:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Monday, 1 June 2009

Jun Yang Sibuk

Sepanjang Jun ini, saya sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti. Maklumlah cuti sekolah kan. Bermula dengan hujung minggu ini, saya akan ke Melaka, ke rumah Acik, adik angkat saya. Belaiu bakal melangsungkan pernikahan pada 5 Jun nanti. InsyaAllah, saya akan bergerak ke Melaka pada 4 Jun, dan cuti sudahpun dipohon pada 5 Jun nanti. Sebelum bercuti, saya akan sibuk dengan 'Closing of Account' untuk semua kampus. Kalau tak siap, saya tak dapt bercuti. Dan orang yang akan dipersalahkan adalah orang AP yang tidak mahu bekerjasama dengan orang Reporting ni...

Kemudian, minggu depan pula, pada 13 Jun, sepupu saya pula berkahwin, yang mana tenaga saya tentulah amat-amat diperlukan. Seminggu sebelum, kenduri di tempat perempuan di Pahang. Tapi saya tak joinlah kan, sebab saya di Melaka pada waktu itu. Sepanjang Jun ini juga, ramai orang-orang yang terdekat dengan saya akan menamatkan zaman bujang. Mula-mula, Acik pada 5 Jun, dan diikuti dengan Andak&Nora pada 6 Jun. Juga sepupu saya, Angah akan bernikah pada 6 Jun. Tarikh semua bertindih kan? Hahaha! Saya memang pening...

Kemudian pada minggu ketiga bulan Jun, seperti yang anda semua tahu, insyaAllah, saya akan melangsungkan pertunangan. Dan tentunya menjelang majlis, banyak yang perlu saya lakukan.

Mmm, sebelum saya terlupa. Sepanjang Jun ini juga, saya akan bakal menyambut ulangtahun yang ke-26 pada 12 Jun nanti. Adik saya, Ada juga menyambut pada 17 Jun, yang ke-20. Tidak lupa juga buat anak-anak sepupu saya, Syahid pada 4 Jun yang ke-11, Acha yang ke-6 pada 14 Jun, dan Irsyad yang ke-1 pada 22 Jun. Lagi buat kawan-kawan ofis, Ekin pada 14 Jun yang ke-24 dan Kak Elly yang ke-31 pada 18 Jun. Oh ya, kawan baik saya, Sobah pada 8 Jun yang ke-26. Mana yang saya terlupa, maaf ye... Tolong ingatkan saya ye...





glitter-graphics.com

No comments: