Kadang-kadang, kita akan mendengar kawan-kawan kita mengeluh tentang bos mereka yang terlalu cerewet. Dan kemudian kita akan bandingkan dengan kehidupan kita. Kalau kita lebih bernasib baik daripada beliau, Alhamdulillah. Kalau kita lebih teruk? Tentu kita akan merasa cemburu dengan apa yang diperoleh rakan kita itu.
Manusia.. Selagi kita bernama manusia, tentu ada sahaja yang kita rasa kurang lebih sana sini. Namun, sebenarnya kita perlu lebih belajar untuk bersyukur. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Berusahalah untuk mendapat yang lebih baik. Bukan mengeluh dengan kehidupan kita yang mungkin kurang daripada orang lain. Mungkin itu sahaja yang terbaik buat kita. Apa sahaja yang telah ditentukan oleh-NYA buat kita, adalah yang terbaik buat kita. Ujian itu adalah tanda kasih sayang-NYA buat kita.
glitter-graphics.com
No comments:
Post a Comment