:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Monday, 30 August 2010

Comelnya... Tak Sabarlah...

Kalau ikutkan kandungan baru masuk minggu ke-19. Baru nak cukup 5 bulan. Tapi, saya dan Suami dah rasa sangat-sangat teruja bila masuk bahagian bayi di shopping kompleks. Rasa nak terus beli je, macam-macam yang ada kat situ. Tapi, nasib baik mampu menyabarkan diri sendiri. Rasa semuanya comel-comel belaka. Lagi best bila Suami sendiri cakap, tak sabar pulak nak tunggu bb keluar. Hihi...

Kalau boleh nak beli barang-barang tu lepas 6 bulan ke atas. Dan lagi best kalau masa tu dah tau dah jantina bb. Sure lagi teruja kan, sebab dah tau dah nak beli apa. Persiapan raya pun kami tak buat lagi, dah sibuk nak beli barang bb, sebab rasa itu lebih membuatkan hati teruja.

Oh, ya! Entri sebelum ni saya ada cerita yang saya terkena kencing kotor, yang menyebabkan saya MC hari Selasa yang lepas kan? Hari Rabu masuk kerja seperti biasa, tiba hari Khamis, sakit datang lagi. Bangun-bangun sahur dah kena dah. Tahan juga mula-mula. Tapi, nak makan pun tak lalu. Last-last decide untuk tak berpuasa. Pergi ke klinik pukul 12 tengahari, sebab pagi tu kebetulan Suami ada mesyuarat penting.

Cerita kat Dr yang sakit hari tu datang lagi. Sebab tengah mengandung, Dr arahkan untuk buat scan. Takut terjadi apa-apa. Dr still syak kencing kotor sebab, tak ada bleeding. Cuma sakit perut sahaja. Menononglah kami Suami Isteri ke bilik scan. Ini kiranya second time buat scan lepas yang first buat masa awal mengandung di KK Bangi. Ingatkan kami nak buat masa 24 minggu nanti. Tapi dah sakit perut punya pasal...

Ini first time Suami tengok bb, secara scan. Teruja kami berdua, walaupun dalam hati risau juga, takut ada yang tak kena. Alhamdulillah, bb nampak sihat. Kelihatan besar sikit berbanding yang first hari tu. Dr pun cakap tak ada apa-apa masalah, cuma mungkin sebab bb berada dalam keadaan melintang, dengan kepala bb berada di bahagian yang saya rasa sakit tu. Sepatutnya keadaanya kepala di bawah, kaki di atas. Tapi, kepala bb di sebelah kanan perut saya, manakala kakinya berada di sebelah kiri.

Oh, patutlah... Manalah saya tau kalau itu sebenarnya bb. First time kan. Hehe... Bb, bb... Kenapa kamu baring macam tu? Terkejut ibu tahu... Sejak tu, saya dah mula betul-betul alert dengan pergerakan bb. Kadang-kadang rasa perut bergelodak-gelodak. Bila Suami letak tangan untuk rasa, bb diam. Memang saja tak nak bagi babah rasa yer sayang... Kadang-kadang bila rasa sakit sangat, saya cakap kat bb untuk duduk di tempat yang betul. Alhamdulillah, terus bb beralih walaupun kadang tu lambat sket. Sekarang dah tau dah camne nak buat kalau bb tak duduk betul-betul kat dalam tu. Caranya dengan bacakan ayat-ayat al-Quran. Terus elok je, tak sakit dah perut. Comel kan?

Oklah, banyak lak cerita. Semua cerita pasal bb je. Tata!

Wednesday, 25 August 2010

Saya Memang Larat, Tapi...

Semalam saya diserang sakit perut yang teramat. Masalahnya hanya sakit di sebelah kanan. Mula-mula boleh tahan lagi. Masuk pukul 11, memang tak boleh dah. Sakit sangat, sampai nak buat keje pun tak ada mood. Lagi pula, sejak dari pagi saya tak boleh nak 'membuang'.

SMS Suami, suruh datang amik, sebab memang dah tak tahan sangat. Terus ke klinik. Klinik swasta je. Sekejap je dah sampai giliran. Dr tanya sakit macam mana, siap suruh baring dan tekan-tekan perut lagi. Tanya kot-kot sakit tu, sakit contraction - prematured contraction. Sakit tu macam mana pun saya tak tahu. Tanya kalau-kalau ada bleeding. Memang tak ada la. Pastu Dr suruh check air kencing, since saya cakap saya tak boleh nak 'buang' dari pagi lagi. Tengok result, memang kena kencing kotor, dan ada dehidrasi lagi. Memang malam sebelum tu saya kurang minum air. Salah sayalah tu...

Dapat MC satu hari untuk saya berehat. Suami sibuk tanya Dr saya kena buka puasa ke. Sebaik-baiknya berbukalah. Lepas tu masa dalam kereta tanya saya nak puasa ke tak, larat ke tak, sebab dah pukul 1 lebih masa tu. Saya cakap, kalau ikut saya, memanglah larat. Tapi, saya kena fikir yang kat dalam ni. Takkan saya nak pentingkan diri saya sendiri, sehingga memudaratkan bb kan? Maka, berbukalah saya semalam.

Alhamdulillah, pagi tadi dah boleh membuang macam biasa. Tapi dah jadi macam cirit-birit pula. 3 kali keluar masuk toilet. Risau gak, kalau masuk 5-6 kali macam tu juga, memang saya buka puasalah jawabnya. Yelah, air dah keluar banyak kan. Sian kat bb nanti kan...

Sekarang ni, buat apa-apa pun fikir yang kat dalam ni. Kalaupun saya mampu, tapi keadaan diri tak mengizinkan, lebih baik saya berbuka sahaja kan. Sebab nanti yang susah, bukan anak ni je, tapi saya juga. Betul kan?

Monday, 23 August 2010

Ingatkan Angin, Rupanya...

Dah lama tak menulis. Rasanya banyak yang tertinggal kan? Baru saya tahu, macam ni mood orang mengandung. Dulu saya selalu tertanya-tanya, kenapa blogger yang mengandung, susah sangat nak update blog mereka dengan cerita-cerita terkini. Sekarang dah tau dah sebab apa...

Dah masuk hari ke-13 Ramadhan. Kandungan pun dah masuk 18 minggu. Alhamdulillah, masih lagi mampu berpuasa penuh. Walaupun kadang-kadang rasa penat semacam. Kalau tak mengandung pun, penat macam tu juga. Cuma bila mengandung ni, kena makan betul-betul la. Tak boleh main belasah je. Kena ingat-ingatlah kan.

Masa minggu ke-15 tu, saya dah mula rasa bb bergerak. Cuma tak keraplah. Mula-mula tu ingatkan angin dalam perut. Tapi, rasa pelik je... Rupanya, bb say hi kat ibu. Hehe... Comel je kan?

Minggu lepas dah mula buat check kat KD Batu Berendam. Alhamdulillah semua ok, cuma berat tak naik banyak. Biasalah, puasa kan.

Dah tak tau nak cite apa lagi. Nanti ada idea, dan ada kerajinan, saya sambung tulis-tulis lagi ye... Sabar ok...

Selamat Berpuasa ye...

Tuesday, 17 August 2010

Perkembangan Bayi Dari Minggu Keenam Belas Hingga Minggu Kedua Puluh

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap jarinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Thursday, 12 August 2010

Ramadhan Tahun Ini

Alhamdulillah dah masuk hari kedua puasa pun kan. Dah selesai satu hari dengan jayanya. Walaupun ada muntah juga, lepas sahur. Nasib baik belum imsak lagi. Agaknya bb tak biasa makan pagi-pagi kot. Arini cuba kurangkan makan time sahur, tapi saya dah makan banyak lepas berbuka dan sebelum tidur semalam. Harap-harap dapat bertahan.

Puasa tahun ini, pastilah ada kelainannya. Pertama, sebagai isteri, walaupun baru seminggu lebih jadi isteri betul-betul. Sebelum ni kan PJJ. Kedua, sebagai ibu hamil, yang memang memerlukan ketahanan mental & fizikal yang tinggi. Ketiga, sebagai menantu, dan saya masih lagi bersahur & berbuka di rumah mertua. Dan yang terakhir, yang paling terasa, puasa pertama tanpa keluarga sendiri. InsyaAllah, esok baru nak balik. Tak sabar rasanya!

