:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Monday 9 March 2009

Harapan Itu...

Aku tidak mahu melukakan sesiapa dengan kata-kataku. Tapi aku memang sangat lurus dalam menyatakan apa yang terbuku di hati. Aku tidak mahu menyimpannya di dalam hati yang mungkin akan menyebabkan dendam atau mungkin juga umpatan. Tapi kadang2, kenyataan itu memang menyakitkan. Pepatah ada mengatakan, 'Berkata benarlah, walaupun ia pahit untuk didengar'.

Justeru aku menyimpulkan untuk berterus terang agar, tidak ada lagi perasaan ragu2 atau mungkin juga aku tidak mahu ada lagi yang berharap. Sedangkan harapan itu, tidak membawa apa2 erti pun. Aku tidak mahu wujud perasaan itu, kerana ku tahu, aku tidak mahu. Mungkin ianya teramat menyakitkan. Tetapi pada waktu ini, inilah yang terbaik. Lebih baik kini, daripada kemudian. Yang mungkin akan lebih menyakitkan, malah mungkin melukakan dan menghancurkan.

Aku berada di dalam situasi yang mana aku sangat pasti dengan apa yang aku rasa, dan aku tidak mahu yang lain menaruh harapan pada aku. Kerana kelukaan itu amat menyakitkan. Aku pernah merasainya. Merasai berada di dalam situasi itu. Situasi yang amat memilukan. Berada di tempat yang kau memang berharap, berharap pada sesuatu yang pasti. Dan dia seolah-olah mengiakan harapan kau itu. Tetapi rupanya, harapannya bukanlah pada kau, seperti mana kau berharap padanya.

Aku tidak mahu melakukannya pada sesiapa pun. Kerana apa yang kita lakukan kini, kita akan dapatnya semula kemudian. Cuma cepat atau lambat sahaja, kita tidak tahu. Pada dia, ku mohon maaf. Aku tidak mahu melukaimu. Tapi kehancuran masa lalu, belum dapat ku lupakan. Walau mungkin kau sudah berubah sepertimana yang aku mahu. Tapi maaf, lebih baik begini. Kawan selamanya...

No comments: