:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday, 26 April 2011

Pengalaman Menjadi Ibu Menyusukan - Bhgn 1

Semua ibu mahu memberikan yang terbaik buat anaknya. Sebab itu, saya memilih untuk memberikan Sakinah dengan susu badan sepenuhnya, untuk sekurang-kurangnya sehingga dia berusia 6 bulan. Jika murah rezeki Sakinah, akan saya teruskan sehingga usia setahun, dan mungkin hingga 2 tahun.

Setelah keputusan ini diambil, saya tahu banyak yang perlu dikorbankan. Tapi, tak apalah... Bukan untuk orang lain pun, untuk anak sendiri. Yang penting, semuanya demi kebaikan. Demi kesihatan, dan masa depannya. Malah juga untukdiri saya sendiri.

Sebagai ibu yang bekerjaya, bukan mudah sebenarnya untuk melaksanakan misi ini, dan seterusnya mencapai matlamat. Sebab itu, saya hormati dan tumpang bangga dengan ibu-ibu yang bekerja, tetapi tetap mampu untuk memberikan susu ibu sebagai makanan yang utama buat anak masing-masing. Bukan mudah ye... Dengan jadual sebagai pekerja kepada majikan sewaktu di tempat kerja. Kemudian pulang ke rumah melaksanakan pula tugas sebagai isteri kepada suami, dan ibu kepada anak-anak. Penat? Memang sangat-sangat terasa. Tapi, semuanya untuk insan yang tercinta kan...

Pengalaman menjadi ibu yang menyusukan, belumlah terlalu lama buat saya. Hampir 4 bulan, belum apa-apa kalau nak dibandingkan dengan ibu-ibu lain. Tapi, itulah pengalaman yang paling berharga, dan tentulah yang paling manis buat saya. Segala-galanya bermula sejak melahirkan Annaurah Sakinah.

Semasa mengandungkan Sakinah, saya langsung tak rancang untuk menyusukan Sakinah dengan susu badan sepenuhnya. Tapi, tidak pula terfikir untuk berikan Sakinah susu formula. Senang cerita, tak fikir apa-apa pun tentang hal ini. Entahlah... Mungkin sebab pengalaman pertama. Jadi banya yang tak tahu. Tapi, masa tu dah mula baca blog ibu-ibu yang menyusukan anak masing-masing dengan susu badan sepenuhnya. Teruja sangat! Rasa seronok pun ada.

Ada juga terfikir untuk beli breast pump yang bagus-bagus untuk anak nanti. Macam Medela Freestyle tu. Lagi pula ada blog yang jual Medela FS secara kutu. Rasa macam best je. Lagipun, mestilah tak terasa sangat nak kuar duit banyak-banyak kan. Tapi, bila saya tanyakan kepada kawan-kawan ofis yang sudah berpengalaman menjadi ibu, masing-masing kata, tak payah beli yang mahal-mahal, sebab nanti tak tahu susu badan kita tu banyak ke tak. Saya percaya bulat-bulat, sebab memang tak tahu langsung fakta mengenai susu ibu. Masa mengandung cuma explore pasal breast pump je. Jahil sungguh rasanya...

Lepas tu, bila dah bersalin, saya cuba bagi Sakinah susu badan, tapi, tak ada susu yang keluar. Sakinah mahu hisap, dan dia memang pandai hisap sejak dari awal lagi. Tapi, sebab susu langsung tak keluar, kesian pula dia kelaparan. Bagi juga susu formula masa mula-mula tu. Saya kan bersalin kat private, jadi doktor dan jururawat kat situ tak paksa sangat untuk bagi susu badan. Tapi, nurse tetap hantar anak kat saya untuk bagi hisap breast tu. Supaya ada rangsangan.

Bila balik rumah pun, nurse bekalkan lagi susu tepung. Sebab susu tetap tak keluar walaupun dah masuk hari kedua, saya bagi juga Sakinah susu tepung yang hospital bekalkan. Lama juga susu tak keluar, sampai bengkaklah cik b* ni. Dah urut pun tak nak keluar. Sebab jahil sangat pasal susu ibu masa mengandung, langsung tak beli breast pump. Yang manual pun tak ada. Sebab dah bengkak sangat, susu pula tak nak keluar, paksa Suami pegi beli breast pump. Dapatlah Pureen Battery Operated Breast Pump. Boleh tengok sini. Cuba pam pun susu tak keluar. Kalau keluar pun, sikit sangat.

Sebab takut kena demam bengkak susu, saya tuam cik b* dengan tuala panas. Nak bagi surut sikit bengkak tu. Tu pun mak bidan yang urut saya tu yang pesan. Alhamdulillah, selamatlah saya dari kena demam. Masuk hari ketiga pun, susu still tak keluar. Tak tahulah kenapa. Ke niat saya yang tak betul. Langsung tak berniat nak bf baby kan.

Masuk hari keempat, nurse KK datang rumah untuk check up. Sebelum dia balik tu, dia tengok cara saya susukan anak. Haha! Kantoi, rupanya salah! Patutlah susu tak keluar-keluar. Ha, lepas tu, barulah susu keluar. Sakinah minum pun ok je. Saya jadi seronok sangat! Dan sejak tu juga, Sakinah minum susu ibu je. Alhamdulillah...

Mmm, kalau nak cerita semua, memang panjang lagi. Tapi, nantilah saya sambung lagi...

Banyak, Tapi Satu-satu Ya!

Lamanya tak update blog. Cerita check up Sakinah 3 bulan pun tak buat lagi. Tunggu ye...

Sunday, 10 April 2011

Annaurah Sakinah Yang Terbaru...








Bertambah bulat!
Muka bulat
Mata bulat
Pipi bulat
Dahi jendul
Haha!

Perkembangan terkini, tunggu next week lepas check up ok!
I luv u Sakinah!




Friday, 8 April 2011

Perkembangan Bayi - 3 bulan

Perkembangan Tubuh Badan Badannya tidak mengerekot. Bayi boleh mendepangkan lengan dan kakinya. Dapat menendang dengan kuat. Apabila di dukung dalam keadaaan menegak, dapat mengawal pergerakkan kepalanya.

Kemahiran Belajar Akan membalas percakapan anda dengan senyumannya dan mengagah dengan kuat. Menunjukkan minat ingin tahu dengan keadaan di sekelilingnya.

Kemahiran Bertutur Dapat membezakan bunyi percakapan dan bunyi-bunyi yang lain. Menoleh ke arah bunyi.

Kemahiran Sosial

Mengenali wajah ibunya dan orang-orang yang biasa berada di sekelilingnya. Kelihatan takut jika ternampak orang asing dengan memalingkan mukanya ataupun mungkin akan menangis.


Sumber : Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum


Tuesday, 5 April 2011

Sakit Yang Tak Nampak

Sakinah dilahirkan dengan berat 2.16kg, yang mana kurang daripada paras normal 2.5kg ke atas. Walaupun dia lahir pada minggu ke-38, yang mana sudah lebih dari 36 minggu, tempoh cukup bulan. Genap sebulan, berat dia cuma naik 300g sahaja kepada 2.43kg. Cukup 2bulan pun, naik kepada 2.87kg. Maknanya, pada usia 2 bulan, beratnya tak naik sampai 1kg pun.

Kalau dibandingkan dengan anak-anak orang lain, yang sebaik je habis pantang, naik lebih daripada 1kg, Sakinah macam tak nampak perubahan langsung. Tapi, sebab saya menyusukan Sakinah dengan susu yang 'original', saya tak kisah sangat. Yang penting, anak saya sihat. Lagipun, saya ada terbaca dalam website tentang bayi, peningkatan berat bayi, harus 2 kali ganda daripada berat lahir pada usia 6 bulan, dan 3 kali ganda naik daripada berat lahir pada usia 1 tahun.

Tapi, sebaik sahaja saya hantar Sakinah untuk dijaga BS sepanjang saya bekerja, Busu (BS Sakinah), menyarankan untuk bawa Sakinah berubat secara tradisional. Kemungkinan anak saya menghidap sawan. Sebagai orang muda yang tak punya pengalaman langsung, saya rasa, tak salah untuk saya mendengar nasihat beliau, yang memang punya pengalaman yang banyak menjaga anak-anak kecil.
3 minggu lepas, kami Suami Isteri, membawa Sakinah bertemu seorang Ustaz, yang mengubati penyakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran. Hari pertama datang, cuma bawa air kosong. Semasa sedang menunggu giliran, isteri Ustaz melihat-lihat Sakinah. Menurut pandangan beliau, sememangnya Sakinah ada terkena sawan.

Oh, lupa nak bagitau. Anak saya sangat suka pandang ke atas. Dengan kadar kekerapan yang tinggi ya! Kalau sikit-sikit tak apalah. Dah pandang-pandang atas, senyum-senyum, gelak-gelak lagi. Mau tak risau? Lepas tu, selalu kembung tanpa punca. Boleh dikatakan setiap malam, mesti kembung. Nak kata saya salah makan, saya dah jaga makan dah. Takkanlah hari-hari kena kan?


Ok, sambung. Masa jumpa tu, Ustaz baca-baca sikit, sambil pegang Sakinah. Reaksi Sakinah? Melalak! Sebenarnya kena bawa tawas. Tapi, kami kan datang main redah je. Tak tahu kena bawa apa. Ustaz suruh beli je dekat kedai, malam tu juga. Tapi, sebab Sakinah dah melalak-lalak, saya cakap, esok jelah datang balik. Tak larat nak tunggu dengan Sakinah macam tu.


Kemudian esoknya, kami datang lagi, dengan bawa tawaslah. Cara yang sama macam semalam. Kalau semalam guna air, hari ni, guna tawas pula. Selesai dibaca-baca, Suami saya tanya, memang ada yang ikut anak kami tu ke? Ustaz sebut nama syaitan tu. Tapi saya tak ingatlah. Beliau cakap itu adalah syaitan yang sukakan bangkai.
Semasa dalam perjalanan balik, jenuh kami Suami Isteri fikir, kami ada pergi ke mana-mana yang tak patut ke? Rasanya, tak ada melawat jenazah. Tak ada juga terserempak dengan kemalangan maut ke... Musykil juga.

Ok, apa yang kena buat dengan tawas tu? Perlu di bakar atas arang. Kemudian bila dah cair, biarkan sejuk sebentar, kemudian, tumbuk sampai jadi serbuk. Lebih kurang begitulah. Bukan saya yang buat pun. Mak Mertua dengan adik ipar saya yang buat. Menurut orang-orang tua, sebaik sahaja tawas tu dibakar dan cair, ianya akan membentuk punca sawan anak kita tu. Saya tak buat, jadi saya tak tengoklah bagaimana bentuknya tu.
Tapi, menurut Mak Mertua, macam bentuk bulu kucing yang leper. Entah, tak dapat nak bayangkan. Terus teringat, beberapa minggu sebelum tu, memang ada kucing yang mati dekat dengan rumah Mertua saya tu. Lama juga terbiar, sebelum selamat ditanam. Sebelum tu, masa saya berpantang sekejap di rumah Mertua, ada anak kucing yang baru lahir mati kat dalam rumah tu. Mungkin itu puncanya.

Tapi, semua tu pun kebetulan je. Hanya DIA yang tahu.
Yang penting, sekarang anak saya dah nampak sihat. Badan pun dah nampak 'naik' sikit. Alhamdulillah. Dia pun dah mula kuat menyusu. Harap-harap check up 3 bulan nanti, nampaklah perubahannya. Tapi kalau ada yang tengok anak saya secara live, jangan bandingkan dengan rakan-rakan sebayanya. Sebab dia tetap masih kecil. Yang penting anak saya comel! Hehe...

Gambar terbaru? Nantilah ye...

Monday, 4 April 2011

Jarang Menulis

Oh, lamanya tak menulis di blog sendiri. Hanya berjalan-jalan dari satu blog ke satu blog sahaja. Diari isteri & ibu ini, sangat sibuk! Ditambah dengan ketiadaan idea untuk menulis. Kalau menulis pun, pasti mengenai Sakinah kesayangan, yang semakin membesar dengan jayanya. Alhamdulillah...

Faktor-faktor lain, agak susah untuk menaip entri baru di ofis, sebab kerja yang semakin banyak. Lagi pula kena gunakan waktu bekerja untuk bekerja sepenuhnya, sebab saya akan ambil masa sekurang-kurangnya 2 kali untuk keluar mengepam susu. Alhamdulillah, susu masih banyak, walaupun tak meriah. Masih cukup untuk bekalan Sakinah sepanjang saya keluar bekerja. Semoga dimurahkan rezeki Sakinah.

Kami sekeluarga baru berpindah ke kediaman baru yang lebih dekat dengan rumah BS Sakinah, dan juga dekat dengan rumah FIL saya. Rasanya banyak yang dapat kami jimatkan, walaupun rumah yang lama lebih baik dari rumah sekarang. Tak apalah, masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Ini yang terbaik buat Sakinah. Tak adalah, pagi-pagi dah keluar bawa Sakinah naik kereta. Perjalanan dari rumah lama ke rumah BS mengambil masa 30 minit. Nanti Sakinah membesar atas jalan je.

Sekarang, rumah BS sebelah je. Lupa saya nak beritahu, BS yang jaga Sakinah tu, mak saudara suami saya. Jadi, dah duduk dekat-dekat ni, faham-fahamlah ye. Sakinah menjerit pun, beliau boleh dengar. Haha! Tapi yang penting, banyak senangnya, insyaAllah...
Itu je.

Ada nak cerita tentang perkembangan Sakinah. Tapi, nantilah ye. Saya buat satu entri tentang Sakinah je...