:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Monday, 29 June 2009

Pertunangan : Kami Berdua









glitter-graphics.com

Pertunangan : Ini Saya











glitter-graphics.com

Pertunangan : Bersama Famili

bersama mama saya

bersama emak beliau

bersama nenek beliau

bersama sepupu, adik & adik ipar beliau

bersama sepupu saya, Kak Ain & anak buah, Irsyad

bersama makcik2 beliau

bersama sepupu-sepupu saya






glitter-graphics.com

Pertunangan : Ketika Majlis

cincin merisik dulu


ni masa cincin tunang disarung

nampak x dua2 cincin tu? sumbat je kat jari yang sama. hehehe...

okey2 dah... xde cincin lagi...





glitter-graphics.com

Pertunangan : Sebelum Majlis





##Sila abaikan sepupu-sepupu saya yang menyelit itu. Tapi mereka inilah orang paling penting buat saya pada hari itu. TQ girls!






glitter-graphics.com

Sunday, 28 June 2009

Jurnal 2 Hati : Detik Permulaan

Assalamualaikum w.b.t...

Dah layankan gambar-gambar majlis saya tempoh hari? Sebenarnya masih banyak lagi. Tapi takkanlah saya mahu letakkan semua kan. Lagipun penatlah nak upload sekali semua. Bagi saya masa ye! Saya akan upload juga nanti. Saya tau, ramai tertunggu-tunggu, terutama sahabat-sahabat saya. Saya tak upload di tempat lain. Cuma di sini. Di Friendster & FB pun cuma sekeping dua saja. Yang lain-lain, semua di sini ye...

Jika sebelum pertunangan hari itu, saya membuat Nota Menghitung Hari, di mana ianya lebih kepada catatan persiapan saya menuju hari pertunangan saya. Untuk kali ini, saya akan membuat Jurnal 2 Hati. Sama juga konsepnya, catatan persiapan saya menuju hari kami bakal disatukan, insyaAllah tahun depan. Tarikhnya sudah ada. Cuma saya rasa, nantilah saya war-warkan.

Doakan semuanya berjalan lancar. Saya tau banyak dugaan dalam tempoh bertunang ni... Semoga saya sentiasa sabar & tabah. Ameen...





glitter-graphics.com

Pertunangan : Untuk Saya








glitter-graphics.com

Thursday, 25 June 2009

Lirik Lagu : Ainul Mardhiah

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih





glitter-graphics.com

Wednesday, 24 June 2009

Tercipta Untukku : Menempuhi Alam Baru

Menempuhi alam baru sebagai tunangan orang, mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih tabah dan kuat. Ya, saya tahu, pasti banyak dugaan yang bakal kami tempuhi nanti. Kata orang, alam ini, indah dan manis. Namun, jaga-jaga... Kerana syaitan itu ada di mana-mana.

Kadang-kadang masalah timbul bukan datang daripada kami. Tapi mungkin juga daripada orang sekeliling, termasuklah keluarga sendiri. Sekarang lebih banyak hati yang perlu dijaga. Banyak juga nama yang perlu dijaga. Nama baik keluarga sendiri, juga nama baik keluarga tunang. Memang selepas selesai, perasaan sedih+terharu tak mampu untuk ditahan-tahan lagi. Sehinggakan satu tahap saya hampir menitiskan airmata. Sudah lama saya tunggu saat ini, dan akhirnya ia tiba seperti yang saya inginkan. Bertemu di dalam restu. Syukur pada-MU...

Kenapa saya memilih beliau = Encik Usul, sebagai seseorang yang bakal menemani saya ke akhir hayat? Kerana saya dapat merasakan kami saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana beliau ada apa yang saya mahu, dan saya ada apa yang beliau mahu. Dan sebenarnya beliau pernah hadir dalam mimpi, lewat saya melakukan ISTIKHARAH beberapa bulan yang lalu. Sungguh, saya tidak sangka, lelaki di dalam mimpi itu, wujud sebenarnya. Masih saya ingat, terjaga dari lena, saya masih lagi merasai cinta yang sangat kuat dari 'lelaki itu'. Yang tidak saya kenali lagi tika itu. Aduh, indah sungguh rasanya.

Dan hari ini, cinta itu saya rasai setiap saat. Alhamdulillah, syukur pada-MU. Doakan yang baik-baik saja untuk perhubungan ini. InsyaAllah, majlis walimah akan dijalankan tahun hadapan. Semoga DIA sentiasa melindungi kami daripada kemurkaan-NYA. Ameen...





glitter-graphics.com

Monday, 22 June 2009

Menghitung Hari : Alhamdulillah, Sudah Selesai...



~gmbr ni mmg xbrape nk best... bolehlah buat ilang rasa teringin korang kan?~

Alhamdulillah, detik yang di nanti tiba jua... Jam 3:05 petang 21hb Jun 2009, cincin itu tersarung di jari manisku yang comel. Hehehe... Sempat lagi... Cincin disarungkan oleh nenek Encik Tunang = Encik Usul ye... Mak? Malu kot... Hehehe...

Ok2... Mau gmbr byk2? Nanti saya upload yer... Saya mau letakn gmbr cantik dari cameraman yg bertauliah itu. Jadi, tunggu yer...







glitter-graphics.com