:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Sunday, 1 November 2009

Jurnal 2 Hati : 018 - Tips Memilih Baju & Pelamin

Kan saya dah beritahu, blog saya akan dipenuhi dengan entri bakal pengantin. Layankan aje yer...

Tadi saya cerita mengenai waktu bernikah kan. Saya rasa macam tiada masalah. Tapi biarlah nanti orang tua kami yang berbincang. Betul kan?

Semalam berjalan-jalan mencari pakej andaman pengantin, bersama-sama Mama. Sebenarnya, dah ada yang berkenan, masa saya survey sendiri sebelum ini. Tapi sebab nak bagi Mama pilihan, saya bawa juga ke 2-3 butik yang lain. Yang terakhir sekali, baru saya pergi ke butik yang saya berkenan tu. Nasib baik Mama pun ok dengan yang saya berkenan tu.

Sambil berjalan-jalan tu, biasalah, berborak-borak la dengan orang kedai. Saya ada dapat sikit tips untuk dikongsikan dengan bakal pengantin. Saya rasa tips ini bagus.
  1. Kalau baju pengantin warna hijau lumut (ni warna tema saya), kalau boleh ahli keluarga janganlah pakai baju warna yang sama juga. Sebabnya, nanti pengantin tenggelam. Terutamanya masa dalam gambarlah. Jadi, kalau boleh, bila pengantin menggunakan warna hijau lumut, ahli keluarga pula, gunakan warna hijau yang terang sikit, macam hijau epal @ hijau pucuk pisang.
  2. Kalau warna tema baju pengantin warna hijau lumut (warna saya lagi...), pelamin janganlah buat warna hijau lumut semua. Sekali lagi, ini akan menenggelamkan pengantin. Jadi, pilihlah warna lain, seperti putih @ krim.
Jadi, disebabkan ahli keluarga saya telah pun membeli baju warna hijau (kain ela yang mahu ditempah), saya membuat keputusan untuk tidak menggunakan warna hijau lumut sepenuhnya dalam pakaian saya nanti. Baju yang saya berkenan tu, berwarna hijau lumut+putih. Lagi pula, saya perlu fikirkan keadaan En. Tunang juga. Takkan saya nak belasah je warna yang tak sesuai dengan beliau kan...

No comments: