa yang aku pegang dari dahulu hingga kini, REDHA... Apa sahaja yang berlaku, redhalah... Walau mungkin terlalu pahit untuk ditelan.

Buat sahabat sepejabatku, Ekin... Aku mendoakan kejayaan dalam setiap apa yang kau lakukan dik. Semoga menjadi seorang insan yang lebih kental & sabar dalam mengharungi cabaran hidup ini. Ameen...

Monday, 23 March 2009

:: Renungan ::

" Bila ALLAH cepat memakbulkan doamu, maka DIA menyayangimu.
Bila DIA lambat memakbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu.
Bila DIA tidak memakbulkan doamu, maka DIa merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun.
Kerana kasih sayang ALLAH itu, mendahului kemurkaan-NYA... "


Friday, 20 March 2009

Ketika...

KETIKA MENCARI CALON...
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

KETIKA MELAMAR...
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

KETIKA AKAD NIKAH...
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah.

KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN...
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

KETIKA MALAM PERTAMA...
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA...
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG...
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK...
Cintailah isteri atau suami anda 100%.

KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK...
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM...
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

KETIKA EKONOMI BERKEMBANG...
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

KETIKA ANDA ADALAH SUAMI...
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

KETIKA ANDA ADALAH ISTERI...
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

KETIKA MENDIDIK ANAK...
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.

KETIKA ANAK BERMASALAH...
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

KETIKA ADA PIL...
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS...
Gunakanlah formula 7 K :-
Ketaqwaan
Kasih sayang
Kesetiaan
Komunikasi dialogis
Keterbukaan
Kejujuran
Kesabaran

Wednesday, 18 March 2009

Ribut Itu Datang Lagi

Aku berada di dalam keadaan yang tidak tenang. Tidak tenang dengan suasana politik sekeliling. Bukan politik di dalam negara. Tetapi politik di dalam pejabat tempat aku mencari rezeki. Jika ia tidak mengenai diri aku, tidak mengapa lagi. Tapi apabila ia mengenai aku, menggugat kedudukan aku, apa yang harus aku lakukan? Hanya melihat sahaja & membiarkan sahaja orang menindas aku? Begitu?

Maaf, aku bukan orang yang akan membiarkan orang lain memijak2 maruah aku. Selagi mampu akan ku pertahankan. Kalau perlu melawan, akan ku lawan. Kerana ini maruah aku, masa depan aku. Namun, jika telah DIA katakan itu bukan milikku, apa harus aku lakukan? Redha... Iya! Itu sudah pasti...

Yang penting jangan mengalah sebelum berjuang. Jika sebelum ini aku selalu mendengar dari mulut orang lain, tapi hari ini, ia berlaku padaku sendiri. Aku fikir politik di dalam negara ni sahaja yang kucar-kacir. Rupa-rupanya, politik di dalam pejabat ini lebih haru-biru. Sabar jelah...

Tuesday, 10 March 2009

Tercipta Untukku : Sempurna...

"Kita Tak Perlu Seseorang Yang Sempurna,
Untuk Menjadi Teman Hidup.

Tapi Kita Perlu Seorang Teman,
Yang Membuatkan Kita Rasa Sempurna,
Apabila Kita Bersamanya..."






Monday, 9 March 2009

Yang Teraniaya...

Dua hari lepas, aku diberitahu mengenai seseorang. Seseorang yang pernah hadir seketika di dalam hidup aku. Seseorang yang hampir sahaja menghancurkan seluruh hidup aku. Syukur ku sedar. Syukur pada-MU Ya Allah...

Aku tidak mendoakan kehancurannya. Aku tidak mendoakan untuk dia sengsara. Tapi kejadian aku dianiaya bersama-sama sahabatku, benar2 mengingatkan aku pada apa yang berlaku padanya kini. Tapi benarlah, doa yang teraniaya memang dimakbul. Ya Allah, berdosakah aku? Berdosakah aku kerana memakinya? Aku cuma berkata untuk melepaskan rasa yang terbuku di hati. Ya benar, dalam keadaan amarah menguasai diri, terkadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan. Kita tidak boleh berfikir secara waras. Itulah yang aku perlu belajar kini. Belajar untuk mengawal diri sendiri.

Aku teringat satu kejadian semasa aku di zaman persekolahan dulu. Aku pernah dianiaya seseorang. Sehingga aku dinasihati oleh rakan2 untuk berserah pada-NYA dan yakinlah bahawa sesungguhnya doa yang teraniaya itu, dimakbulkan-NYA. Dan aku melakukan seperti yang dinasihati. Dalam masa tidak sampai dua minggu, aku peroleh jawapannya di hadapan mataku.

Sebab itu, seboleh mungkin aku tidak mahu apa sahaja yang aku lakukan sehingga menyebabkan dia menjadi yang teraniaya. Aku tidak mahu berada di tempat yang menganiaya. Aku tahu sengsara menjadi yang teraniaya...

