:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday, 27 July 2010

Minggu Terakhir Di Kuala Lumpur

Tinggal 2 hari saja lagi untuk saya berulang-alik ke Kuala Lumpur. Lepas ni, saya tidak akan menghadap lagi kesesakan lalu lintas, yang lantas menyebabkan kesesakan di dalam jiwa saya. Sempat bekerja selama lebih 3 tahun di sini. Keadaan yang tak pernah berubah.

Tapi saya bersyukur kerana di sinilah saya banyak belajar. Memang DIA tetapkan rezeki saya di sini, selepas bergraduat. Terlalu banyak pengalaman yang saya peroleh, terutama tentang ragam manusia di sekeliling kita. Kalau ada masa, dan ada kerajinan, akan saya ceritakan satu persatu. Tapi, buat masa sekarang dengan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan, saya tak mahu berjanji.

Minggu depan saya akan memulakan tugas di bumi Melaka. Selama lebih 3 bulan memohon, baru saya memperoleh jawapan positif. Alhamdulillah... Minggu depan juga akan memulakan tugas sebagai isteri yang sebenar. Sekarang? Belum sangat... Hehehe...

Semoga dengan pertukaran angin ini, DIA akan memurahkan rezeki kami sekeluarga. Sabar itu ada ganjarannya. Saya yakin itu...

Thursday, 15 July 2010

Oh, Dia Sangat Kecil!

Semalam buat scan di KK Bangi. Ikutkan appointment pukul 3, tapi pukul 2.45 dah tercangak kat klinik. Lepas tu, pukul 4.30 baru dapat masuk. Memang sangatlah penat! Tapi sabar jelah. Nak jadi ibu, tak boleh marah-marah, betul tak?

Alhamdulillah, dia membesar dengan sihat. Walaupun dia sangat kecil. Perasaan saya? Sangat terharu. Tak sangka, memang dia dalam ni. Hehehe... Sebelum ni, asyik tertanya-tanya sendiri je, betul ke dia ada dalam ni. Bila dah dapat tengok sendiri, rasa kagum dengan ciptaan-Nya. Subhanallah. Rasa syukur, sebab saya dapat merasai nikmat ini.

Sebenarnya, dari minggu lepas, memang ada rasa tak sabar nak tengok sendiri dia. Tapi, dalam waktu yang sama, ada juga perasaan risau. Saya berdoa semoga dia berada dalam keadaan yang sepatutnya. Bila nampak dia sedang berenang-renang, lega sangat!

Sayang, suami tak dapat bersama untuk melihat keajaiban itu. Tak apalah, ada rezeki nanti, kami akan pergi buat scan lagi. InsyaAllah... Tak sabar mahu melihat anak lagi. Hehe...

Tuesday, 13 July 2010

Dah Masuk Trimester Kedua

Sedar tak sedar je... Rupa-rupanya dah masuk trimester kedua pun usia kandungan saya. Dah masuk minggu ke-13 la. Perkembangan? Kat sini saya catatkan sikit ye...

  • Perut, sudah tentulah semakin membesar.
  • Saya mula tak boleh makan nasi. Bila tengok nasi, rasa berselera sangat! Tengah makan, boleh hilang selera secara tiba-tiba. Dah masuk 2 hari tak makan nasi ni...
  • Minggu lepas, saya diserang loya dan mual. Kadang-kadang muntah, waktu pagi. Sekali tu jelah. Dah muntah, lega la... Rasanya macam tak boleh kena aircond kereta pagi-pagi.
  • Semalam, kena demam yang teruk juga la. Tapi masih berselera untuk makan. Nasi je tak boleh. Memang saya tak larat sangat sebab rasa sengal-sengal satu badan. Pinggang, sakit sangat-sangat! Kalau time solat masuk sujud & rukuk yang paling rasa tak tahan. Hari ni, Alhamdulillah, dah ok dah. Cuma sisa-sisa demam masih lagi terasa.

Esok ada appointment untuk buat scan. Rasa tak sabar ada, rasa takut pun ada. Harap-harap baby sihat di dalam ni. Ameen...

Perkembangan Bayi Dari Minggu Kesebelas Hingga Minggu Kelima Belas

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Wednesday, 7 July 2010

Mencari-cari...

Saya sebenarnya mencarai-cari mood untuk menulis. Saya tak tahu nak tulis apa. Atau kadang-kadang ada idea nak tulis, tapi malas sangat. Haaiii, entahlah... Saya harap, pembaca blog saya ni, sabar sikit ye. Nanti ada mood, saya tulis banyak-banyak ok!

Cerita pasal majlis tawen-tawen saya pun tak abis lagi kan. Tapi, nak tulis, macam seganlah pulak. Sebab, rasanya dah tak boleh nak pegang title pengantin baru lagi dah. Hehehe...

