:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Wednesday, 13 January 2010

Pengalaman Paling Berharga

Apa yang akan saya ceritakan ini, bukan untuk memburukkan atau menjatuhkan sesiapa. Tetapi hanya sebagai ingatan, dan pedoman bersama. Semoga saya juga dapat membantu anda semua di luar sana. Bagi saya, inilah pengalaman paling berharga, buat saya untuk tahun 2009. Memang tak pernah sedikit pun saya ceritakan di sini, sebab saya belum punya kekuatan sepenuhnya. Inipun baru sedikit...

Awal tahun lepas, saya ada mengenali seseorang, lelaki, yang saya anggap sebagai kawan. Memang saya tahu dia mahukan hubungan yang lebih, tapi saya belum boleh terima, lagipun saya tak tahu, hati saya sangat berat untuk menerima. Ini cerita sebelum saya mengenali En. Tunang ya! Masa itu saya masih single, dan saya memang punya ramai kawan lelaki.

Walaupun, saya tidak boleh menerima beliau lebih daripada seorang kawan, tetapi saya tetap anggap dia sebagai kawan yang baik dengan saya. Kiranya masa itu, kami agak rapatlah. Sehinggalah dia mengalami masalah kewangan, dan meminta bantuan saya. Saya memang tak boleh tengok kawan-kawan saya susah. Sedangkan masa saya study dulu, ada kawan rumah saya tak ada duit nak makan pun, saya sanggup bagi duit untuk dia beli makanan. Sebab bagi saya, hari ini hari mereka, esok lusa entah tak tahu saya ni bagaimana kan?

Mula-mula sedikit je yang dia pinjam, lama-lama, tanpa saya sedar, dia hampir mengikis harta saya. Bukit kalau kita tarah, lama-lama jadi kondominium juga. Kalau jadi kondominium tak pe lagi, dibuatnya jadi tanah runtuh? Memang merana la. Untung saya cepat tersedar. Cepat pun, banyak juga yang dah habis. Rupa-rupanya dia ini, memang kasanova. Bukan duit saya je dia kikis. Malah, ada ramai lagi. Taktik yang sama juga digunakan. Bagaimana saya dapat jumpa ramai mangsa-mangsa dia ni, akan saya ceritakan nanti. Senang cerita, kalau benda tak elok, DIA memang akan bantu kita. Semuanya hasil petunjuk DIA.

Apa yang dah jadi tu, memanglah tak boleh tak patah balik. Tapi, sebagai wanita, saya punya tanggungjawab agar ramai lagi tidak jadi mangsa lelaki durjana ini. Alhamdulillah, saya dapat cari beberapa orang, yang dapat saya selamatkan dari terus menjadi mangsa penipuan dia. Buat pengetahuan anda, saya dan salah seorang mangsa telahpun membuat laporan polis, mengenai perkara ini. Sebab ia melibatkan duit, dan dia adalah seorang yang bermasalah. Jika terjadi apa-apa pada dia, kami tak mahu dikaitkan pula nanti.

Jadi, nasihat saya buat wanita-wanita di luar sana terutamanya, tolonglah berhati-hati. Ini kesilapan saya. Dan janganlah ada yang buat kesilapan seperti saya dan mangsa-mangsa lain terkena. Nanti akan saya tuliskan nama, dan gambar dia akan saya upload. Saya sedang cari lagi ini.

Nota Hati: Saya tak harapkan kritikan yang menjatuhkan saya. Perkara ini sudah cukup buat saya jatuh. Tolonglah faham...

No comments: