:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday, 3 November 2009

Jurnal 2 Hati : 019 - Rumah Oh Rumah

Sebenarnya, banyak yang saya nak mula buat untuk Majlis Besar saya nanti. Tapi, saya belum boleh buat semua tu. Belum boleh lagi. Bukan sebab saya malas, bukan juga saya tak ada masa.

Sebabnya ialah, rumah saya masih di dalam proses renovation. Mama telah buatkan satu bilik khas untuk pengantin di depan. Yang mana sekarang ini bilik saya di dapur ye. Kena masuk dapur, baru masuk bilik saya. Jadi, takkanlah bilik pengantin di dapur? Atau takkanlah bilik pengantin di bilik Mama & Ayah pula? Jadi, bilik baru pun dibuat.

Walaupun pada asalnya saya tidak berapa setuju dengan kedudukan bilik itu. Sebab, terlalu jauh daripada bilik air. Tapi, kehendak ibu, ikutkan ajelah. Lagi pula, saya kan bakal menjadi milik orang lain pula nanti. Jadi, seboleh mungkin saya tidak mahu melukakan hati Mama.

Jadi, alang-alang sudah renovate rumah, Mama merenovatekan seluruh rumah. Tambah bilik buat adik-adik, besarkan dapur (bilik saya sekarang dipecahkan menjadi dapur) & luar rumah, macam tambah tile yang cantik-cantik la. Wah, Mama sangat excited mahu menyambut menantu! (En. Halim, baca ni!) Hehehe...

Sekarang saya sangat berharap, segala-galanya dapat disiapkan sebelum tahun hadapan. Sebab, banyak sangat yang perlu dibuat ni, seperti mencantikkan bilik baru saya la kan. Tak sabarnya...

No comments: