:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Monday, 15 June 2009

:: Syukur Atas Kurniaan-NYA ::

Sesungguhnya, setiap yang DIA berikan pada kita, hamba-NYA, pasti ada sebab dan kebaikannya. Takkan DIA menguji kita, untuk sesuatu yang kita tidak mampu. Dan ujian-ujian itu, adalah tanda kasih-sayang-NYA buat kita.

Kadang-kadang, kita terleka dengan kebahagiaan & kesenangan yang DIA beri. Maka diturunkan ujian, agar kita tidak leka dan sentiasa berada di jalan yang benar. Walau setebal mana atau sekuat manapun iman seseorang itu, ujian pasti tetap tiba.

Saya bersyukur, kerana terlalu banyak hikmah yang diperoleh atas kepahitan & kesedihan lalu. Ya! Sabar itu ubatnya. Yang DIA turunkan itu, sedikit sahaja. Masakan ujian yang sedikit itu, tak mampu kita tangani. Saya akui, sepanjang perjalanan saya selama lebih 26 tahun ini, banyak sekali kesilapan yang dilakukan. Lumrah manusia. Namun, daripada kesilapan itu seharusnya kita belajar sesuatu. Janji pada-NYA, tidak akan diulangi kesilapan yang lalu.

Hikmah perkenalan singkat, menjaga tatasusila, akhirnya saya ketemu dia yang saya tunggu-tunggu selama ini. Hikmah penantian itu, terlalu besar buat saya. Memang penantian itu suatu penyeksaan. Kesabaran itulah ubatnya. Doa tidak putus pada-NYA, agar dikuatkan iman saya. Saya yakin dengan ketentuan-NYA. Kerana dari dulu lagi, saya belajar untuk sentiasa positif. Walau terkadang, tergelincir jua dari landasan...

Doa saya, jalan jodoh ini dipermudahkan. Mudahkanlah, kerana saya ikhlas mensyukuri nikmat kurniaan-NYA buat saya...






glitter-graphics.com

No comments: