:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday 16 March 2010

SMS Yang Mengelirukan

Hari ini saya nak kongsikan sesuatu dengan anda semua. Saya telah menerima SMS seperti di bawah, petang semalam. Bagi saya ianya sangat mengelirukan, jika tidak difahami betul-betul.

"Slm.dlm surah as-saff ayt 10 mengatakan.WAHAI ORG2 YG BERIMAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN SESUATU PERNIAGAAN YG BOLEH MENYELAMATKAN KAMU DR AZAB SEKSA YG TIDAK TERPERI SAKITNYA..sy ada satu tawaran program,modal rm150,dlm ms semiggu "CONFIRM" dpt rm1500.jika anda ajak kwn2 join program ni,minimum seorang dpt rm2190.kita jumpa utk penerangan lebih lanjut.fhm dan dgr shj,tak rugi apa2 pun.sharing bnda yg baik,insyaallah berjaya..aminnnn..."

Saya bukan tak pernah dapat SMS begini, yang bertujuan mengajak saya meyertai perniagaan bersama-sama mereka. Tapi, ini pertama kali, saya mendapat SMS yang menggunakan ayat al-Quran untuk mengukuhkan lagi SMS mereka. Kalau setakat SMS tentang perniagaan yang saya sendiri tak tahu apa, dan tentu saya pun tak nak tahu, saya tak kisah pun. Tapi kalau sampai menggunakan ayat al-Quran, memang membuat saya rasa, saya perlu tahu, apa sebenarnya.

Hari ini, saya buka tafsir al-Quran, untuk memastikan tafsir ayat yang diberi itu, benar atau tidak. Dan memang benar, tafsir ayat itu, yang diberikan kepada saya, memang tepat. Tapi, jika dikaji daripada keseluruhan ayat, orang yang menghantar SMS ini boleh mengelirukan ramai orang. Surah as-Saff perlu difahami secara keseluruhan, bukan hanya menggunakan satu ayat, untuk konon-kononnya mengukuhkan perniagaan entah apa-apa yang mereka buat itu.

Sambungan daripada tafsir ayat 10 - "Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
Tafsir ayat 11 - "Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."

Saya tak pandai sangat tentang perkara-perkara ini, dan tak berani nak sentuh banyak-banyak, sebab takut tersalah tafsir. Kalau saya tersalah, tolong tegur ye. Tafsir sepenuhnya, boleh dilihat di sini.

Sebagai umat Islam, mana yang saya tahu salah, saya wajar tegur kan... Kepada pengirim SMS itu, telah pun saya reply semula SMS dia, minta dia untuk mengkaji Surah as-Saff sepenuhnya. Sesunggahnya yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari saya. Wallahualam.

1 comment:

fazemy said...

Mcm org tu plak yg bersabda dlm surah tu yer. Ada ke surah As saff tu? Hemm tak hafal nama surah. Tak rugi berkongsi yer..dah modal sorg minimun 2ribu lbh tu tak rugi apakejadahnya. Menyampah btolla org MLM nih. menyampah menyampah menyampah! hehe.

p/s: Saya tak pernah la melabur dlm MLM..tp slalu pergi dgr conference diorg. Menyampah tgk org yg mcm takkan mati je bunyinya. terlalu keduniaan sgt.

-Baru prasan akak lahir tahun 83..maka akak adalah kakak. hehehe