Harapan Itu...

Aku tidak mahu melukakan sesiapa dengan kata-kataku. Tapi aku memang sangat lurus dalam menyatakan apa yang terbuku di hati. Aku tidak mahu menyimpannya di dalam hati yang mungkin akan menyebabkan dendam atau mungkin juga umpatan. Tapi kadang2, kenyataan itu memang menyakitkan. Pepatah ada mengatakan, 'Berkata benarlah, walaupun ia pahit untuk didengar'.

Justeru aku menyimpulkan untuk berterus terang agar, tidak ada lagi perasaan ragu2 atau mungkin juga aku tidak mahu ada lagi yang berharap. Sedangkan harapan itu, tidak membawa apa2 erti pun. Aku tidak mahu wujud perasaan itu, kerana ku tahu, aku tidak mahu. Mungkin ianya teramat menyakitkan. Tetapi pada waktu ini, inilah yang terbaik. Lebih baik kini, daripada kemudian. Yang mungkin akan lebih menyakitkan, malah mungkin melukakan dan menghancurkan.

Aku berada di dalam situasi yang mana aku sangat pasti dengan apa yang aku rasa, dan aku tidak mahu yang lain menaruh harapan pada aku. Kerana kelukaan itu amat menyakitkan. Aku pernah merasainya. Merasai berada di dalam situasi itu. Situasi yang amat memilukan. Berada di tempat yang kau memang berharap, berharap pada sesuatu yang pasti. Dan dia seolah-olah mengiakan harapan kau itu. Tetapi rupanya, harapannya bukanlah pada kau, seperti mana kau berharap padanya.

Aku tidak mahu melakukannya pada sesiapa pun. Kerana apa yang kita lakukan kini, kita akan dapatnya semula kemudian. Cuma cepat atau lambat sahaja, kita tidak tahu. Pada dia, ku mohon maaf. Aku tidak mahu melukaimu. Tapi kehancuran masa lalu, belum dapat ku lupakan. Walau mungkin kau sudah berubah sepertimana yang aku mahu. Tapi maaf, lebih baik begini. Kawan selamanya...

Maulidur Rasul 1430 - Pemergianmu Ya Rasulullah...

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyumanmu yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu yang esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka
Mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat & akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwa berlalu
Linangan airmata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya...

Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu...

Sunday, 8 March 2009

Selamat Hari Wanita Sedunia 8 Mac 2009 - Buatmu Wanita

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

" Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi"

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

ENGKAULAH WANITA ISTIMEWA

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Saturday, 7 March 2009

Buatmu Kasihku...

Malam ini kasih

Teringat aku padamu

Seakan kau hadir

Di sisi menemaniku

Ku yakinkan diri

Agar tiada sepi

Ku lewati kau hadir

Di dalam mimpiku

Seandainya mungkin ku mampu terbang ke awan

Detik ini jua ku akan melayang ke sana

Kan ku bawa pulang dirimu yang selalu ku sayang

Bersama berdua kita bahagia

Kasih…

Dengarlah hatiku berkata

Aku cinta kepada dirimu sayang

Kasih…

Percayalah kepada diriku

Hidup matiku hanya untukmu

Thursday, 5 March 2009

Ku Mohon Pengertian

Aku tersangat2 sibuk sepanjang Januari hingga Mac ini. Atau sehingga selesai semua kerja-kerja audit ni. Bukan sengaja aku mahu sibuk. Tapi memang aku tersangat2 sibuk. Sehinggakan masa untuk aku bersosial semakin mengecil. Ruang masa yang ada hanya aku habiskan dengan menyiapkan semua kerja2 yang tertunggak. Dan jika ada masa pun, masa itu hanya untuk keluargaku dan tentulah untuk aku berehat...

Aku sangat2 mohon pengertian terutama kepada sahabat2 aku. Aku tahu mungkin ada yang berkecil hati. Tapi bukan aku sengaja mahu mencipta segala-galanya. Aku sendiri sudah penat dengan semua ini. Namun siapalah aku? Aku masih lagi bekerja, dan perlu melakukan semuanya dengan baik, kerana inilah punca rezeki aku. Aku tahu, sebelum ini aku selalu keluar berjalan2, atau aku kerap menghubungi dengan berborak2 melalui telefon @ YM. Tapi tidak lagi untuk 3 bulan ini. Mungkin juga berlanjutan hingga ke bulan April. Aku tidak tahu. Aku hanya menurut arahan.

Sahabatku...
Aku mohon pengertianmu. Aku sedih dengan apa yang terjadi antara kita. Aku pilu dengan perselisihan ini. Walau aku terlalu sibuk kini, aku tidak berhenti berfikir kenapa aku diletakkan di dalam situasi ini. Situasi yang aku sendiri tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku tidak berniat sedikitpun untuk menyakitimu, apatah lagi untuk melukaimu...