Apa-apa pun, doakan saya diberi kesihatan yang baik yer... Take care ya!

Raikan Cinta : Slideshow Akad Nikah



Yang ini pun, OP kami yang bagi...

Friday, 2 July 2010

Rezeki Anak, Rezeki Ibu & Ayah


Alhamdulillah, permohonan saya untuk bertukar ke kampus Melaka, sudah diluluskan. Surat pun dah dapat, confirm 2/8/2010 saya akan mula bertugas di Melaka. Syukur sangat-sangat! Biarlah bertukar department, demi anak, demi Suami, saya redha. Ini rezeki anak, rezeki ibu & ayah juga. Alhamdulillah...

Thursday, 1 July 2010

Indahnya Kemesraan Suami Isteri

Sesungguhnya sebuah pernikahan, perkahwinan dan kehidupan suami isteri itu sangat indah. Amatlah rugi sekiranya sesebuah rumah tangga itu tidak dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Masih ramai lagi di luar sana yang masih tercari-cari jodoh sendiri, tidak dapat berkahwin kerana masalah kewangan, masalah tidak mendapat restu ibubapa dan macam-macam lagi. Oleh itu, bagi yang sudah pun berumah tangga, manfaatkanlah alam ini dengan sebaik mungkin. :)

Keutuhan rumah tangga memerlukan kerjasama dua pihak, iaitu suami dan juga isteri. Hubungan yang penuh kasih sayang, InsyaAllah, akan kekal selama-lamanya kerana hubungan yang kaya dengan kasih sayang akan membetulkan segala keadaan, segala salah anggap, segala buruk sangka. Dengan kasih sayang, timbulnya kemesraan.

kemesraan suami isteri

Jadi, di sini, saya akan menceritakan sedikit sebanyak tips kemesraan yang boleh dibangkitkan di antara suami isteri. Tips ini adalah merupakan amalan Nabi kita sendiri, Rasulullah S.A.W. Lebih-lebih lagi, segala perbuatan baginda adalah suatu sunnah. Ganjaran pahala diberikan sekiranya kita mengamalkannya. Betapa romantiknya Rasulullah S.A.W. :)

  • Tidur dalam satu selimut bersama isteri

Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W dan ‘Aisyah r.a biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan ‘Aisyah r.a, tiba-tiba ‘Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, ‘Mengapa engkau bangkit?’ Jawabnya, ‘Kerana saya haid, wahai Rasulullah.’ Rasulullah berkata, ‘Kalau begitu, pergilah ambil kain dan dekatlah kembali kepadaku.’ Aku pun masuk lalu berselimut bersama beliau” (Hadith Riwayat Sa’id bin Manshur)

  • Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra

Rasulullah S.A.W biasa memicit hidung ‘Aisyah jika beliau marah dan baginda berkata, “Wahai ‘Uwaisy, bacalah doa: ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” ( Hadith Riwayat Ibnu Sunni)

  • Membersihkan titisan darah haid isteri

Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah S.A.W di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Bila darahku menitis ke atas tikar itu, beliau mencuci bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda solat di tempat itu pula, lalu baginda berbaring kembali di sisiku. Bila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, baginda mencuci di bahagian yang terkena darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun solat di atas tiakr itu.” (Hadith Riwayat Nasa’i)

kemesraan suami isteri

  • Segera menemui isteri jika tergoda

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi S.A.W pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lalu baginda tumpahkan keinginan baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita, kalau mengadap, ia mengadap dalam rupa syaitan….Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia datangi isterinya, kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)

  • Tidur di pangkuan isteri

Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Nabi S.A.W biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.” (Hadith Riwayat ‘Abdurrazaq)

  • Memanggil isteri dengan kata-kata mesra

Rasulullah S.A.W biasa memanggil ‘Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti ‘Aisy dan Humaira (pipi merah delima).

  • Meminta isteri meminyaki badan

Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah S.A.W pada Hari Raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jumrah ‘aqabah.” (Hadith Riwayat Ibnu ‘Asakir)

  • Membelai isteri

“Adalah Rasulullah S.A.W tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Beliau menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri yang beliau giliri waktunya, lalu beliau bermalam di tempatnya.” (Hadith Riwayat Ahmad)

  • Mencium isteri

Dari ‘Aisyah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W baisa mencium isterinya setelah wudhu’, kemudian beliau solat dan tidak mengulangi wudhu’nya.” (Hadith Riwayat ‘Abdurrazaq)

Dari Hafsah, puteri ‘Umar r.a, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W biasa mencium isterinya sekalipun sedang puasa.” (Hadith Riwayat Ahmad)

(Diambil dari sini)