:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Wednesday 16 June 2010

Bukan Semua Orang Faham...

Sejak berbadan dua ni, kesihatan saya agak sedikit terjejas. Nasib baik tidak disusuli dengan alahan teruk. Kalau tidak, mahu saya lembik je duduk kat rumah. Tak ada la nampak bayang saya kat ofis ni.

Tapi, tulah... Bukan semua orang faham. Kena perli, tahan telinga jelah. Orang belum kena, belum rasa, belum tahu bahagian masing-masing tu macam mana. Apa yang saya dapat ni, saya redha. Ini bahagian saya. Ini antara saya dengan DIA. Kalau ini mampu menghapuskan dosa-dosa saya, saya redha. Demi si kecil yang sedang membesar ini, saya tebalkan telinga. Walau kadang-kadang, sakit juga hati. Yelah, orang macam saya ni, hatinya sensitif sikit. Tapi, kalau nak amik port semua kata-kata orang, tak ke manalah saya kan...

Saya teringat cerita seorang rakan saya. Beliau masa mengandung sulung, mengalami alahan yang teruk. Sehinggakan terjejas sedikit prestasi kerja. Sampai bos dia cakap, "I tengok u lepas dah mengandung ni, teruk betul prestasi kerja. I dulu tak macam ni pun." Ingat orang tu saja-saja ke nak buat sakit. Kadang-kadang, cuba untuk kuat, tapi memang tak mampu. Kadang-kadang, cuba buat tak tahu je, tapi memang tak larat. Sampai satu ketika, bos ni mengandung juga. Dah tertulis agaknya, beliau kena alahan yang lebih teruk daripada kawan saya tadi. Sampai pengsan di ofis. Kan saya dah cakap, ini bahagian masing-masing. Jangan cakap besar...

Saya sendiri pun, mengalami masalah yang hampir sama. Memang saya kerap MC dan kadang-kadang EL. Bukan saya sengaja ya! Kadang saya cuba untuk kuat. Tapi, memang tak larat. Kalau ikutkan hati, nak jejak kaki ke ofis pun malas. Saya kuatkan juga diri. Sampai satu masa, tak larat sangat, memang saya baring je di ofis. Bila ada yang mempertikaikan keadaan saya, kerja-kerja saya, kecil juga hati ini. Kadang-kadang yang mempertikaikan itu, bukan yang tak pernah mengalami apa yang saya alami. Cuma dia tak pernah rasa apa yang saya alami kini kan. Ini bahagian saya...

Yang kelakar tu, bos saya sendiri tak pernah pertikaikan keadaan saya, tak pernah nak perli-perli saya. Orang lain yang sibuk-sibuk. Ingat saya sengaja MC untuk elak kerja. Kelakar kan? Yang berkata tu, orang yang belum berkahwin pulak tu. Dia sendiri belum tahu keadaan dia nanti macam mana kan...

Tak apalah... Sabar kan... Tak apa anak, ibu kuat demi anak. Ibu redha. Yang penting, anak ibu sihat-sihat je ye...

1 comment:

ryn said...

hai.
be strong dear.. takpayah nak amik peduli sgt ckp2 orang. Jaga kandungan baik-baik.