:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Wednesday, 9 February 2011

Sudah Sebulan

~ sakinah melalak sebab nak keluarkan tangan dari bedung. tengok, dah berjaya keluarkan satu ~

Alhamdulillah, semalam genap sebulan usia Sakinah. Macam biasalah, ada check up dan suntikan sekali.

Untuk kali pertama ni, kami check up di KK Bangi. Tumpang satu hari je. Kenapa saya cakap kami? Sebab yang check up bukan Sakinah seorang. Tapi Bubu juga. Check up untuk post-natal.

Sebab ingatkan sekejap je, kami pergi lambat-lambat. Dalam pukul 9.30 pagi, baru sampai. Sampai sana, Sakinah tidur, sebab baru je isi perut dia.

Bila sampai turn, nak timbang berat, kena bogelkan Sakinah. Sakinah memang tak tahan sejuk. Kalau sejuk, dia akan menjerit sekuat hati, dan menangis sungguh-sungguh.

Nasib baik datang dengan Suami. Lepas selesai timbang berat, ukur tinggi dan ukur lilit kepala Sakinah, turn Bubu pula kena check. Check sama macam masa mengandung. Timbang berat, tekanan darah, air kencing dan juga darah. Sakinah pula masih melalak, sebab tengah tidur kena kacau. Tak senang hati Bubu. Laju-laju buat tu semua, terus bagi Sakinah susu.

Yang buat check up tu student praktikal. Sakinah ok je, walaupun berat naik sikit je. Masa lahir 2.16 kg. Lepas seminggu dah 2.4 kg. Sebulan baru 2.43 kg. Yang penting Sakinah sihat.

Masa kena cucuk, saya tak bersama. Babah yang bawa Sakinah, sebab saya pun kena check juga kan. Suami cakap, Sakinah menjerit bersungguh-sungguh. Tapi sekejap je, lepas tu terus tidur. Mengantuk sangatlah tu.

Sepanjang dia tidur semalam, terkejut-kejut je. Kaki yang kena cucuk tu pun terangkat-angkat je. Dari petang sampai ke malam, dia meragam je. Sakitlah tu agaknya. Alhamdulillah, hari ni dah ok dah.

Lepas ni sambung buat check up di Melaka pula. Bulan depan la...
Published with Blogger-droid v1.6.7

2 comments:

azian abdullah said...

mazni, ms dorang buat check up post natal tu ade buat pap smear tak? kalau ade share lah sket. sebab kat kk tmpt sy pegi ni dorang buat pap smear. takut lah pulak nak rasa. huhu

MaZNi PutERi said...

azian,tak adalah pulak. Cuma check up biasa je. Check rahim dah kecut ke belum...