:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Saturday 30 May 2009

Apa Yang Dicari?

Kalau kita terjumpa dengan kawan-kawan lama, soalan yang biasa akan ditanya, "Kerja kat mana sekarang?". Lepas tu, mulalah tanya pasal gaji kita pulak berapa. Betul x? Padahal soal gaji ni, sangat sensitif dan ianya adalah sulit. Betul x?

Memanglah ramai akan pertikaikan kalau apa yang kita peroleh tu, kurang daripada apa yang kita patut dapat. Sebagai contoh, seseorang itu punya degree, tapi dia hanya bekerja sebagai kerani, yang gajinya mungkin hanya RM 1,000. Kalau bekerja sebagai kerani je, buat apa belajar tinggi-tinggi? Tak perlulah susah-susah, habiskan masa, wang dan tenaga untuk dapatkan 'Ijazah Sarjana Muda'. Lebih baik lepas SPM je trus keje...

Itulah antara pandangan-pandangan stereotaip, yang pasti anda juga pernah lalui. Saya sendiri, selepas tamat pengajian Sarjana Muda, saya bekerja sebagai kerani dengan gaji tak sampai pun RM800. Saya tak kisah, daripada saya menganggur berbulan-bulan tanpa seberang kerja. Sekurang-kurangnya, saya dapat menimba pengalaman. Kemudian, saya bekerja di salah sebuah 'Syarikat Insurans' sebagai pekerja sementara, dengan gaji dikira daripada hari yang saya datang bekerja, dan tidak ada seberang 'benefit' pun. Juga saya tidak kisah, kerana saya inginkan pengalaman itu. Tapi, saya bukan seorang yang hanya akan duduk je di situ. Yelah, sebagai pekerja 'temporary', kita rasa tidak selamat, sebab bila-bila masa saja kita akan dibuang, jika mereka tidak memerlukan kita lagi.

Saya teruskan usaha untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. Dalam waktu itu, saya terus menimba pengalaman selama lebih setahun jugalah. Pernah juga saya dipandang serong dengan pekerjaan saya. Selagi kerja itu halal, dan saya dapat membayar semula pinjaman pelajaran saya, saya sangat-sangat bersyukur dengan rezeki yang DIA berikan buat saya. Dan percaya atau tidak, dengan pekerjaan yang kononnya 'tidak sesuai' dengan kelulusan saya itulah, saya memperoleh pekerjaan yang lebih baik dan 'lebih sesuai' dengan kelulusan saya sekarang ini.

Cuba anda fikir, dalam tempoh saya memperoleh pekerjaan yang 'sesuai' sekarang ini, adalah lebih setahun selepas saya tamat belajar. Sekiranya, saya hanya duduk di rumah menganggur, kerana inginkan pekerjaan 'yang sesuai' dengan kelulusan saya, adakah akan saya peroleh pekerjaan kini? Tanpa sebarang pengalaman, adakah majikan saya akan dengan mudah menerima saya sebagai pekerja beliau?

Bagi saya, selagi pekerjaan itu halal, tiada salahnya kalau kita mencuba. Bukan semua orang akan dapat apa yang kita dapat. Sekurang-kurangnya, ada sesuatu yang akan kita cerita kepada 'keturunan' kita nanti. Jangan terlalu memilih, dan jangan pula terlalu tidak memilih.

Kadang-kadang, kita akan memperoleh tawaran yang lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang ini. Tetapi, sesuatu yang besar, pengorbanannya juga pasti besar, kan? Adakah dengan gaji yang lebih besar itu, kita harus korbankan waktu bersama keluarga? Kalau gaji yang kecil, mampu memberi kepuasan kepada kita, mampu membuatkan rasa selamat kepada kita, dan mampu memberikan persekitaran yang positif, itu lebih baik. Daripada, gaji yang besar, memberikan tekanan kepada kita, tanpa rasa selamat, dan persekitaran yang menyusahkan kita, adakah kita sanggup?

Apa yang saya pandang, bukan pada gaji. Tapi pada tahap rasa selamat kita berada di situ. Juga dengan persekitaran yang menyeronokkan. Walaupun sedikit tertekan dengan kerja, mana ada kerja yang tidak ada rasa tertekan. Tapi kalau kita punya kawan-kawan ofis yang baik-baik belaka, adakah kita mahu mencari lagi yang lebih baik?

Apa yang penting, adalah keberkatan. <"Kaf Ba Ra Kaf Alif Ta Nun, KEBERKATAN." kata Umi kepada Adif>. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, kerana ada orang yang nasibnya lebih teruk daripada kita. Sayangi dan cintailah pekerjaan anda... ;-p





glitter-graphics.com

1 comment:

O Ena O said...

ermm....mmg bes topik nie..sbb sy sendiri pon mcm mz gak...bermula dr bwh...dr tukang amik order kt pizza hut...dh mcm2 keje yg sy buat..n ia mengajar sy erti hidup n kehidupan...bile kite berada di situasi begitu..bile sy mencapai sesuatu di peringkat yg selesa(alhamdulillah blh la)..sy akan mengenang saat2 perit itu..n sy akan tersenyum..n lebh menghargai ape yg ade...sekurang2 sy dh merasa perit maung kehidupan..dn yg pasti...mmg tepat sekali...kite perlukan keberkatan dlm setiap ape yg kta lakukan termasuk pekerjaan...