:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday, 28 September 2010

Ketuk, ketuk...

Dia mula lasak dalam perut ibu. Tapi, ibu suka! Sangat suka bila, ibu bercakap dia bagi respon. Comel je.. Rasa seronok sangat, walaupun kadang-kadang, sampai berombak-ombak perut ibu nih. Pastu, tak boleh lambat sket ibu makan, dia dah bagi signal. Kalau ibu tengah makan, dia pulak yang seronok sangat. Hehe...

Kadang-kadang terkejut ibu dia, bila dia stat ketuk-ketuk perut ibu dia ni. Kalau dia dah stat ketuk-ketuk, dia akan ketuk satu tempat tu banyak kali. Inilah masanya untuk bagi babah dia rasa tendangan dia tu. Dan yang paling best, bila ibu bagi teka-teki, pandai dia jawab yer. Hehe...

Dah dua kali ibu tanya dia, "Bb boy ke girl. Kalau boy, tendang 2 kali. Kalau girl, tendang sekali je...". Jawapannya sama dah dua kali. Tak taulah betul ke tak. Nanti pegi scan, nak tengok. Kalau betul, memang dia bagi jawapan yang betul kat ibu dengan babah dia, yang dah excited nak pegi beli barang-barang dia ni.

Friday, 24 September 2010

Banyak Nak Buat

Sebenarnya, nak jadi ibu ni, banyak ilmu perlu diketahui. Lagi-lagi untuk anak pertama. Sekarang ni lagi mudah, banyak tempat yang dibuat perkongsian ilmu untuk bakal-bakal ibu seperti saya ni. Banyak perkara yang menarik perhatian saya, untuk dibuat bila dah jadi ibu nanti. Antaranya ialah:
  • penyusuan susu ibu (BF)
  • penggunaan cloth diaper (CD)
Semalam terbaca pasal BF kat blog Dayu. Saya yang asalnya masih berbelah-bagi sama ada nak bagi bb fully BF atau tidak, jadi bersemangat dengan cerita beliau. Saya masih takut-takut, bukan apa, saya kan bekerja. Jadi saya takut saya tak dapat nak memenuhi keperluan anak saya nanti, bila saya mula bekerja. Kesian pula kat anak nanti.

Sekarang sudah mula ditekankan tentang kebaikan BF ni. Bukan sahaja kepada bayi, malahan juga kepada ibu. Antaranya yang saya salin dari sini :

Kebaikan Susu Ibu kepada bayi:
  1. Mengandungi antibodi (bahan pencegah penyakit)
  2. Mempunyai komposisi nutrien yang lengkap dan memenuhi keperluan bayi
  3. Mengandungi protein dan asid lemak yang tinggi dan mudah hadam
  4. Mengurangkan risiko alahan
  5. Mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik
  6. Melindungi bayi daripada kolik, asma, penyakit kulit, jangkitan hidung dan telinga
  7. Mengelakkan cirit birit dan penyakit saluran pernafasan
  8. Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti
  9. Menggalakkan tumbesaran yang baik
  10. Meningkatkan daya perkembangan intelek yang baik

Kebaikan susu ibu kepada ibu:

  1. Membantu pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan
  2. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  3. Menjarakkan kelahiran
  4. Mempercepatkan penurunan berat badan
  5. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  6. Menjimatkan masa dan wang
  7. Mudah dan tidak perlu persediaan
Banyakkan? Sekarang ni saya kena tambah ilmu, dan tanya pengalaman ibu-ibu bekerja yang bagi BF sepenuhnya kepada bayi mereka. Semoga pengalaman mereka ini nanti dapat menjadi panduan buat saya dan bakal-bakal ibu yang lain.

Monday, 20 September 2010

Dah Mula Dah...

Tadi buat check-up untuk bulan ke-5. Alhamdulillah, semua ok2 je, cuma HB je yg makin turun. Risau gak la sket. Akibatnya, 2 minggu lagi nak kena datang lagi buat check-up. Tak apalah, demi anakku...

Ni nak cerita ni, start semalam, bb kat dalam ni mula menunjukkan keaktifannya. Dari pagi, ditendang-tendangnya perut ibu dia ni. Tak bolehlah lambat sket saya makan. Semalam juga buat pertama kali, Suami dapat rasa tendangan dari dalam ni ha. Sebelum ni, tak adalah macam ni. Sampai terkejut-terkejut saya dibuatnya. Tapi, seronok!

Kalau ikutkan kiraan, kandungan dah masuk 5 bulan. Tapi, bila saya pegi beraya, bila ada yang tanya, mereka cakap, perut saya nampak kecil. Kalau tak cakap saya mengandung, orang pun tak perasan. Baju kurung pun masih boleh pakai lagi.

Tadi masa nak pegi ke KD pun, risau juga. Takut kalau-kalau ada masalah. Tapi, bila diukur perut dengan usia kandungan, ok je. Berat pun naik banyak, berbanding bulan lepas. JM pun cakap semua ok, cuma kena makan makanan yang tinggi zat besi untuk naikkan HB.

Harap-harap 2 minggu lagi, semuanya akan ok. Doakan ya!

Sunday, 19 September 2010

Kalau Tak Rasa, Memang Tak Tahu

Pernah tak anda dikomplen oleh kawan anda yang konon-kononnya anda ni kedekut nak balas SMS dialah, tak nak call dialah. Saya? Dulu, selalu jugalah... Sekarang pun, kadang-kadang ada juga. Tapi, saya kan malas nak layan orang-orang yang terlalu sensitif, sampai kadang-kadang tak faham keadaan kita.

Senang cerita, bagi sayalah, semua orang pun ada kehidupan masing-masing. Tidak membalas SMS tu, bukan bermaksud melupakan... Kita belum rasa apa yang orang tu rasa, jadi kita tak tahu bagaimana sebenarnya keadaan itu. Mungkin sekarang ni, kita lapang, punya masa senggang yang banyak. Tapi, kawan kita tak semestinya punya waktu yang banyak seperti kita tu. Kalau kita nanti diletakkan di tempat yang sama seperti keadaan kawan kita sekarang ini pun, mungkin kita akan melakukan perkara yang sama.

Sebab itu, perkara-perkara begini kadang-kadang membuatkan saya malas nak layan mereka ni. Malas untuk memberi sebab lagi, nanti dikatakan oleh mereka alasan semata-mata. Jadi, diam lebih baik kan...

Tapi, bukan semua orang pun begitu ya! Ada yang sangat memahami keadaan kita, walaupun mungkin dia belum lagi merasai apa yang kita rasai sekarang ini. Saya bersyukur punya kawan seperti itu. Tak perlu sentap tak pasal-pasal kan.

Terus-terang ya, orang yang berkahwin ni, akan sedikit berubah. Banyak perkara yang perlu disesuaikan. Dari hanya menguruskan diri sendiri sahaja, perlu pula menguruskan pula pasangan. Dari punya satu keluarga yang besar, bertambah pula menjadi dua keluarga yang besar. Kalau Hari Raya, bayangkan berapa banyak rumah yang perlu dikunjungi? Banyak kan...

Kesimpulannya, kalau kita tidak berada di tempat seperti kawan kita tu, memang kita tidak akan tahu. Tapi, kalau cuba untuk memahami, tidak salahkan. Sama-samalah kita menjaga perhubungan baik yang telah terjalin sekian lama...

Ucapan Hari Raya yang Terlewat Sikit

Assalamualaikum wbt...

Ok2, saya tau saya memang dah terlewat nak bagi ucapan Hari Raya. Sedangkan blogger lain semua dah selamat dah semua. Tapi rasanya belumlah terlambat sangat kan. Hehehe...

Cerita Hari Raya memanglah banyak. Cuma gambarnya sahaja yang tiada. Tak apalah kan. Seronok pertama kali beraya bersama Suami, dan bb yang sangat gembira bila ibu dia makan banyak. Ke ibu yang gembira dapat makan banyak. Hehe...

Tak tahu nak citer apa sangat, sebab rasanya lagi seronok citer pasal bb dari citer pasal Hari Raya. Boleh?

Apa-apa pun, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua blogger. Ampun dan maaf saya pohon andai ada entri yang saya keluarkan mengguriskan hati sesiapa. Semoga kita semua dilimpahkan rahmat dan rezekinya selalu. Ameen...

Friday, 17 September 2010

Senarai Keperluan

Usia kandungan dah nak masuk 22 minggu. Sekejap je kan? Bb pun dah semakin kerap bergerak-gerak. Seronok je rasa. Kalau lama dia tak gerak tu, rasa rindu pula. Perut semakin membesar, walaupun tidaklah besar sangat, sebab saya masih boleh berbaju kurung. Nak tengok? Nantilah saya upload gambar ok...

Dah lepas tempoh 20 minggu ni, rasanya dah boleh bersedia untuk beli barangan keperluan bb dan juga keperluan saya untuk tempoh berpantang nanti. Untuk memudahkan saya melihat senarai semak, saya dah letakkan kat sebelah kanan blog ni. Untuk bakal-bakal ibu pun bolehlah buat rujukan. Mungkin ada terkurang, ada terlebih. Yelah ini pertama kali buat saya kan... Ini senarai setakat untuk hari ini. Mungkin hari-hari seterusnya ada beberapa keperluan yang akan bertambah mengikut kesesuaian kan. Ini pun saya terjah banyak blog, baru dapat buat senarai macam ni...

Senarai Keperluan Bayi

PAKAIAN
1) Baju lengan panjang - 6 pasang
2) Baju lengan pendek - 8 pasang
3) Romper - 2 helai
4) Sarung tangan & kaki - 5 pasang
5) Baby bip - 2 helai
6) Sapu tangan - 3 helai
7) Barut - 10 helai
8) Topi - 2 helai
9) Kain bedung - 2 helai

DIAPER
1) Cloth diaper - 10 pasang
2) Diaper wipes - 2 pek
3) Changing mat
4) Berus lampin
5) Baldi/bakul untuk cloth diaper
6) Beg untuk diaper
7) Detergent khas

PENJAGAAN BAYI
1) Bedak
2) Losyen
3) Minyak zaitun
4) Tisu
5) Sikat
6) Cotton but
7) Pengepit kuku
8) Minyak telon
9) Cotton balls

NURSING
1) Selimut
2) Bedding set
3) Bakul pakaian kotor
4) Bakul pakaian
5) Bakul baby care

FEEDING
1) Botol saiz S - 2
2) Puting botol susu - 2
3) Berus pembersih botol
4) Penyepit botol
5) Sterilising tablet
6) Nipple cream
7) Nursing pad washable
8) Nursing pad disposable
9) Nursing pillow
10) Nursing bra
11) Termos

MANDIAN
1) Tuala
2) Besen
3) Syampu
4) Sabun
5) Span

LAIN-LAIN
1) Stroller
2) Buaian
3) Car seat
4) Baby wearing
5) Kelambu
6) Nursing cover
7) Sterilizer
8) Breast pump
9) Cooler bag
10) Baby warmer
11) Beg bayi

Senarai Keperluan Berpantang

1) Set bersalin
2) Stokin
3) Baju sejuk'
4) Tungku
5) Selimut
6) Selipar
7) Buku/majalah
8) Kain batik
9) Bengkung
10) Maternity pad/pad biasa
11) Bantal lapik duduk
12) Minyak angin

Senarai Keperluan Hospital

IBU
1) Buku merah
2) Kad pengenalan
3) Telefon bimbit + charger
4) Baju/blouse - 5 helai
5) Stokin - 2 pasang
6) Kain batik - 3 helai
7) Pakaian dalam - 5 pasang
8) Tudung - 2 helai
9) Peralatan mandian
10) Buku/majalah
11) Tuala mandi
12) Maternity pad - 1 pek
13) Tuala muka
14) Selipar
15) Kamera
16) Air/minyak selusuh
17) Minyak angin
18) Air zam-zam
19) Makanan & minuman
20) Termos air panas
21) Beg plastik
22) Baju sejuk
23) Sikat
24) Breast pad - 4
25) Nursing bra - 4

BAYI
1) Lampin pakai buang - 6 helai
2) Baju - 3 pasang
3) Minyak telon
4) Baby wipes/wet tissue
5) Tuala mandi
6) Sarung tangan & kaki - 4 pasang
7) Peralatan mandian
8) Selimut/bedung
9) Barut - 5 helai
10) Bedung - 1 helai
11) Topi

Terus-terang, memang saya belum beli apa-apa pun lagi. Memang nak tunggu kandungan besar sikit. Ingat nak pegi buat scan untuk tengok jantina bb, baru nak pegi beli barangan bb...

Saturday, 11 September 2010

Perkembangan Bayi Dari Minggu Kedua Puluh Satu Hingga Kedua Puluh Enam

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.