:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Thursday, 3 June 2010

Surat Nikah & Kad Nikah

Sekarang ni kan banyak Jabatan Agama Negeri ada buat kad nikah, yang mudah untuk suami isteri bawak ke mana-mana. Tak adalah nak kena bawak surat nikah sebesar saiz A4 tu ke mana-mana pergi. Jenuh la melipat-lipat benda tu...

2 minggu lepas nikah, surat nikah dah siap. Kami suami-isteri ke PAID di Kajang. Pegi ambil pada 21 Mei. Terus gerak ke JAIS di Shah Alam, untuk proceed Kad Nikah pintar, macam kat bawah ni...


Kena bayar RM40.00 untuk 2 kad, suami dan isteri. Urusan sangat mudah. Seminggu lepas tu, kad dah siap, dan dah boleh ambil pun. Senang kan?

Ada juga pernah dengar yang nak buat kad nikah ni, mengambil masa untuk siap. Ada tu sampai berbulan-bulan. Kalau mengandung, dah bersalin dah kot, tak siap lagi. Tapi, Alhamdulillah, di JAIS, urusan sangat mudah.

Jadi, warga Selangor, bolehlah cepat-cepat buat Kad Nikah Pintar ni. Mudah jer...

2 comments:

mrs.ecam said...

oo kt slngor br buat ke??? kt jhr lame dh...mmg snang de kad camni...x yah ssh2 bwk surat nikah...hihihihi

fikaryna said...

ryna kat perak x buat pun..huhu..

sbb kalau utk urusan rasmi depa x terima sbb dlm kad xde details..

tp utk pengesahan, ok la kan..ryna ngan en.fika usung yg lipat2 2 dalam beg..hehe..