:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday 26 April 2011

Pengalaman Menjadi Ibu Menyusukan - Bhgn 1

Semua ibu mahu memberikan yang terbaik buat anaknya. Sebab itu, saya memilih untuk memberikan Sakinah dengan susu badan sepenuhnya, untuk sekurang-kurangnya sehingga dia berusia 6 bulan. Jika murah rezeki Sakinah, akan saya teruskan sehingga usia setahun, dan mungkin hingga 2 tahun.

Setelah keputusan ini diambil, saya tahu banyak yang perlu dikorbankan. Tapi, tak apalah... Bukan untuk orang lain pun, untuk anak sendiri. Yang penting, semuanya demi kebaikan. Demi kesihatan, dan masa depannya. Malah juga untukdiri saya sendiri.

Sebagai ibu yang bekerjaya, bukan mudah sebenarnya untuk melaksanakan misi ini, dan seterusnya mencapai matlamat. Sebab itu, saya hormati dan tumpang bangga dengan ibu-ibu yang bekerja, tetapi tetap mampu untuk memberikan susu ibu sebagai makanan yang utama buat anak masing-masing. Bukan mudah ye... Dengan jadual sebagai pekerja kepada majikan sewaktu di tempat kerja. Kemudian pulang ke rumah melaksanakan pula tugas sebagai isteri kepada suami, dan ibu kepada anak-anak. Penat? Memang sangat-sangat terasa. Tapi, semuanya untuk insan yang tercinta kan...

Pengalaman menjadi ibu yang menyusukan, belumlah terlalu lama buat saya. Hampir 4 bulan, belum apa-apa kalau nak dibandingkan dengan ibu-ibu lain. Tapi, itulah pengalaman yang paling berharga, dan tentulah yang paling manis buat saya. Segala-galanya bermula sejak melahirkan Annaurah Sakinah.

Semasa mengandungkan Sakinah, saya langsung tak rancang untuk menyusukan Sakinah dengan susu badan sepenuhnya. Tapi, tidak pula terfikir untuk berikan Sakinah susu formula. Senang cerita, tak fikir apa-apa pun tentang hal ini. Entahlah... Mungkin sebab pengalaman pertama. Jadi banya yang tak tahu. Tapi, masa tu dah mula baca blog ibu-ibu yang menyusukan anak masing-masing dengan susu badan sepenuhnya. Teruja sangat! Rasa seronok pun ada.

Ada juga terfikir untuk beli breast pump yang bagus-bagus untuk anak nanti. Macam Medela Freestyle tu. Lagi pula ada blog yang jual Medela FS secara kutu. Rasa macam best je. Lagipun, mestilah tak terasa sangat nak kuar duit banyak-banyak kan. Tapi, bila saya tanyakan kepada kawan-kawan ofis yang sudah berpengalaman menjadi ibu, masing-masing kata, tak payah beli yang mahal-mahal, sebab nanti tak tahu susu badan kita tu banyak ke tak. Saya percaya bulat-bulat, sebab memang tak tahu langsung fakta mengenai susu ibu. Masa mengandung cuma explore pasal breast pump je. Jahil sungguh rasanya...

Lepas tu, bila dah bersalin, saya cuba bagi Sakinah susu badan, tapi, tak ada susu yang keluar. Sakinah mahu hisap, dan dia memang pandai hisap sejak dari awal lagi. Tapi, sebab susu langsung tak keluar, kesian pula dia kelaparan. Bagi juga susu formula masa mula-mula tu. Saya kan bersalin kat private, jadi doktor dan jururawat kat situ tak paksa sangat untuk bagi susu badan. Tapi, nurse tetap hantar anak kat saya untuk bagi hisap breast tu. Supaya ada rangsangan.

Bila balik rumah pun, nurse bekalkan lagi susu tepung. Sebab susu tetap tak keluar walaupun dah masuk hari kedua, saya bagi juga Sakinah susu tepung yang hospital bekalkan. Lama juga susu tak keluar, sampai bengkaklah cik b* ni. Dah urut pun tak nak keluar. Sebab jahil sangat pasal susu ibu masa mengandung, langsung tak beli breast pump. Yang manual pun tak ada. Sebab dah bengkak sangat, susu pula tak nak keluar, paksa Suami pegi beli breast pump. Dapatlah Pureen Battery Operated Breast Pump. Boleh tengok sini. Cuba pam pun susu tak keluar. Kalau keluar pun, sikit sangat.

Sebab takut kena demam bengkak susu, saya tuam cik b* dengan tuala panas. Nak bagi surut sikit bengkak tu. Tu pun mak bidan yang urut saya tu yang pesan. Alhamdulillah, selamatlah saya dari kena demam. Masuk hari ketiga pun, susu still tak keluar. Tak tahulah kenapa. Ke niat saya yang tak betul. Langsung tak berniat nak bf baby kan.

Masuk hari keempat, nurse KK datang rumah untuk check up. Sebelum dia balik tu, dia tengok cara saya susukan anak. Haha! Kantoi, rupanya salah! Patutlah susu tak keluar-keluar. Ha, lepas tu, barulah susu keluar. Sakinah minum pun ok je. Saya jadi seronok sangat! Dan sejak tu juga, Sakinah minum susu ibu je. Alhamdulillah...

Mmm, kalau nak cerita semua, memang panjang lagi. Tapi, nantilah saya sambung lagi...

3 comments:

Unknown said...

hah?? maz salah susukan sakinah?
mcm mana maz buat mula-mula
mungkin boleh share

m@Ri@ said...

maria dulu pun tak pernah niat nak nyusukan anak..tp alhamdulillah berjaya laluinya..walaupn hanya seketika..setahun sebulan yg penuh indah..;)

MaZNi PutERi said...

dayu : saya tak lekapkan mulut sakinah betul-betul ke cik b. pulut mesti penuh kawasan aerola tu. pastu cara nak tekan tu. bukan dengan jari bentuk gunting, tapi bentuk C...

m@ri@ : harap2 saya pun mampu laluinya. nikmat menyusukan anak tu, tak terkata kan...