:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Friday 18 June 2010

Raikan Cinta : Jom Main Tawen-tawen!

Majlis Akad Nikah selesai pukul 11.30 pagi. Ada pelbagai sesi bergambar, dan majlis betul-betul selesai jam 12 tengahari. Sempatlah saya berehat selama setengah jam, sebelum disolek semula pada pukul 12.30 tengahari, untuk bersanding pula.

Kalau ikutkan, saya akan bersanding selepas Zohor, lebih kurang pukul 1.30 la. Memang saya dah siap-siap dah ni. Tinggal tunggu pengantin lelaki je sampai. Masa ni, memang betul-betul buat hati saya panas. Sebab masa saya call Suami saya pukul 1.30 tu, dia cakap baru sudah mandi. Boleh? Padahal Zohor dah masuk pukul 1.15, saya ingatkan baru siap solat, pastu teruslah bersiap-siap untuk bersanding. Semua orang dah bising-bising, tanya mana pengantin lelaki. Yang pengantin lelaki tak siap-siap. Memang saya marah, dan rasa nak mengamuk je.. Tapi sebab fikir ini majlis saya, saya senyum jelah. Dalam hati, Allah jelah yang tahu.

Dalam pukul 2 lebih baru rombongan lelaki sampai. Manalah tak angin. Yelah, saudara-mara yang jauh-jauh semua dah balik, lama sangat tunggu pengantin tak sampai-sampai. Inilah yang buat saya bengang! Suami cakap, memang jadi ceritalah lepas ni, pasal pengantin lelaki lambat. Tau takpe... Nasib baik dah kahwin. Hahaha!

Oklah, layankan gambar ni yer...

~ inilah pengantin yang lambat tu. nasib baik dia pengantin ~

~ walaupun bengang, maintain senyum ~

~ oklah. i maafkan u ~

~ sebab nak cantik, senyum jelah ~

~ panas... tu yang berkerut dahi tu ~

~ di atas pelamin, bersama pengapit ~

Sebenarnya, tak ada sesi merenjis ke, tepung tawar ke. Naik atas pelamin cuma untuk bergambar. Dan yang mahu bergambar masa ni, punyalah ramai. Serius, sampai dah lapar sangat-sangat dah rasanya. Last sekali saya ajak Suami gerak terus ke meja beradap. Kalau tidak, mahu sampai petang dok kat situ je.

Layan gambar kat meja beradap ye. Saya sangat suka deko meja ni yang termasuk dalam pakej katering Ube Catering Services. Memang bagus la!

~ mulut kelihatan penuh kan? lapar wei... ~

~ tengok, pengapit pun sangat lapar ok ~

~ gambar ni je paling cantik, yang betul-betul nampak rupa paras meja beradap tu. dengan siapa tu? biarlah rahsia ya ~

Lepas makan, laju je dorang ajak saya ke pelamin semula. Adoiyai, sabar jelah... Pengantin tak boleh marah-marah, kena senyum je. Kan saya orang paling cantik hari tu. Ceh, statement tak boleh blah kan? Hehehe...

Punyalah bergambar, sampai saya lupa ada sesi potong kek. Bila adik saya beria-ia bawa keluar kek ke meja kek, baru saya teringat. Layan pulak gambar ni yer...



Ok, dah dulu. Nanti saya masukkan gambar pelbagai aksi pula. Jangan muntah dulu ok...

2 comments:

Liyana said...

nampak gojes sgt kak!! pengapit pn cun:)
tudung tu nama ape ek? bekenan gak tgk tu..hihi

Unknown said...

gambar comel cmna nk muntah plak...