:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Monday, 9 November 2009

Kalau Tak Suka, Jangan Dibuat Begitu...

Sejak akhir-akhir ini banyak betul berita penderaan kanak-kanak. Sama ada didera secara fizikal atau secara seksual. Kesannya bukan sahaja setakat mencederakan mangsa, malahan ada yang membawa kepada kematian. Yang peliknya, dilakukan oleh seorang yang bergelar ibu. Aduh, tak sayangkah pada anak itu? Kan dia yang membawa anak itu ke mana sahaja, selama 9 bulan yang penuh cabaran. Tak teringatkah pada penat lelah itu.

Apalah salah, anak itu. Kalau tak suka, jangan dibuat begitu. Bagilah pada yang mahu. Masih ramai yang mahukan. Aduh, sedih sungguh saya membaca berita hari ini. Yang didera masih kecil lagi. Kalaupun mungkin anak itu nakal, tidak bolehkah ditegur secara baik. Jika mahu pukul pun, janganlah sehingga membawa kecederaan.

Di manakah belas ihsan & rasa kasih sayang?

Aaliyah Aiman, 3 tahun

Nurhidayah, 4 tahun

No comments: