:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Sunday 28 June 2009

Jurnal 2 Hati : Detik Permulaan

Assalamualaikum w.b.t...

Dah layankan gambar-gambar majlis saya tempoh hari? Sebenarnya masih banyak lagi. Tapi takkanlah saya mahu letakkan semua kan. Lagipun penatlah nak upload sekali semua. Bagi saya masa ye! Saya akan upload juga nanti. Saya tau, ramai tertunggu-tunggu, terutama sahabat-sahabat saya. Saya tak upload di tempat lain. Cuma di sini. Di Friendster & FB pun cuma sekeping dua saja. Yang lain-lain, semua di sini ye...

Jika sebelum pertunangan hari itu, saya membuat Nota Menghitung Hari, di mana ianya lebih kepada catatan persiapan saya menuju hari pertunangan saya. Untuk kali ini, saya akan membuat Jurnal 2 Hati. Sama juga konsepnya, catatan persiapan saya menuju hari kami bakal disatukan, insyaAllah tahun depan. Tarikhnya sudah ada. Cuma saya rasa, nantilah saya war-warkan.

Doakan semuanya berjalan lancar. Saya tau banyak dugaan dalam tempoh bertunang ni... Semoga saya sentiasa sabar & tabah. Ameen...





glitter-graphics.com

No comments: