:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Monday, 8 June 2009

Oh, Saya Sangat Sibuk!!!

Kali ini, bukan buat-buat sibuk. Tapi memanglah betul-betul sibuk. Adui, sampai saya tidak tahu yang mana mahu dimulakan dulu. Semuanya terkejar-kejar. Tolong!!! Saya mahu 'clear'kan ini mejalah...

Pening, lagi-lagi bila bos sudah masuk, dan sebagai PA yang berhemah lagi efektif (haha poyo!), haruslah memenuhi tuntutan beliau. Saya mahu cotilah. Tapi sebelum cuti, semuanya harus siap. Sebelum komplen mendatang seperti minggu yang lalu. Saya tak sanggup lagi membuat kerja orang, dengan begitu terbeban sekali. Saya sangat-sangat sakit hati, bila mereka tidak bersungguh-sungguh mahu mencari pengganti. Eh, sampai bila saya mahu bersabar? Mahu tunggu saya berhenti juga ke? Oh, mereka tahu saya takkan berhenti selagi kontrak pertukaran pinjaman saya selesai. Memang bijak!

Eh, encik kat dalam, saya tahu kamu tidak berbuat apa-apa. Cuma duduk goyang kaki, sambil tunggu gaji masuk. Dan kamu juga tidak tahu apa yang saya buat kan? Kamu langsung tidak ambil tahu kerana kamu tidak ingin bertanggungjawab kan. Kamu lupakah yang kamu mahu memberi anak isteri kamu makan. Kamu lupakah akan halal haram? Eh, perlu saya ingatkan ye? Oh, kamu lebih dahulu makan garam daripada saya. Mahukah kamu dengar akan apa yang saya katakan ini? Tentu sekali tidak. Dan kamu akan menegakkan benang yang basah itu kan. Tak malukah kamu, kami-kami ini lebih tahu daripada kamu?

Ya, saya tahu kamu tidak kisah. Teruskan usaha kamu untuk menajdi bos yang baik ye! Terima kasih banyak-banyak!





glitter-graphics.com

No comments: