Kalau korang dah tengok entry promosi kat atas ni, so korang faham la kenapa entry ni dikeluarkan ye. Saja je cuba-cuba nasib, mana la tau ada rezeki kan? Kebetulan pula memang saya sedang mencari seseorang untuk menggubah hantaran untuk 'Majlis Besar' saya nanti. Terjumpa pula promosi ini di blog Amy. Jadi saya dengan sukacitanya, saya mengumumkan untuk menyertai 'Merisik Gallery Online Contest' ini. Harap-harap, berjayalah yer. Ameen...
Kepada pengunjung tetap blog ini pasti dah tahu yang saya, Nur Mazni Wahid, akan melangsungkan pernikahan bersama tunang tersayang, Abdul Halim Ismail, pada 30 April 2010. Kat atas sekali pun dah ada ticker kan. Dalam masa 6 bulan je lagi. Jadi sekarang memang sudah mula sibuk untuk membuat pelbagai persiapan, sementelah saya ini anak sulung dan kiranya ini adalah kenduri kahwin pertama. Salah satu persiapan yang sangat penting adalah hantaran. Kalau ada hantaran, tiada gubahan hantaran yang cantik-cantik, macam tak berseri pula kan. Walaupun ianya untuk dalam gambar sahaja, tapi kan sekali seumur hidup & akan menjadi kenangan buat anak cucu nanti.
Jadi, apalah salahnya buat sesuatu yang istimewa untuk orang yang istimewa juga. Saya akui, saya sangat meminati seni. Tapi kekangan masa, kadang-kadang menghalang saya untuk lebih berkreatif. Sekarang terdapat banyak cara yang memudahkan urusan perkahwinan, terutamanya gubahan hantaran. Saya sukakan gubahan hantaran yang simple, tetapi ceria. Yelah, bila orang pandang je, rasa bahagia sangat. Apatah lagi yang pandang itu nanti, orang yang tersayang kan? Ececeh... Berjiwang karat pula saya.
Salah satu contoh gubahan hantaran yang saya suka, yang saya peroleh daripada Merisik Gallery, macam gambar kat bawah ni la... Walaupun tema majlis di tempat saya nanti ialah hijau lumut, tidak semestinya semuanya perlu hijau kan? Kalau gunakan fresh flower pun, dah ada warna hijau dekat daun. Tul tak? So, layankan gambar di bawah ni ha...

1 comment:
Cantik, simple but nice.....so beautiful.....
Post a Comment