Saya cuma berharap, saya diberi kesihatan yang baik untuk berpuasa penuh. Kalau nak suruh bertahan tu, insyaAllah boleh. Tapi, kalau part muntah, memang tak boleh nak kawal. Apa-apa pun, saya nak kongsi sedikit info untuk ibu-ibu hamil tentang tips untuk berpuasa. Saya tak ingat dapat dari mana.

``Bertuahnya puan saat ini,'' kata seorang doktor kepada pesakit wanita yang diperiksanya.
``Kenapa doktor?'' balasnya menyoal dengan penuh rasa ingin tahu.
``Sekarang Ramadhan. Puan pula hamil pada bulan yang banyak kelebihannya ini. Ia kesempatan yang amat baik mendidik anak puan dari dalam kandungan untuk mengenal penciptanya,'' jelas doktor.

Maka, tidak hairanlah, meski sedang hamil atau menyusui bayi mereka, tidak kurang ibu-ibu yang tetap ingin melaksanakan kewajipan berpuasa. Mereka ingin meraih keistimewaan Ramadan untuk membanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, solat tarawih, iktikaf dan memburu malam lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan.

Justeru, pelbagai alasan diberikan sekalipun mereka diberikan ruksah (keringanan), diperboleh meninggalkan puasa sekiranya keadaan tidak mengizinkan sekarang. Menurut mazhab Syafie, wanita hamil dan menyusui bayi apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqada puasanya kelak.

Antara alasan yang diberikan ibu-ibu, mereka berupaya untuk melaksanakan tuntutan itu. Ada juga yang menyatakan, mereka enggan menggantikan puasa pada waktu lain, kerana tiada kawan. Pendek kata, mereka ingin mengambil peluang berpuasa penuh tanpa adanya halangan haid jika di luar kehamilan.

Namun, ada juga ibu-ibu yang berdegil untuk tetap berpuasa dan nekad untuk tidak berbuka sekalipun sudah menunjukkan gejala hipoglisemia/kekurangan gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan. Mereka menangguhkan masa untuk berbuka ``Tunggulah setengah jam lagi.'' Betapa besarnya berpuasa sebulan penuh bagi mereka.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Dr. Noor Aini Saari berkata: ``Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sebenarnya sedang membahayakan fetus/janin sendiri. Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya,'' katanya. Tambah beliau: ``Kasihanilah anak-anak yang di dalam kandungan. Segala keberkatan tidak bermakna apabila zuriat kita tidak sihat.''

Menurutnya, kehamilan bukanlah sejenis penyakit tetapi keadaan fiziologi yang boleh dialami oleh mana-mana wanita. Jadi, apabila tidak ada masalah kesihatan pada si ibu mahupun janin dan berada di bawah pengawasan doktor, mereka dibolehkan berpuasa seperti biasa. Sebaliknya, bagi kehamilan bermasalah sebaiknya tidak berpuasa. Untuk memutuskan sama ada seseorang ibu itu perlu berpuasa atau tidak sangat bergantung kepada keadaan nutrien ibu, sekali gus memenuhi gizi/zat makanan janinnya. Dalam kata lain, soal nutrien harus mendapat perhatian yang serius di kalangan ibu-ibu hamil. Perlu juga diingat ketika hamil seorang ibu selain harus memikirkan keperluan dirinya sendiri, juga janin yang sedang dikandungnya.

Apabila diajukan kebimbangan ibu-ibu yang bayi mereka lapar jika terus berpuasa, terutamanya bagi yang melalui pengalaman sulung mengandung, Dr. Noor Aini menjelaskan:
``Ibu hamil yang menjalani ibadah berpuasa tidak perlu bimbang kalau-kalau janinnya kelaparan. Ini kerana, jika janin memerlukan makanan, ia secara automatik akan mengambil gizi dari tubuh ibunya yang dibekalkan sepenuhnya melalui plasenta/uri,'' ujar beliau.

Beliau turut menarik perhatian bahawa, proses nutrisi yang optimum sebenarnya bermula sejak seseorang ibu itu berada di zaman kanak-kanak lagi. Seseorang yang mempunyai tabiat pemakanan yang sihat sejak dari awal, akan mempunyai status pemakanan yang amat bagus dan mempunyai bekalan yang cukup sehingga ke awal kandungan. Dengan meneruskan tabiat ini, beliau bukan sahaja dapat mengelakkan kekurangan nutrien, malah beliau juga akan memastikan anak di dalam kandungannya sentiasa sihat.

