:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Saturday 6 June 2009

Buat Bakal Pengantin 2 ~~ Angah & Yan

Sepupu saya bernama, Angah, akan bernikah & bersanding pada 6 Jun 2009, di Raub, Pahang. Nasib baik majlis bertandang di sini pada 13 Jun. Kalau tak mau pening saya. Saya tak join rombongan ke Pahang sebab saya ke Melaka sampai 6 Jun untuk majlis Acik. Mesti pelik kan, nape lebihkan orang luar daripada saudara sendiri. Sebenarnya, acik tu memang dah macam famili saya sendiri. Mama & ayah saya, apatah lagi adik-adik saya, semua kenal sangat dengan beliau. Beberapa kali menginap di rumah saya. Sebab itulah mama saya tak kisah sangat saya ponteng untuk ke Pahang. Ala, majlis kat sini nanti, saya pulun la habis-habisan. Hehe...

Angah @ nama sebenar beliau Firdaus, sebaya dengan adik yang no 2, Ja'a. Baru berumur 24 tahun. Kira-kira beliau ni, bukan sahaja melangkah bendul abang sulung beliau. Tetapi juga melangkah bendul beberapa lagi sepupu-sepupu beliau, termasuklah saya. Hehe... Itulah kuasa jodoh ye kawan-kawan. Angah ni kiranya, sepupu saya yang agak pelik, sebab beliau daripada kecil sampai sekarang memang tak makan nasi. Tapi Alhamdulillah, IQ bagus. Belajar memang terror. Dah abis buat Master pun, dan sekarang adalah Pensyarah di UNISEL.

Buat Angah & Yan, Selamat Pengantin Baru. Selamat menempuh alam baru...






glitter-graphics.com

1 comment:

O Ena O said...

mz..nti mz tunang..letak pic kt blog eh...nk tgk gak ari gmbra mz..hehehe