Memang cinta itu tidak mengenal keadaan. Cinta itu akan hadir pada bila-bila masa, pada waktu dan saat yang tak terduga. Cinta itu tidak boleh dirancang, tetapi boleh dipupuk. Seandainya hati sentiasa dibuka untuk menerima, insyaAllah ia akan datang. Tak perlu dicari, tapi perlu berusaha. Tanpa usaha, apapun tak jadi kan...
Pertemuan tak terduga. Sangat singkat, tapi mudah saya katakan bahawa sesungguhnya, memang ditakdirkan untuk kami saling jatuh cinta. Jatuh cinta pada apa yang ada. Apa yang saya cari selama ini, pada usia 26 tahun, baru DIA temukan saya dengan apa yang saya inginkan.
Saya pernah berangan untuk dicintai lelaki yang punyai lulusan agama. Kerana memang daru dulu lagi, saya sukakan lelaki begini. Tapi, untuk dicintai oleh lelaki sebegini, belum lagi terjadi di dalam hidup saya. Lagi pula, beberapa kali kecewa, membuatkan saya menetapkan pilihan saya kali ini, mesti sekurang-kurangnya mempunyai diploma, kerana insyaAllah level of thinking kami itu akan lebih kurang sama sahaja. Dan jujur, cuma dua ciri-ciri ini, membuatkan saya benar-benar jatuh cinta pada beliau. Dan beliau punya lebih lagi dari apa yang saya mahukan itu. Alhamdulillah...
Bagi beliau pula, saya punya apa yang beliau inginikan. Seorang gadis yang berdikari, dan bagi saya ciri yang ini paling kelakar. Beliau mencari seseorang yang punya lesen memandu, dan punya kenderaan sendiri. Boleh? Saya memang tergelak besar! Ciri tambahan yang beliau sendiri tidak sangka ketemu ialah saya ini gadis Jawa, dari sebelah Mama dan Ayah saya.
Memang kadang-kadang kita rasakan apa yang kita mahukan itu sepertinya tidak masuk akal. Tapi lebih baik, dari hanya memandang pada harta dan rupa. Sebenarnya, apa pun ciri yang ada, kalau sudah ditakdirkan jodoh itu, walau bagaimana jadi pun, ia tetap akan jadi. Semuanya hanya kebetulan sahaja. Yang lain, memang ketentuan-Nya. Yang penting, syukur sangat-sangat!
No comments:
Post a Comment