Pada masa yang sama, kata Dr. Noor Aini, ibu-ibu yang mengalami kekurangan nutrien di dalam pemakanan, akan menyebabkan tumbesaran bayi di dalam kandungan bermasalah. ``Semua bekalan yang ada di dalam tubuh badan ibu akan diambil sepenuhnya oleh janin yang sedang membesar. Ini akan menyebabkan ibu-ibu ini semakin tidak sihat.

``Jika beliau tidak mengubah tabiat pemakanannya, anak yang di dalam kandungan juga akan turut terjejas,'' katanya sambil menambah, kekurangan makanan berzat walau sedikit pun akan menjejaskan kesihatan mereka berdua.

``Pada masa yang sama, kita tidak perlu makan untuk dua orang. Terlalu banyak makan dan nutrien juga akan mengundang musibah,'' tambahnya.
sumber gambar : kat cni


Perkembangan Janin
• Janin akan mengalami berbagai-bagai fasa pertumbuhan seperti hiperplasia (pertumbuhan sel), hypertrofi (pembesaran sel) dan juga pengkhususan sel sehingga minggu kelapan.
• Janin ini juga bergantung sepenuhnya kepada nutrien ibu. Nutrien juga amat penting untuk memastikan pertumbuhan plasenta yang sihat.
• Setiap organ mempunyai masa pertumbuhan kritikalnya yang tersendiri. Contohnya, otak mempunyai pertumbuhan kritikal semasa minggu ke-18 kandungan.
• Kekurangan nutrien akan menyebabkan kekurangan sel otak, merencatkan pertumbuhan serta perkembangan otak.
• Pertumbuhan dan pembesaran bayi akan berkembang dengan pesat pada minggu ke-12 hinggalah ke minggu ke-36 dengan pertumbuhan maksimum pada fasa trimester ketiga.

Puasa Mengikut Trimester
Sepanjang tempoh kehamilan normal 40 minggu dibahagikan kepada tiga trimester, setiap trimester mempunyai lebih kurang 13 minggu. Semasa di awal kandungan iaitu bulan pertama hingga ketiga, ibu hamil sentiasa mengalami gejala mual, pening dan muntah yang kerap, sebaiknya tidak berpuasa. Pada masa ini, bayi amat memerlukan nutrien dan kalori yang amat tinggi daripada ibu. Sekiranya anda tidak mengalami masalah di atas, anda bolehlah berpuasa.

Semasa usia kandungan trimester kedua dan ketiga, keperluan protein, kolesterol, lemak, vitamin dan mineral meningkat dengan mendadak. Makanan yang seimbang dan mencukupi akan juga membekalkan tenaga yang cukup bagi memenuhi keperluan janin dan plasenta. Sepanjang tempoh ini, sebahagian besar tenaga disimpan di dalam bentuk glikogen dan lemak.

Jadi tidak hairanlah, mengapa ibu yang kurang pemakanan biasanya mempunyai bayi yang kurus manakala fetus daripada ibu yang obes dan berlebihan nutrien, lazimnya gemuk.

Ketika kandungan berusia enam hingga sembilan bulan, janin mula menghasilkan insulin untuk mengubah glukos ke bentuk glikogen dan lemak yang menyumbang kepada berat badannya. Ketika berpuasa, ibu mengalami keadaan hipoglisemia selama beberapa jam terakhir berpuasa. Keadaan ini juga menyebabkan bayi tersebut mengalami keadaan yang sama dan akan menggunakan semula bekalan yang telah disimpan. Seelok-eloknya, jika ibu ingin berpuasa, masa yang paling sesuai adalah semasa kandungan berusia empat hingga enam bulan. Ibu-ibu dinasihatkan agar sentiasa mendapat pengawasan daripada doktor.

Ibu-ibu yang mempunyai penyakit seperti di bawah disarankan agar tidak berpuasa:

• Morning sickness yang teruk; ibu-ibu ini sentiasa lemah, mual dan mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Semasa peringkat ini, ibu-ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang berzat tinggi
• Penyakit kronik seperti diabetes mellitus, darah tinggi, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Pesakit-pesakit ini biasanya memerlukan rawatan seperti insulin atau ubat-ubatan lain. Tanpa ubat-ubatan, tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan, serta kesihatan ibu akan turut terjejas
• Anemia/kekurangan darah semasa mengandung
• Oligohidramnios (air ketuban/mentuban yang sedikit/kering)
• Pesakit jantung
• Tumbesaran bayi yang terencat
• Mengalami perdarahan semasa mengandung.

Panduan Pemakanan Ibu Hamil Sepanjang Ramadan

Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang. Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.


Pilihan Yang Baik Untuk Berbuka dan Bersahur

Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.

Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.

Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayursayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.

Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.

Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.


Tip Agar Sentiasa Segar Semasa Mengandung Di Bulan Ramadan

  • Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
  • Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
  • Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
  • Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  • Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
  • Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
  • Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  • Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
  • Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

Bagi ibu yang sedang menyusui bayi sepenuhnya, seeloknya jangan berpuasa dahulu kerana bayi perlu menyusu susu ibu setiap tiga jam. Sekiranya ibu tidak makan dan minum, bagaimanakah ibu dapat menentukan susunya yang paling berkualiti? Sekiranya bayi sudah mula makan makanan lain selepas berumur empat bulan, ibu ini bolehlah berpuasa.

Apabila berbuka, pastikanlah makanan anda cukup berzat dan seimbang dan minum air secukupnya. Semasa sahur, amalkan minum segelas susu.


Thursday, 5 August 2010

Saya Sudah Di Sini, Bersama Suami

Maaf, lama menghilang kerana kesibukan yang melampau. Menguruskan hal pindah-randah. Rumah dah ada, barang dah masuk, tapi saya masih di rumah Mertua. Kami baru mahu memulakan hidup, banyak yang tiada dan belum sempat pun nak pegi beli. Isnin lepas dah mula bekerja di tempat baru. Balik petang, lepas Maghrib Suami pula sibuk perlu ke kelas. Nanti kesian anak-anak murid tu. Jadi, masa sangat terhad. InsyaAllah, hujung minggu nanti, macam-macam perlu dilaksanakan...

Saya pulang ke Melaka sejak Khamis lepas lagi. Tapi balik berlenggang kangkung je, sebab baru nak uruskan hal rumah. Nasib baik dapat rumah dengan harga yang mampu, Alhamdulillah. Sabtu pulang semula ke Bangi untuk ambil barang-barang yang super banyak ye. Nasib baik 'awek' suami yang dah lebih sebulan warded, boleh keluar. Maka penuhlah kereta kami berdua, dengan barang-barang saya dan hadiah perkahwinan kami.

Hari Ahad, pukul 4 petang baru gerak balik Melaka. Bajet dalam kul 5 lebih, dah sampai rumah baru, dan sempatlah kami mencuci-cuci rumah tu, sebelum bawak turun barang-barang. Tapi, memang betullah, 'Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan'. Kereta Suami, terberhenti sebelum Hentian Pedas. Kena tarik dengan Plusronda sampai ke hentian tu. Nasib baik workshop yang baiki kereta Suami hari tu, nak datang tolong towing kereta balik ke Bangi.

Abis, barang banyak-banyak atas kereta tu, nak campak mana? Sumbat dalam Si Comel saya tu. Dia pun dah penuh, takkan nak penuh kan lagi kan? Pukul 8 lebih baru mereka yang dinanti tu tiba. Dan mereka dengan sukarelanya, menghantar kami sampai ke Melaka, untuk turunkan barang-barang dalam kereta tu. Cuba korang bayangkan, orang nak pindah, bawak kereta yang sarat dengan barang atas lori towing tu. Tak kelakar? Malu seyh, tapi nak wat camne kan...

Tapi sebenarnya ada hikmahnya. Sebab, kalau tidak Suami kena turunkan barang-barang yang super banyak tu secara perseorangan. Saya? Tolong tengok bolehlah. Bila dah ada orang tolong hantar tu, ada la orang tolong bawak turun barang-barang tu kan? Senanglah sikit Suami, walaupun sebenarnya susah ati sebab kereta rosak lagi...

Tak apalah, redha jelah. Yang penting, kami selamat sampai kan...