:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday, 1 June 2010

Eh, Dah Sebulan?

Mula-mula tak perasan pun hari ini dah cukup sebulan menjadi suami-isteri. Padahal dari minggu lepas dah ingat dah, sampai rasa tak sabar nak tunggu hari Selasa. Bila tiba harinya, terus lupa pulak, boleh?

Agaknya sebab sangat penat dan letih kot. Semalam, elok je lepas solat Isyak, terus tidur. Memang rasa letih sangat. Padahal bukan pegi mana pun. Pegi keje macam biasa juga.

Tentang alahan mengandung, Alhamdulillah, dah masuk minggu ketujuh, masih lagi bertahan. Kalau dapat bertahan sampai bersalin, lagi bagus kan. Ameen. Selera makan, memang bertambah. Penat juga Suami melayan, sebab kalau tak dapat, saya rasa nak marah je semua orang. Hai, sabar jelah...

Itu jelah kot. Tak tau dah nak citer apa. Malas nak update blog, melampau-lampau pula rasanya. Sabarlah ye.. Doakan saya sihat-sihat supaya dapat saya buat entri banyak-banyak macam dulu...

2 comments:

cheqna said...

salam..
tahniah coz akan bergelar mama
cuma cheqna kompius betul ke sebulan jadi suami isteri tapi pegnen dah 7 minggu..ke cheqna yang terkeluar dari tajuk huhuhuhuhu...

fikaryna said...

makan2 jugak..kesihatan mau jaga..huhu.