:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday 15 July 2008

Hikmah Selepas 'Itu'...

Pemergian Arwah Abg Amin, rupanya memberi hikmah kepada kami sekeluarga... Betapa baik Arwah di mata masyarakat, walau beliau sebenarnya orang biasa shja... Begitu ramai sahabat-sahabat Arwah yang x putus2 datang mengunjungi Kak Ain & anak2... Mengukuhkan lagi kenyataan yang Arwah sememang tersangat baik... Rezeki buat anak-anak yatim ini juga, Alhamdulillah, xputus-putus...

Bermula pada malam pertama, masa jenazah masih lagi di rumah, hingga malam ketiga, majlis tahlil diadakan tanpa kami sekeluarga berpeluh menyiapkan hidangan untuk para tetamu... Boleh dikatakan sepanjang tiga hari tiga malam, rezeki mencurah-curah datang...

Mama juga menceritakan saat pengebumian, tanah perkuburan itu dipenuhi lautan manusia... Ada lebih kurang dalam seribu orang... Sedangkan Arwah hanya orang biasa sahaja... Bukan orang kenamaan... Keperibadian Arwah, membuatkan aku sampai sekarang terasa seperti Arwah masih ada lagi...

Arwah merupakan seorang yang sangat aktif di dalam kegiatan agama... Bergiat bersama ABIM & menyertai banyak kumpulan usrah selain Arwah merupakan Bilal di kawasan kejiranan Taman Desa Sentosa... Arwah juga aktif di dalam kegiatan politik, selain sangat mengagumi Datuk Seri Anwar Ibrahim... Itu setakat yang berada di dalam pengetahuan aku...

Arwah sekarang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma di UTM, dan info yang aku peroleh dari Yuzz(adik ipar arwah), surat konvokesyen sudah pun diterima... Namun bukan rezeki untuknya...

Pemergian Arwah sebenarnya merapatkan hubungan kekeluargaan antara kami... Aku juga dapat mengenali keluarga Arwah, yang sememangnya sangat baik pekerti seperti Arwah...

Aku bersyukur kerana sepanjang jenazah masih di rumah sehingga ke saat dikebumikan, tiada kejadian tidak diingini berlaku... Kak Ain tidak meraung2 seperti kawan2 aku sangkakan... Aku tahu dia redha, cuma sangat sedih dengan pemergian secara tiba2 & mengejut... Aku tahu, selagi iman di dada, kita akan redha dengan segala ketentuan-Nya, kerana tentu ada hikmah yang diberikan... Syahid yang sudah mengerti apa yang berlaku juga, tidak banyak menangis... Biarlah Arwah pergi dengan tenang, kerana segala yang di dunia telah disempurnakan dengan baik... Aku berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat, dan Arwah ditempatkan bersama2 para solehin... Ameen...

No comments: